"Hai sayang!" Sapa Thaqif riang. Nia memandang penuh benci wajah itu. "Apa kau dah buat?" Soalnya dingin. Thaqif terpinga-pinga seketika sebelum memahami maksud Nia. "Tadi ke? Oh, nothing. Aku baru lepas makan. Kenapa sayang? Nak jadi makanan aku yang seterusnya ke?" Soal Thaqif.
Jijik Nia mendengar kata-kata itu. Dia yakin sebentar tadi ialah suara Azra. Suara Azra menjerit dan merayu minta dilepaskan. "Kau ni memang setan!" Maki Nia geram. Namun Thaqif hanya ketawa.
"Tunggu sampai lepas kau bawah kawalan aku. Kita tengok sejauh mana kau akan keji aku lepas tu!" Ujar Thaqif.
Dahi Nia berkerut. "Apa maksud kau hah?" Kali ini, Thaqif tidak memberi jawapan. Sebaliknya dia terus keluar daripada bilik itu. Meninggalkan Nia yang tergamam. Dia tahu gadis itu sudah membaca fikirannya tadi.
Dia menghayun langkah ke sebuah lagi bilik. Sebaik pintu itu terbuka, seorang gadis yang berada di dalam bilik itu terhinjut.
Thaqif memandang dingin ke arah muka serba salah Syaf. "Siapa bagi kau kebenaran untuk masuk bilik ni?" Soalnya dingin.
Syaf meneguk air liur. "Er....maaf tuan muda." Dia tertunduk. "Keluar." Sepatah sahaja arahan yang keluar dari mulut Thaqif. Syaf akur dan melangkah keluar dari bilik itu. Sebaik pintu bilik itu ditutup Syaf, Thaqif memandang satu peralatan di atas mejanya. Dia tersenyum suka.
Alat penghapus memori. Dia mendekati alat yang berupa pistol tersebut. Pistol yang berbentuk agak unik itu diambil dengan penuh berhati-hati.
"Hapuskan semua, atau sorang?" Soalnya sendiri. "Ah, tapi tak menyeronokkan lah kalau hapus semua. Mungkin dia sorang." Dia mengangguk sendiri kemudian ketawa kecil. "Kesian, sebab kebolehan tu, aku terpaksa hapuskan memori dia untuk gunakan dia. Hm... tapi untung juga. Aku boleh tahu apa rancangan diorang dan siapa yang nak belot pada aku. Senang aku nak uruskan. "Ujarnya teruja.
"Baiklah, sikit je lagi pengubahsuaian dan rancangan aku berjaya. Hahahaha...!!!"
........................................................................
Nia meronta dan cuba untuk melepaskan diri. Meskipun dari tadi dia mencuba, namun masih tidak berjaya. Dia mengetap bibir. Tiba-tiba pintu terbuka lagi. Seorang gadis melangkah masuk dengan penuh selamba. Nia merenung tajam wajah itu. Dia lah orang suruhan si psiko itu.
"Apa kau nak?!" Syaf tersenyum sinis.
........................................................................Beberapa minit selepas Thaqif melangkah keluar dari bilik yang menempatkan Azra dan Mirsha....
"Azra, please. Kita kena keluar dari sini." Pujuk Mirsha. "Hidup aku hancur, Sha." Tangis Azra.
"Look, Azra. Kita ada peluang nak lepaskan diri. Janganlah nangis lagi. Aku yakin-"
"Aku dah kotor kau faham tak! Aku jijik dengan diri aku sendiri! Hidup aku hancur!"
"Then kalau kita tak halang dia, lagi ramai yang akan hancur. Please Azra be strong. Aku tahu ni tak mudah untuk kau terima. Tapi..." Mirsha menggigit bibir sebelum menyambung kata-katanya.
"Kita kena bebas dan pastikan dia tertangkap. Dan Nia...please Azra. Kau dengar apa dia nka buat kat Nia kan? Takkan kau nak biarkan je?" Azra terdiam. Tangisannya pecah lagi. Bagaimana dia nak kuat? Ketika pertama kali dirogol pun dia hanya menghabiskan masa dengan menangis sehingga matanya bengkak.
Kali ini....Azra mengetap bibir. Dia tahu mereka harus bebas daripada manusia bertopengkan syaitan itu dulu. Perlahan dia mengesot ke arah Mirsha. Sungguh dia rasa perit untuk berjalan ketika ini.
Ikatan di tubuh Mirsha dilepaskan. Sebaik Mirsha bebas, dia ingin menarik Azra bersamanya. Namun, Azra menolak. "Pergi."
