Azra memeluk lutut. Takut. Sejak semalam di dikurung dalam bilik suram itu. Air matanya tidak berhenti mengalir. Tubuhnya lemah akibat terlalu banyak melawan.
Dia sekadar diberi minum air kosong dan roti. Itupun diberi secara paksa. Ikutkan, memang dia melawan. Rantai besi yang mengikat kuat kaki dan tangannya. Dihujungnya terikat pada katil. Suasana bilik ini sungguh menyeramkannya. Kaca-kaca dan botol pecah bertaburan. Beberapa keping gambar kelihatan hampir hancur ditikam dan diconteng dengan marker merah.
"Daddy...Aziq..." Panggilnya sayu. Matanya sudah bengkak akibat menangis. Tubuhnya digosok kuat. Baju kurungnya sudah koyak akibat direntap lelaki misteri tersebut.
Bunyi pintu yang terbuka menyentakkan Azra. Dia menggeleng perlahan. Dia tak sanggup menghadapinya lagi. Saat pintu dibuka, lelaki yang berselindung di sebalik hud hitam itu tersenyum sinis.
Azra menggeleng. "Lepaskan saya... saya tak nak...." Rayu Azra. Tawa sinis membalas rayuan Azra.
"Rileks la dulu...kita imbau kenangan tahun lepas dulu. Nak?" Soal lelaki tersebut. Semalam dia memakai mask di mulut. Dia dapat mengagak yang gadis itu meronta. Dia sendiri tak jamin yang hudnya kekal di atas kepala. Jadi, bagi mengelakkan dirinya dilihat, mask hitam itu dipakai.
Alah, dia tak buat apa pun. Usik sikit je....
Azra menggeleng. "Tak nak!!" Jerit Azra apabila tangan itu cuba menyentuh lengannya. Lelaki itu ketawa kecil. "Sian dia.... Takut ya sayang. Tak apa. Abang ada satu cerita. Sayang mesti suka dengar cerita ni. Nanti sayang tolong bagitahu diorang ya. Abang tunggu dia. Dah lama.... Sangat"
Azra masih menangis. "Sayang ingat tak? Tahun lepas, sayang datang kat abang? Sayang nangis...sayang cantik sangat masa tu. Comel! Abang suka." Ujarnya penuh teruja sambil tangannya cuba membelai wajah gadis itu. Azra melarikan wajahnya. Lelaki itu ketawa lagi.
"Tapi...sayang lewat. Abang suka orang lain. Abang cintakan dia. Cuma... Dia tak pernah pandang abang," Nadanya semakin berubah sayu.
"Tapi....masa sayang datang minta tolong abang dengan abang...abang happy sangat!" Nadanya berubah ceria.
"Sayang ingat? Sayang merayu kat abang? Mintak tolong abang?" Soalnya lembut sambil memaut dagu Azra.
"Sayang datang...sayang nangis... sayang merayu kat abang untuk selamatkan sayang dari keparat kat lorong tu semua? Sayang ingat?" Mata Azra terkejut. Tapi hatinya masih diselubungi rasa takut. Dia berundur menjauhi lelaki itu. Dia mungkin lupa wajah lelaki itu, namun dia tak mungkin lupa sikap pelik lelaki itu selepas menyelamatkannya. Malah, ketika itu juga dia menemui Haziq.
Flashback
Azra berlari ketakutan selepas melihat sesuatu di luar jangkaannya. Dia berlari di sepanjang lorong sunyi itu dan menyorok di sebuah bangunan. Dia memeluk lutut. Andai dia tahu jadi begini, pasti dia menerima pelawaan Faqiha untuk menemaninya pulang. Jauh di sudut hati menyalahkan kedegilannya yang ingin mengambil tahu punca jeritan itu. Tubuhnya ketar.
Terbayang di mindanya setiap kulit yang disiat. Baru sahaja dia ingin melarikan diri, kehadirannya disedari. Tanpa berfikir panjang, dia terus memanjangkan langkah. Yang penting adalah nyawanya.
Dia mengambil telefon di dalam poketnya. Namun tidak dijumpai. Azra panik. Tanpa sedar, tangannya melanggar tong besi di sebelah.
"Dia ada kat situ!"
Terdengar suara garau menjerit. Azra terus bangun dan berlari lagi. Tanpa dia sedari, dia tiba di satu simpang. Ke kiri dan terus. Apabila ternampak satu bangunan yang ditinggalkan, Azra terus berlari ke bangunan tersebut. Saat itu juga dia terlihat sebuah kereta berwana hitam terpakir kemas di situ. Seorang lelaki bersandar pada kereta tersebut.
"Encik!" Azra menjerit dan berlari ke arah lelaki itu. "Encik, tolong saya! A-ada pembunuh kejar saya!" Cemas sahaja suara Azra. Lelaki itu mendiamkan diri dan memandang wajah Azra. Azra menggoncangkan lengan lelaki itu dengan cemas. Air mata menuruni pipi putihnya itu.
Seolah-olah terjaga dari lamunan, lelaki itu memandang ke sekelilingnya. Sebaik sahaja nampak kelibat sekumpulan lelaki dengan parang, dia memandang Azra.
