Hari berganjak malam. Memandangkan hari pertama, tak terlalu banyak aktiviti yang mereka lakukan. Namun, masa mereka tetap terisi kerana mengambil masa yang lama bagi setiap aktiviti.
Mereka diarahkan memasuki khemah sebaik jam tepat menunjukkan pukul 12:30 tengah malam.
Lelaki misteri itu pula berada di luar tapak perkhemahan. Sempat dia menjemput adiknya yang ditinggalkan di sebuah hostel berdekatan sementara dia menyelesaikan urusan luarnya.
"Kenapa kita pergi tempat perkhemahan diorang bang?" Soal si adik sambil menguap besar.
"Kalau target dia Nia dan Mirsha, diorang mesti dah ready kat sini. Lagipun dia dah hantar budak-budak dia dah lama dah ke dalam sekolah. Tak mustahil benda macam ni boleh bocor."
"Kalau targetnya HANYA kak Nia dan kak Mirsha. Tapi sekarang ni bang, dia ada tiga target abang lupa ke?" Lelaki itu terdiam seketika.
"Memang kak Azra tak minta tolong kita. Tapi abang kena ingat tau yang dia pun berkait dengan kes ni jugak. Kalau pasal diorang dalam kem ni, adik tak risau sangat. Kita dah ada orang dalam. Tapi bang, kak Azra seorang diri. Kehilangan dia dulu pun kita tak perasan. Jangan kata kita, ayah dia sendiri tak syak yang anak dia hilang. Rasa macam ada something wrong tahu tak?"
Tergamam seketika dibuatnya. Ya, Azra terbuka luas. Kalau dulu dia boleh di culik tanpa mereka sedari, pasti sekarang juga boleh. Kereta terus dihidupkan. Walaupun agak memakan masa, Tapi dia perlu pulang dan memerhatikan keadaan sekeliling gadis itu.
........................................................................Malam kedua, mereka mengadakan night walk. Selepas berkumpul dan diberi taklimat, mereka mula dilepaskan seorang demi seorang.
Ketika giliran Nia, entak mengapa dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Namun tanggapannya di nafikan.
Jarak yang agak jauh ketika dilepaskan menyebabkan tiada sesiapa kelihatan di hadapan Nia. Sedang dia berjalan mengikuti tali, kedengaran suara seseorang mengerang.
Nia mencari arah suara itu sebelum mindanya menegah. 'Fasi kot? Saja takutkan orang?' Teragak-agak dia membuat spekulasi.
Baru ingin meneruskan langkah, pandangannya gelap.
........................................................................Setelah hampir tiga jam, mereka selesai melakukan aktiviti tersebut. "Baiklah, semua dah selesai buat ak-"
"Bang, ada yang tak sampai lagi ni bang!" Ujar Azira secara tiba-tiba. Wajah Aisy berubah. "Siapa?"
"Mirsha bang,"
"Nia pun tak ada," Ujar Faqiha pula yang turut menyedari kehilangan Nia.
"Korang kira ahli masing-masing sekarang. Lepas tu bagitahu kitorang siapa yang tak ada!" Ujar Aisy kuat. Jantungnya berdegup. Dia cuba berhubung dengan rakannya melalui walkie-talkie.
"Tak ada bro, semua dah lepas."
Ujar rakannya yang menjaga garisan permulaan.
"Bang, dua orang tu je tak ada." Lapor si penghulu. Aisy mengangguk. "Korang ikut abang Rez balik khemah induk dulu." Ujarnya tegas.
Dia segera masuk ke laluan yang di gunakan para pelajar tadi. Laluan yang agak panjang sebenarnya.
"Macam mana bro?" Soal rakannya yang menjaga garisan permulaan tadi. Dia bersama beberapa orang yang menjaga checkpoint.
"Dua orang hilang. Ni, Malik mana?" Soal Aisy menyedari salah seorang rakannya yang menjaga checkpoint tiada.
"Eh, aku ingat dia dah keluar. Dia jaga checkpoint yang tengah kan?" Soal rakannya itu. Yang lain turut mengangguk.
"Mana ada! Yang ada dengan aku tadi Rita, Shida, Ben dan Cikgu Azrell. Rita memang jaga dengan aku. Shida, Ben dan Cikgu Azrell tu pulak yang jaga checkpoint bahagian hujung-hujung." Ujar Aisy tegas. Wajah masing-masing mula keruh.
"Cari mereka bertiga cepat. Malik, Nia dan Mirsha. cepat!" Arah Aisy tegas. Mereka mula mencari rakan mereka dengan menggunakan bantuan lampu suluh. Nama Malik, Nia dan Mirsha dilaung mengharapkan jawapan.
