Sebaik sahaja bas berhenti, mereka sekali lagi berkumpul dan bersedia untuk hiking untuk sampai ke tapak perkhemahan.
"Semua dah ready?" Soal Aisy sedikit kuat.
"Ready!!!"
"Sekarang ni kita kena hiking untuk ke tapak camp. Jadi, abang nak korang berbaris satu barisan panjang. Ingat! Jangan ketinggalan jauh sangat. Faham?!"
"Faham!!"
"Good, yang lelaki angkat barang-barang tu semua." Arah abang Aisy. Mereka mula akur mengikut arahan dan berbaris. Para fasilitator yang sebanyak 10 orang itu berada di barisan paling hadapan dan paling belakang bagi menjaga keselamatan pelajar.
Hampir setengah jam berjalan, mereka sampai di sebuah tapak yang agak lapang. Terdapat sebatang sungai yang mengalir tenang di hadapan. Para pelajar mula teruja.
Sekali lagi, Aisy memanggil mereka supaya berkumpul. "Okey, korang boleh naikkan khemah masing-masing. Dah tahukan group khemah masing-masing?" Kata Aisy.
"Tahu!" Bersemangat mereka menjawab. "Good, lepas tu pelajar lelaki tolong naikkan khemah induk sekali. Selesai semua, kumpul kat khemah induk ni. Faham?!"
"Faham!"
Maka petang itu, mereka bertungkus lumus menaikkan khemah masing-masing. Mirsha dan Nia agak bernasib baik kerana ditempatkan dalam satu khemah bersama Azira dan Faqiha.
Darniel, Izrul, Rayyan, Fiqri dan Haziq pula di dalam khemah yang berasingan. Erk...tak juga. Si Darniel tu sekhemah dengan Haziq. Rasa-rasanya khemah tu boleh runtuh kot akibat diorang berdua tu. Bukan boleh percaya sangat.
"Wei...Darniel!! Jangan lari kau!" Belum apa-apa lagi Haziq sudah mengejar Darniel yang melarikan diri dengan sebuah beg khemah di tangan. Dia hanya ketawa jahat sambil dikejar oleh Haziq. Tanpa rasa bersalah Izrul membentes kaki Darniel dan segera berlalu seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
"Oi! Izrul kau-"
"Hah, kau apa? Tak guna? Kau tu yang tak guna!" Haziq segera menerkam Darniel.
"Eh, Ziq! Jangan! Jangan! Ampun weyh!" Dan...mereka terguling-guling di atas tanah. Rayyan yang lalu di sebelah mereka hanya buat-buat tak nampak.
"Kawan siapa ni? Tolong kutip." Ujar Fiqri yang berjalan bersama Rayyan. Huh, tak sanggup mengaku kawan.
Azira pula ketawa kecil melihat pergaduhan itu. Faqiha mencuit bahu Azira. "Tu normal ke kak?" Soal Faqiha melihat pergaduhan Darniel dan Haziq yang mengalahkan budak tadika itu. Rambut ditarik, muka ditampar, badan dicubit, kaki pula saling memijak.
"Bagi diorang...yeah. Agak normal." Ujar Azira sambil ketawa. Mirsha dan Nia turut tergelak. Tambahan pula mendengar isi perbalahan mereka. Habis semua benda diungkit.
"Kau yang habiskan aiskrim aku!" Jerit Darniel.
"Kau kata buat macam rumah sendiri kan?"
"Rumah sendiri! Bukan aiskrim sendiri! Dasar pencuri!"
"Ah, samalah tu! Yang kau hancurkan karya seni aku tu tak nak ungkit pula?!"
"Taik kau punya karya seni! Budak tadika pun boleh melukis elok daripada kau lah!"
"Berani kau kutuk lukisan aku? Dasar buta seni!"
"Woi! Korang berdua tu nak bergaduh sampai bila?" Tegur seorang fasi lelaki. Pantas mereka meleraikan pegangan sesama sendiri. Mata masing-masing merenung tajam.
Tanpa disangka-sangka, fasi lelaki itu menolak kuat kepala Darniel sehingga terhantuk kepada kepala Haziq.
"Aduh!" Dahi masing-masing di gosok. Akhirnya pandangan mereka diakhiri dengan satu jelingan. "Huh!"
Mereka membelakangi antara satu sama lain. Haziq segera mengambil beg khemahnya dan berlalu ke arah ahli sekhemahnya. Darniel pula mencebik.Azira ketawa lagi. Hah, padan muka. Nak gaduh sangat kan?