"Pergi menyorok dalam bangunan tu. Tapi jangan naik atas tau,"
Azra mengangguk dan berlari masuk ke dalam bangunan tersebut. Dia duduk mencangkuk. Satu-satunya perkara di fikiran Azra ialah menghubungi Dato' Zakwan. Dia mencari telefonnya di dalam beg sandang namun tiada. Azra yakin telefonnya pasti tercicir ketika melarikan diri tadi. Bukannya dia terlupa yang dia memegang telefon di tangan, tapi rasanya dia ada masukkan ke dalam mana-mana poket.
Namun itu tidak penting. Azra masih risau keselamatannya. Air mata dikesat. Baru sahaja ingin mengintai keluar, lelaki tadi sudah masuk menemuinya. Azra terkejut. "Di-diorang dah tak ada?" Soal Azra terketar. Tipu dia tidak takut. Lututnya sudah lembik dan tak mampu menampung tubuh. Namun mengingatkan dia masih belum tiba di rumah, dia merasakan keadaan tidak selamat. Atas dasar itu sahaja dia menguatkan diri.
Lelaki itu mengangguk. "Dahi kau luka." Ujarnya. "T-Tak apa. S-sa-saya nak balik sekarang. En-encik bo-leh pinjamkan telefon? Sa-saya nak call pe-pemandu saya." Ujar Azra tergagap-gagap. "Biar aku hantar, payah dia nak cari kawasan ni. Tempat ni tersorok."
Pada mulanya Azra enggan. Namun setelah berkali-kali dipaksa Azra akur. Ketika itu, barulah dia perasan bahawa kakinya terseliuh. Mungkin kerana terlalu takut, dia tidak sedar akan hal itu. Saat tubuhnya ingin masuk ke dalam kereta, saat itu juga kedengaran satu suara menjerit lantang. "Aaaaaa!!!"
Belum sempat dia menyoal, tubuhnya ditolak kedalam kereta. Wajah beku itu membatalkan niatnya untuk bertanya. Tambahan lagi dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Cukuplah. Dia tak mahu menambah beban lagi. Teringatkan adegan itu, dia tubuhnya kembali menggigil takut. Air matanya juga kembali mengalir.
Sepanjang perjalanan mereka hanya mendiamkan diri. Kemudian Azra tersedar dia belum memberikan alamat rumahnya. Baru ingin bersuara, kereta tersebut memasuki parkir.
"Kenapa?" Soal Azra. "Klinik." Lelaki itu menjawab sepatah. "Tak nak!" Bentak Azra bengang. Dia mahu balik. Tolonglah faham. Mental dan fizikalnya terlalu penat ketika ini. Tanpa menghiraukan persetujuan Azra, lelaki itu terus keluar daripada kereta dan berjalan ke bahagian penumpang. Pintu kereta dibuka dan tubuh Azra dicempungnya.
"Lepaslah!" Tempik Azra. Namun lelaki itu tidak mempedulikannya dan terus memasuki klinik di hadapan mereka.
Sebaik keluar daripada klinik, Azra berjalan terkecok-kecok. Dia menujunke kereta lelaki itu dan mengambil begnya sebaik lelaki itu membuka kunci. Namun dia tidak masuk ke dalam kereta.
Azra menuju ke arah lelaki itu dan menghulurkan tangan." Saya call pemandu saya dari sini. Lagipun ni bukan kawasan tersorok," Kata Azra. Lelaki itu menggeleng. "No, aku hantar." Pendek sahaja jawapannya. Azra mendengus geram. Sebenarnya dia tidak selesa dengan pandamgan lelaki itu seolah-olah menembusi pakaiannya. Di dalam kereta tadi sahaja sudah berapa kali Azra menepis tangan lelaki itu yang meliar.
"Masuk!" Arahnya. "No!" Azra berkata tegas dan cuba melarikan diri. Baru tiba di bahagian belakang kereta, lelaki itu berjaya menangkapnya lantas memeluknya erat.
"Tolong!" Jerit Azra.
"Diam! Masuk cepat!" Arah lelaki tersebut dingin.
"No! Tak nak! Tolong!" Tempik Azra lagi. Entah kenapa ada yang melihat. "Kau jerit lagi aku tembak!" Tanpa disangka-sangka lelaki itu mengeluarkan pistol. Azra menjerit ketakutan.
Beberapa minit bergelut tanpa ada sesiapa berani menolong, sebuah motorsikal berkuasa tinggi mendekati lantas penunggang tersebut menendang lelaki itu. "Naik cepat!" Arah penyelamat itu.
Azra terus membonceng tanpa banyak soal. Tubuh itu dipeluk erat. Terus motor itu memecut laju meninggalkan lelaki tersebut.
Peristiwa itu jugalah, titik perkenalan Azra dan Haziq.
Azra menggigil takut. Saat itu, dia mengharapkan Haziq menyelamatkannya dari lelaki ini sekali lagi.
To be countinued...
Naz_Nazira
27 May 2020
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Mystery / ThrillerCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...