Sayup-sayup kedengaran bunyi meminta tolong di sebalik semak. "Weyh, dengar tak?" Soal salah seorang daripada mereka.
"Malik? Ni memang tempat dia jaga checkpoint kan?" Soal seorang fasi wanita. Aisy mengangguk. "Sekitar ni lah." Mereka segera mendekati suara tersebut.
"To..long..." Lemah sekali kedengaran suara itu. Mereka terkejut melihat keadaan Malik. Lebam di seluruh tubuh. Terdapat sehelai kain yang bergumpal di sebelahnya. Agaknya digunakan untuk menyumbat mulut Malik.
"Malik! Ya Allah! Apa jadi ni?" Soal Aisy cemas. Mereka segera memapah tubuh Malik yang lemah itu.
Sebaik sahaja tiba di khemah induk, Cikgu Azrell menjadi orang pertama yang menerpa ke arah mereka.
"Macam mana? Jumpa adik dan pelajar aku tak?" Soalnya cemas. Aisy menggelemg cemas. Seorang fasi perempuan membawa peti kecemasan. "Kalau macam ni, kena pergi hospital Aisy. Teruk sangat je aku tengok. " Ujar fasi bernama Rita itu. Aisy mengangguk.
" Suruh diorang masuk khemah dulu. Hal budak berdua tu aku rasa elok kita report polis."
"Polis nak terima ke? Tak sampai 24 jam lagi ni," Ujar seorang fasi lain pula.
"Dah tu? Kau gila nak tunggu sampai esok. Ni hutan kot," Balas Aisy keras. Dia terdiam seketika.
"Macam ni lah. Kita bagi tahu pengurus tempat dulu. Dia mesti ada pasukan penyelamat dia." Ujar fasi lelaki bernama Ben pula. Yang lain mengangguk setuju.
"Suruh budak balik khemah dulu. Aku hantar Malik ke hospital."
"Aku ikut," Ujar Ben. Aisy sekadar mengangguk. "Rita, kau ambil alih sekejap!" Arah Aisy lagi. Mereka mula akur. Malik dipapah oleh Ben dan Aisy. Seorang fasi lelaki dan bersama Cikgu Azrell juga berjalan keluar untuk menemui pengurus bagi melaporkan kehilangan.
Sementara itu...
Rayyan resah dengan kehilangan Nia. Begitu juga Fiqri yang risaukan Mirsha. "Kau rasa diorang okey?" Soal Fiqri. Rayyan mengangkat bahu. "Aku tak tahu. Tapi aku harap diorang okey."
Faqiha dan Azira juga berasa risau. "Macam mana diorang boleh hilang?" Soal Faqiha gusar. Azira sekadar menggeleng. Dia juga berasa risau.
Sebaik sahaja, semua masuk ke khemah, seseorang keluar dari khemahnya. "Weyh, kau nak pergi mana?" Soal rakan sekhemahnya.
"Aku nak pergi tandas kejap. Tak tahan ni."
"Aku teman?" Dia membuat muka. "Tak payahlah. Aku bukan penakut." Rakannya mencebik.
"Berlagak." Dia sekadar ketawa kecil dan menyusup keluar dari khemah.
........................................................................Lelaki misteri tu terbangun pada tengah malam. Dia menguap dan menggeliat di atas katil. Turun daripada katil, meja yang berada di dalam biliknya dituju. Sebuah laptop masih terbuka dan menunjukkan imej di hadapan rumah Azra.
Sejak mengetahui kehilangan Azra, mereka sudah memasang kamera litar tertutup di rumah ketiga-tiga target. Memandang Nia dan Mirsha tiada di rumah, maka hanya Azra yang akan diperhatikan.
Telefonnya yang berdering tanda seseorang menghubunginya diangkat malas. "Hello, Aisy. Apahal?" Soalnya sambil menguap selamba.
"Hah?! Hilang? Kau kat mana sekarang ni?"
Matanya segar secara tiba-tiba apabila menerima berita itu. "Hospital? Kenapa?"
"..."
"Okey, aku datang sekarang!" Dia segera meninggalkan laptopnya yang terbuka dan menuju ke bilik adiknya. "Woi! Bangun!"
"Hah?! Rumah terbakar? Lari! Lari!" Serentak dengan itu bantal melayang ke kepala budak berusia 12 tahun itu. Terkejut budak itu dibuatnya.
"Banyaklah kau punya terbakar! Siap cepat! Kita ke hospital!"
"Hah? Siapa kemalangan?" Soalnya terpinga-pinga.
"Siap jelah budak!" Ujarnya bengang.
To be countinued...
20 June 2020
Naz_Nazira
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Mystery / ThrillerCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...