Bab 45

31 4 0
                                    

  Pagi itu, Azra dikejutkan dengan kehadiran paksunya. Thaqif. Seorang usahawan muda yang sedang meningkat naik namanya.

  "Mari, Azra. Sarapan sekali. Bukan selalu pak su kamu balik Malaysia." Ajak Dato' Zakwan. Azra tersenyum nipis dan mengambil tempat di sebelah Dato' Zakwan dan berhadapan dengan paksunya.

  "Ha..Azra. Ni lah pak su Azra. Sebelum ni duduk German. Uruskan hal perniagaan dia kat sana. Thaqif, kenalkan Azra. Anak buah kesayangan kamu dulu."

  "Wah...Azra dah besarlah. Dulu masa Pak Su jumpa Azra macam kecik je lagi. Azra umur berapa sekarang?" Soal Thaqif melihat anak saudaranya hampir tidak dikenali. Dia akui, gadis itu membesar dengan cantik. Sama seperti ibunya.

  "16 Pak su." Ujar Azra perlahan. Dia masih janggal dengan lelaki yang dipanggil pak su itu. Rasa seperti lama tidak bertemu. Wajah itu pun dia hampir lupa. Patutlah rasa seperti mereka pernah bertemu ketika dia memandang lelaki itu.

  Thaqif mengangguk mendengar jawapan anak saudaranya. "Oh, sebelum pak su pergi German dulu Azra sekolah rendah lagi. "Ujar Thaqif. "Itulah. Dah lah tak datang jenguk kitorang langsung. Sampai Azra pun dah tak kenal. Abang pun hampir tak cam kau tadi. " Kata Dato' Zakwan pula. Thaqif ketawa tawar.

  "Bukan tak nak balik bang. Tapi Qif teringatkan arwah kakak kalau balik. Sebab tu Qif tak sanggup balik." Sayu sahaja suaranya. Azra menunduk apabila perihal ibunya disebut. Dato' Zakwan yang menyedari ketidakselesaan Azra dan suasana sedih yang timbul, segera menukar topik. "Berapa lama kau ada kat sini?" Soal Dato' Zakwan.

  "Oh, tak lama. Ni pun Thaqif ingat nak jumpa kawan. Ada projek nak bincang sekali."

  Dato' Zakwan menggeleng. "Bawak-bawaklah berehat Thaqif. Asyik busy dengan kerja. Bila kau nak kahwin?" Thaqif sekadar ketawa mendengar soalan Dato' Zakwan.

  "Ada jodoh, adalah bang." Kata Thaqif. Bukan dia belum bersedia untuk berumah tangga. Tapi gadis yang sesuai belum dijumpainya. Dato' Zakwan sekadar menggeleng kepala mendengar jawapan Thaqif.

   Selepas sarapan, Azra terus membawa diri ke halaman rumah. Dia memeluk tubuh sendiri sambil menghirup udara pagi.

   Sedang asyik dia melayan perasaan, suara Thaqif kedengaran menegurnya dari belakang. Azra berpaling.

   "Pak su, duduklah." Pelawa Azra. Thaqif mengabil tempat di kerusi yang disediakan.

  "Jauh termenung?" Soalnya. Azra mengukir senyuman kecil. "Tak adalah Paksu. Azra ambik angin je." Ujar Azra. Thaqif ketawa kecil. "Ni, Azra ada nak ke mana-mana ke?" Soal Thaqif.

   Azra menggeleng. "Tak adalah pak su. Duduk kat rumah je lah." Ujarnya. "Hah, kalau macam tu nak teman Paksu pergi beli barang tak? Pak su jumpa kawan petang ni. Boleh la kalau nak bawak Azra keluar jalan-jalan sekali."

  "Er...Azra,"

  "Jomlah Azra. Paksu dah lama tak jumpa Azra. Nak jugak luangkan masa dengan anak saudara kesayangan pak su ni. Pak su dah la jarang balik Malaysia." Rajuk Thaqif. Azra menggigit bibir. Terasa bersalah pula. Akhirnya dia akur.

  "Yelah Pak su. Azra pergi siap dulu eh,"

  "Ha...macam tu lah anak buah Pak Su. Pak su tunggu kat bawah ni okey," Ujarnya riang. Azra tersenyum nipis melihat telatah Thaqif.
........................................................................

   Pada pagi yang sama, mereka yang pergi perkhemahan itu berkumpul di khemah induk. Aktiviti terpaksa ditangguh bagi mencari dua pelajar yang hilang itu.