........................................................................Semua peserta khemah mula berkumpul di khemah induk pada pukul 12 tengah hari.
"Assalamualaikum semua." Aisy mula memberi salam. Para pelajar menjawab salam tersebut.
"Okey, abang tahu korang dah lapar. Tapi sebelum tu, abang nak bagi tahu yang abang ketua fasi korang. Abang Naim ni pula pembantu abang. Sebelah dia, akak cantik ni pula Kak Iza. Yang hujung sana tu Abang Malik. Yang lain ada kat hujung nanti korang kenal-kenal lah. Sekarang ni, sebelum makan, abang nak korang bahagikan kepada 5 kumpulan. Korang ada 40 kan? So, setiap group akan ada 8 orang. Abang nak korang ambil gulungan kertas dalam kotak ni lepas tu pas." Aisy menyerahkan kotak kepada peserta lelaki manakala Naim menyerahkan kotak kepada peserta perempuan.
"Amaran eh! Korang tak boleh tukar group. Lepas siap ni, korang terus duduk dalam group abang nak tengok."
Suasana riuh seketika. Apabila kotak-kotak tersebut telah sampai ke orang yang terakhir, mereka terus bergerak mengikut kumpulan masing-masing dan duduk dalam bulatan.
"Siapa yang dapat jadi ketua dan penolong bangun." Arah Aisy. Mereka terus bangun. Ada yang kelihatan agak teragak-agak.
"Kat kertas tu dah ada tuliskan peranan masing-masing kan? Ketua dan penolong? Siapa yang dapat penghulu dan penghuluwati pula?" Tiba-tiba Naim bersuara.
Seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan bangun. "Okey, setiap kali berkumpul, ketua atau penolong bagitahu jumlah bilangan ahli diorang kat penghulu dan penghuluwati. Kalau ada apa-apa masalah pun, refer kat diorang dan diorang akan jumpa kami. Faham?" Soal Aisy.
"Faham!"
"Bagus, sekarang korang ambil makanan yang disediakan ikut group. Group first pergi dulu. Lepas tu diikuti yang lain pula. Lepas makan, baru kita start aktiviti kita. "Aisy mengarah lagi.
Mereka mula bergerak seperti yang diarahkan manakala Aisy dan Naim pula duduk sambil berbual kosong.
........................................................................Azra kesunyian lagi. Hari minggu yang dulunya sentiasa ditemani Haziq kini berlalu. Malah Faqiha juga tiada. Azra melepaskan keluhan. Nia? Dengar khabarnya mereka juga mengikuti kem itu. Yelah, Nia tu budak pandai kot. Mirsha? Dia sendiri tak angkat telefon. Rasanya Mirsha juga sertai perkhemahan itu.
Azra mencapai buku yang diambil dari perpustakaan mini keluarganya. Entah genre apa, dia sendiri tidak pasti. Tapi, buku yang berada di rak buku milik ibunya kebanyakannya bersifat ilmiah dan sesetengahnya mengenai psikopat dan bergenre misteri. Jangan tanya kenapa bukan novel cinta. Dia sendiri tiada jawapan yang pasti. Lagipun, minat orang lain-lain.
Tapi entah buku mana diambil. Fikirannya yang buntu menyebabkan dia mencapai sahaja mana-mana buku.
Entah mengapa dia jadi tertarik pula dengan jalan cerita buku tersebut. Kisah seorang gadis yang kehilangan maruah diri kerana dirogol beramai-ramai ketika di sekolah.
Dalam diam, gadis itu juga menyimpan perasaan kepada seorang pelajar lelaki di sekolahnya. Lelaki yang pendiam dan misteri. Tapi, kerana sejarah lampaunya, dia bimbang tidak diterima lelaki itu lalu memendam perasaannya. Semakin lama mengenali lelaki tersebut dalam diam, barulah dia mengetahui lelaki itu seorang yang berbahaya. Namun dia tidak peduli, sesiapa yang memberi masalah kepada lelaki itu, akan dibunuhnya tanpa belas kasihan.
Semakin mendalami jalan cerita, Azra menutup buku dan menggosok lengan sendiri. Gila. Sanggup membunuh demi lelaki tersebut? Ah, cinta memang gila agaknya. Nama penulis dilihatnya, Fiqah Adelia. Dia menggeleng sendiri. Sedari pagi sehingga tengah hari dia membaca, barulah dia sedar yang perutnya sudah berkeroncong. Buku di tinggalkan di atas almari kecil di sebelah katilnya.
To be countinud...
Naz_Nazira
19 June 2020
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Mystery / ThrillerCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...