Setelah tangisan Azra reda, Dato' Zakwan meninggalkan mereka bertiga untuk berborak.
Suasana sepi seketika. Faqiha berada di sebelah Azra manakala Haziq di hadapannya. Azra menunduk. Terdetik ingin jujur dengan Haziq. Tambahan lagi mengenai peristiwa hitam itu. Namun akalnya membantah. Dia sedar sudah banyak dia menyusahkan Haziq. Takkanlah dia mahu menambah beban Haziq dengan masalahnya. Terlintas juga bahawa Haziq akan meninggalkannya apabila mengetahuinya. Tapi sekali lagi dia mengingatkan yang Haziq bukan lelaki begitu walaupun keyakinan itu berkurang. Lelaki mana je mahukan perempuan yang tak suci sebagai isteri?
"Azra," Haziq memecahkan kesunyian. Perlahan-lahan Azra memandang Haziq. "Mana Azra pergi?" Soal Haziq. Azra menggeleng perlahan. Senyuman tipis diukir bagi menghilangkan kerisauan Haziq.
"Azra tak pergi mana-mana pun. Cari ketenangan sekejap je." Ujar Azra. "Tapi kenapa kena tipu Daddy yang Azra pergi rumah Faqiha? Azra pergi mana?" Haziq tidak berpuas hati dengan jawapan Azra.
Azra terdiam. Jujur dia tidak tahu pun mengenai pesanan itu. Mana ada dia berpesan apa-apa pada Dato' Zakwan. Cuma satu sahaja yang logik terlintas dikepalanya ketika ini. Segalanya telah dirancang.
Haziq mendengus. Dia memandang Faqiha dan memberi isyarat untuk meninggalkan mereka berdua. Faqiha akur dan melangkah ke laman rumah.
"Jujur Azra. Mana Azra pergi selama ni?" Soal Haziq. " Tak penting pun kan? Azra dah selamat pun. Kalau Azra bagitahu oun belum tentu Haziq percaya." Bagaimana dia nak bagitahu yang dia diculik dan telah dilepaskan? Macam tak logik. Mana ada penculik lepaskan mangsa macam tu je. Tapi nak bagitahu yang dia dirogol adalah perkara mustahil. Azra nekad. Dia hanya akan memberitahu Haziq saat mereka berdua benar-benar bersedia. Selepas kahwin... Itu sahaja.
"Tell me Azra!!" Jerkah Haziq. Azra terkejut. "Aku percaya atau tak belakang cerita. Masalahnya sekarang kau hilang entah ke mana, tipu daddy kau, apa ni Azra? Boleh tak kalau kau stop cari perhatian orang dengan cara bodoh tu? Stop cari perhatian aku dengan semua perangai gila yang kau buat ni!" Marah Haziq. Rambutnya diraup. Ya, dia risau. Tapi bila mendengar kata-kata Azra, entah kenapa dia jadi bengang. Gadis itu seolah tak kisah. Dia bangun dan ke hulu ke hilir di hadapan Azra.
Azra tergamam mendengar amarah Haziq. " C-Ca..cari perhatian?" Soal Azra tergagap-gagap. "A-apa maksud Aziq?" Soal Azra. Haziq tersenyum sinis. "Kau ingat aku tak tahu? Kau mengada dengan jantan-jantan lain sebab kau sakit hati bila aku minta kita rahsiakan pertunangan kita? Kau ingat aku tak tahu? Kau yang sebarkan fitnah kat Azira supaya semua student perempuan dia? Sebab apa, sebab kau dengki bila aku layan dia? And now, kau saja buat macam tu sebab aku tak layan kau kan?" Tuduh Haziq.
Azra mengetap bibir geram. "Kalau betul kenapa? Apa Haziq nak buat?" Dia mula berdiri menghadap Haziq yang berdiri di hadapannya
Haziq mengetap bibir. Untuk mengangkat tangan, dia tak sanggup walaupun dia sakit hati dengan kata-kata Azra yang kasar. Cumanya dia bukanlah seorang yang dayus.
"This is one of reason why Aziq nak kita fikir balik hubungan kita." Azra terduduk.
"Aa-apa Aziq cakap?" Soal Azra meminta kepastian. Mana tahu dia tersalah dengar kan?
"Yup, Aziq nak kita fikir balik hubungan kita. Aziq takut kita salah tafsir perasaan ni." Suara Haziq mula mengendur dan kedengaran lembut.
Azra menggeleng. "Aziq tipu Azra kan?" Soalnya. Haziq mengeluh. "Cakap Aziq! Aziq tipukan?!"
"Tak, Aziq tak tipu. Aziq serius. Look Azra, you never change although I try. Azra okey dengan Aziq tapi dengan orang lain? You back to the real of you. Dah banyak kali Aziq nasihat tapi tak ada kesan langsung pada Azra,"
"Aziq, Azra-"
"Wait Azra, let me finish. Aziq sayang Azra. Aziq nak Azra betul-betul berubah. Bukan sebab Aziq tapi sebab betul-betul Azra nak. Tapi kadang-kadang Aziq terfikir, macam mana kalau sayang kita hanya sebagai abang dan adik? Lagipun... Azra sendiri tak pernah serius dengan Aziq. Dan...Azra sendiri tak pernah percayakan Aziq."