   "Weyh, kalau kita tolong diorang agak-agak boleh tak?" Soal Rayyan. "Entahlah." Haziq sekadar mengangkat bahu. "Kalau bagitahu, sah-sah tak boleh." Ujar Fiqri pula. Darniel tersengih manakala Izrul pula  menggeleng perlahan.

   Rayyan mula menggamit mereka berempat secara senyap. Mujur sahaja fasi masing-masing sedang berbincang dan mereka ditinggalkan di bawah seorang fasi. Tu pun sedang berbual kosong dengan beberapa orang pelajar.

   Pemergian mereka disedari oleh Azira. Azira menggeleng perlahan. Tanpa mereka sedari, seorang lagi gadis menyedari pemergian mereka.
........................................................................

    "Aku rasa diorang kena culiklah." Ujar Darniel. Haziq mengangguk setuju. "Tak logik kalau nak kata diorang sesat sebab kita guna tali semalam."

  "Itulah, malam tu gelap sangat kot. Lagi susah nak cari kalau diorang hilang." Tambah Fiqri.

   Lama mereka berjalan, langkah Rayyan terhenti. "Korang, tengok ni." Dia menunduk mengambil sesuatu. Fiqri mengangkat kening. "Kunci apa ni?"

   "Ada orang tercicir kut." Ujar Darniel. Kunci yang bersama keychain bersama reben yang disangkutkan dileher diperhati Rayyan.

  "Tapi aku rasa macam pernah nampaklah keychain ni." Ujar Rayyan. Izrul mengambilnya dari tangan Rayyan dan melihat pada nama yang ada pada tali tersebut.

  "Azreena."

   "Siapa M.Azreena?" Soal Darniel bingung. "Pemilik dia." Balas Izrul selamba. Fiqri terlintas sesuatu.

  "Mirsha Azreena." Ujarnya. "Maknanya, kunci ni kunci dia? Tapi, macam mana kalau dia hilang tempat lain?" Soal Haziq pula.

  "Tak apa. Kita pegang kemungkinan yang dia diculik kat sini dulu." Ujar Rayyan.

   "Tapikan...betul ke diorang kena culik?" Soal Darniel. Rayyan terdiam. Dia sendiri tidak pasti. Tapi hatinya kuat mengatakan itu yang berlaku. "Kita pun tak tahu kalau-kalau diorang terlepas tali, tak jumpa, lepas tu jatuh ke," Kata Fiqri pula.

    "Kau tahu, sebenarnya aku sendiri pelik bila pengetua suruh kita awasi cucu dia. I mean...yelah, memang cucu dia tu kaki buli jugak. Tapi tak adalah teruk sangat. Masa kita report pasal masalah dia buat pun pengetua macam tak banyak soal pun macam mana dia boleh terlepas buat masalah." Cerita Rayyan. Perlahan mereka bertiga mengangguk.

   Izrul bersuara menyuarakan pendapat. "Aku rasa mesti pengetua suruh korang jaga dia daripada sesuatu. Bukan jaga dia daripada buat masalah."

   Rayyan turut mengangguk setuju. "Okey, ada seseorang kejar dia, kenapa Mirsha pun kena culik sekali?" Soal Darniel.

   "Aku rasa ada kaitan dengan apa yang diorang lalui tahun lepas." Ujar Fiqri serius. Yang lain pula terpinga-pinga. "Apa maksud kau?" Soal Haziq pula.

   "Kita cerita nanti. Sekarang ni kita cari diorang dulu." Ujar Fiqri. Pencarian haram mereka diteruskan. Yelah, tanpa kebenaran sesiapa kan.
........................................................................

   "Thanks, Azra teman Paksu. Paksu nak pergi rumah kawan ni. Mungkin bermalam kat sana. Paksu dah bagitahu papa Azra." Ujar Thaqif sebaik menghantar Azra di depan rumah. Dia tidak masuk ke dalam kerana ingin terus ke rumah kawannya. Azra mengangguk dan tersenyum nipis. "Baik paksu. Azra masuk dulu. Pening kepala sangat ni" Ujarnya.

   "Hm...pergilah naik rehat. Sorry susahkan Azra." Wajah Thaqif kelihatan serba salah. Senyuman masih dikekalkan di wajahnya. "Tak apalah paksu. Azra pun dah lama tak keluar. Azra pergi dulu eh,"

  "Ha...yelah." Thaqif mula membawa keretanya berlalu dari rumah itu. Azra menunggu sehingga kelibat kereta itu hilang walaupun kepalanya teramat sakit sebelum berpaling masuk ke dalam rumah. Baru berapa langkah, tubuhnya rebah. Mata Azra terkatup rapat.

To be countinued...
Naz_Nazira
20 June 2020

My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)Where stories live. Discover now