"Tapi-"
"Go Mirsha. Kau masih ada orang sekeliling yang sayangkan kau dan peduli pasal kau. A-aku...aku tak ada sesiapa." Mirsha merengus geram. " Azra, jangan macam ni. Orang gila je nak stay dengan mamat gila macam dia tu. Takkan kau nak kena rogol dengan dia sepanjang masa?!" Soal Mirsha tegas. Azra diam lagi. "Kita keluar sama-sama Azra. Aku yakinada yang peduli pasal kau. Mungkin kau je yang tak tahu. Macam...er, ayah kau? Faqiha?"
Mendengar nama itu, Azra mengeta bibir. Ya. Dia masih ada mereka. Perlahan-lahan, dengan dipapah oleh Mirsha, dia cuba untuk bangun.
Sebaik mereka keluar, kedengaran suara pertengkaran dari bilik sebelah. Mirsha memberi isyarat untuk mengintai. Azra mengetap bibir dan mengangguk akur.
Azra diletakkan bersandar pada dinding. Mirsha membuka pintu sedikit. Saat itu, dia dapat melihat Nia bertengkar dengan seorang gadis yang membelakanginya. Dia cuba mengenalpasti gerangan gadis itu. Beberapa ketika kemudian, gadis itu berpaling dan Mirsha dapat melihat dengan jelas wajah itu. Tentulah, orang suruhan Thaqif.
Mirsha terundur beberpa langkah kebelakang dan terlanggar seseuatu. Baru sahaja ingin berpaling, mulutnya ditekup kasar dan dia diheret. Membulat matanya. Azra yang tersandar di dinding sudah pun pengsan dengan sehelai kain di sisinya.
Mirsha dicampak pada sebuah bilik yang lain. Bilik yang penuh dengan rantai besi dan berbau agak busuk. Pelbagai alatan berbahaya berada dalam bilik itu. Tanpa berkata apa-apa, Thaqif terus menggari tangan Mirsha dengan rantai besi yang bersambung dengan siling.
"Hehehe...kau ingat akan vebas dengan mudah? Sorry sayang. Takkan." Ujar Thaqif sambil memaut dagu Mirsha dan dilepas denga kasar. Dia keluar dari bilik lagi dan kali ini, dia kembali bersama tubuh Azra.
Azra dibaringkan di atas sebuah katil besi dan kedua belah tangan dan kakinya dikunci. Mirsha meneguk air liur.
Thaqif terus keluar lagi dari bilik itu. Kali ini, langkah kakinya menghala ke arah bilik Nia tadi.
........................................................................
"Mana Azra?" Soal Dato' Zakwan pada pembantu rumahnya. "Tak tahulah Dato' bukan dia keluar dengan Tuan Thaqif ke?"Dato' Zakwan mengeluh. "Itulah. Tapi Thaqif kata dia dah hantar Azra balik sebab nak jumpa kawan dia. Tapi dari tadi lagi tak nampak muka. Takkanlah tak sampai lagi?" Soal Dato' Zakwan gelisah.
........................................................................"Ni ke rumahnya?" Soal Rayyan. Fiqri mengangguk yakin. "Terpencil betul." Komen Haziq pula. "Jom guys."
Ajak Darniel bersemangat naun sempat ditahan oleh Izrul."Eh, takkan nak serang macam tu je?" Soal Izrul hairan. Darniel menggaru kepala yang tidak gatal. "Ya tak ya jugak kan?"
Rayyan menggeleng kepala. "Rul, kau boleh guna pistol?" Soalnya. Izrul sekadar mengangguk. Rayyan terus memberi pistol simpanannya pada Izrul.
"Okey, Haziq dan Darniel. Aku nak korang intai kawasan dari dekat lepas tu lapor kat kitorang keadaan. Lepas tu baru kita pecah masuk." Arah Rayyan. Haziq dan Darniel bergerak mengikut arahan.
Fiqri, Rayyan dan Izrul memerhati dari jauh bagi memastikan mereka tidak tertangkap.
Darniel dan Haziq mengintai di sebalik celahan tingkap. Tika itu, Darniel ternampak tali dan sepasang kasut perempuan. "Ziq." Panggil Darniel sambil menunjuk ke arah kasut tersebut.
Saat itu juga, jantung Haziq berdetak kuat. "Takkanlah budak berdua tu pakai high heel masa camp?" Darniel hairan manakala Haziq pula masih mendiamkan diri.
Dia kenal kasut itu. Tapi dia cuba menafikan apa yang difikirnya. Mungkin sekadar kebetulan.
"Aku rasa ada orang lain sekali." Ujar Haziq. Darniel mengangguk setuju. "Weyh, tengok rantai tu." Tunjuk Darniel lagi. Memandangkan rantai itu berada berdekatan tingkap, mereka mampu melihat dengan jelas.
Entah mengapa Haziq rasa seolah ditikam apabila melihat rantai tersebut. Huruf-huruf yang timbul membentuk satu nama.
Hazra
Haziq tahu. Tekaanya benar. Azra turut berada di dalam.
To be countinued...
Naz_Nazira
21 June 2020
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Mystery / ThrillerCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...