"Siapa kata? Azra percayakan Aziq lah," Bantah Azra. "Then kenapa Azra marah bila Aziq tak nak sesiapa tahu pun hubungan kita? Kenapa kena fitnah Azira? Apa salah dia pada Azra sampai semua panggil dia sundal? Sebab dia rapat dengan Aziq? How many times do I tell you that we just friend. You know what, sampai Aziq sendiri rasa penat bila Azra buat perangai macam ni. I feel like.."
" Like what? Terpaksa?" Potong Azra. Haziq mengeluh kasar. "Mungkin." Azra terkedu. "Tapi,"
"Azra tahu? Satu-satunya buat Aziq cuba bertahan sebab Aziq tahu Azra tak ada sesiapa selain Daddy, kawan Azra yang sorang tu dan Aziq sendiri."
"So? Aziq nak putuskan pertunangan ni?" Soal Azra dengan air mata mula mengalir. Haziq memandang tepat ke arah Azra. Sakit hatinya melihat air mata itu. Ingin dikesat, namun ditahan niatnya.
"Tak, bukan macam tu. Just give time for us. Mungkin kita pergi terlalu cepat Azra. Sampai Aziq sendiri tak sempat nak tafsir perasaan sendiri. Aziq tak nak Azra kecewa kalau kesudahannya tak macam yang kita harapkan. Dan Aziq pun tak nak kecewa kalau lepaskan Azra terlalu awal. Just...biar masa tentukan? Lagipun masih awal sangat Azra. Haziq pun tak lepas SPM lagi. Apatah lagi berkerja. Kita mula balik? As abang dan adik?" Cadang Haziq. Itulah perkara yang difikirkan selepas meluahkan perasaan pada ibunya beberapa hari lepas.
Azra menggigit bibir dan memejamkan mata. Kenapa hatinya sakit mendengar kata-kata Haziq? Seolah-olah dia bebanan besar buat remaja lelaki itu. Air matanya mengalir lagi menuruni pipi.
Haziq menggenggam penumbuk. Perlahan-lahan Azra membuka mata dan memandang Haziq.
"Ka-kalau betul apa yang Aziq cakap, kalau betul Aziq sayangkan Azra, kita putuskan terus hubungan kita sekarang." Putus Azra. Haziq terkejut. "Azra, dengar dulu,"
"No. Kali ni Aziq dengar apa yang Azra nak cakap." Tegas Azra. Haziq terkedu. Sisi itu, tak pernah Azra tonjolkan.
"Kalau betul, Aziq sayangkan Azra, jangan bagi harapan yang tak pasti. Kita putuskan segala-galanya. Aziq hal Aziq. Azra hal Azra. Anggap yang kita tak pernah bertemu. Anggap tak pernah ada apa-apa antara kita dan anggap saja kita tak pernah kenal langsung." Haziq bungkam. Perit. Dia memandang dalam anak mata Azra mencari kebenaran. Bukan ini. Bukan ini yang dia rancang. Dia hanya perlukan masa untuk pastikan perasaannya. Tak pernah terlintas untuk membuang Azra dari hidupnya. Sekurang-kurangnya, dia mahu Azra ada sebagai adiknya jika perasaan itu tak mampu hadir.
"Azra..."
"No, I'm serious Aziq! Kalau tu yang Aziq rasa selama ni, kita putuskan pertunangan ni." Azra menanggalkan terus naik ke biliknya tanpa sepatah kata. Haziq terduduk. Segala-galanya terlalu pantas.
Di dalam bilik, Azra menagis di sebalik pintu. Tubuhnya melorot jatuh. Dia menangis teresak-esak sambil memeluk lutut.
"I'm sorry, Aziq. Sorry.....Azra minta maaf...." Dalam esak tangisnya Azra merayu. Kalau itu yang Haziq rasa, cukuplah dia membebankan Haziq. Dia sudah tiada apa-apa. Untuk apa Haziq berusaha memastikan perasaan untuknya? Lelaki itu layak untuk mendapatkan yang lebih baik. Bukan terus terikat dengan rasa simpati padanya. Perkara itu yang bermain difikiran Azra menyebabkan dia nekad berkata begitu.
Sementara itu, Faqiha yang berada di laman terkejut melihat Haziq yang muncul dengan wajah sugul.
"Balik dulu. Esok je kau tengok Azra. Tenangkan dia sekali," Ujar Haziq mendatar. Faqiha akur. Apa sahahja yang berlaku di antara mereka, Faqiha yakin sama ada Haziq atau Azra tidak merelakannya.
Mujur sahaja pemandu Haziq setia menunggu. Selepas meminta diri kepada Dato' Zakwan, Haziq segera mengarahkan pemandunya agar menghantar Faqiha pulang kerana Faqiha ke rumahnya menaiki teksi.
Memasuki biliknya, Haziq baring dan termenung panjang. Langsung tidak percaya Azra akan mengambil keputusan setekad itu. Tangannya diletakkan pada dadanya bahagian kiri sambil mata terpejam. Jantungnya masih berdenyut kuat. Mindanya masih memproses kata-kata Azra. Cuba menafikan yang ianya sebuah realiti.
Baginya, tak mungkin Azra sanggup kehilangannya. Ah, mungkin bila dia tenang Azra akan kembali dan meminta maaf? Kan? Tanpa sedar, Haziq mula berharap. Berharap Azra akan kembali. Berharap apa yang terjadi hari ini hanyalah sebuah mimpi.
To be countinued...
Naz_Nazira
30 May 2020
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
غموض / إثارةCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...