"Pergi je lah jumpa dia,"
Saran Nia secara tiba-tiba. Semua yang ada di meja itu terpinga-pinga kecuali Mirsha yang sudah sedia maklum mengenai Nia.
Setiap kali waktu rehat, mereka akan ditemani enam senior itu. Yelah, dah empat pengawas tu nak pantau si Nia ni dari buat masalah. Macamlah Nia ni tak ada kerja lain nak buat.
"Apa maksud kau?" Soal Darniel. Nia memandang tepat ke arah Haziq. Tersedak Haziq dibuatnya. "Apahal?" Haziq menyoal kembali apabila semua turut memandangnya.
"Jumpa dia." Ujar Nia mendatar. "Siapa?"
"Jangan buat tak tahu boleh tak? Pasal siapa je yang kau fikir tadi." Haziq tergamam. Takkanlah Nia tahu. " Again, stop reading people mind please." Ujar Izrul dengan muka bosan.
Nia menjeling tajam. "I wish I could. But he keep disturbing me" Bentaknya kasar. Oh tolongla, ingat dia nak sangat.
Mata Nia tertancap pada sekumpulan gadis yang ditemui lepak di tandas pada hari pertamanya. Bibir diketap. Tak tahu nak gelak ke nak nangis.
Tapi rasanya dia pun kena bertindak kot. Tak apa. Lewat sikit tak apa. Kalau tak dia kena bergaduh dengan senior-senior di depannya ini. Izrul mungkin dah tahu. Tapi yang lain tak.
"Oi, kau tengok apa?" Sergah Rayyan. Nia terkejut. Senyuman sinisnya mati. Rayyan di jeling tajam. Tak cari gaduh tak sah agaknya. Ni pun spesies Izrul jugak sebenarnya. Cuma Izrul lebih menjengkelkan.
"Jeling-jeling. Aku korek biji mata kau baru tahu,"
"Asal? Kau dengki sangat dengan mata aku ke apa?"
"Tak ada masa aku nak dengki dengan kau. Dasar budak manja,"
" Siapa yang kau panggil budak manja hah?!" Ton suara Nia sudah naik sedikit akibat geram.
"Siapa entah, mengadu kat atok dia yang aku denda dia kemas stor sukan," Perli Rayyan sengaja.
"Tu sebab alasan kau denda aku tu tak logik. Dasar gila kuasa." Nia memulangkan kata-kata Rayyan.
"Siapa yang kau panggil gila kuasa hah?" Rayyan bengang.
"Siapa entah denda aku kemas stor sebab aku gaduh dengan awek dia," Ya, masih memerli Rayyan.
"Zaman mana pulak dia tu minah gedik tu awek aku?"
"Eh, kau terasa? Maknanya betullah kau gila kuasa." Sengaja. Nia memang sengaja.
"Tak, cerita dia sekarang masa bila aku ada awek?"
"Eh mana aku tahu dia kata dia awek kau,"
"Dia yang kata."
"Ah, kesah pulak aku."
"Er...guys" Azira menyampuk. Dah budak berdua sambil bergaduh sambil mendekatkan muka, entah sedar ke tidak wajah mereka amat dekat antar satu sama lain tu.
Mereka berdua memandang Azira. "Huh," Mereka kembali ke kedudukan asal dan memalingkan wajah ke sisi. Mirsha ketawa kecil. Ah, pemandangan biasa sejak berada di di sini. Kalau tidak Rayyan pasti Izrul yang menjadi mangsa gaduhnya. Izrul tu pun mulut boleh tahan juga. Hampir semua orang dia cari pasal. Hari tu pun dia hampir bergaduh besar dengan si Darniel. Kalau tidak kerana Azira menghempuk budak berdua tu memang tak berhentilah jawabnya.
"Niel, teman aku." Ajak Haziq melihat Darniel meghabiskan makanannya.
"Pergi mana?" Soal Darniel. Haziq tidak menjawab sebaliknya menarik kolar baju Darniel sehingga memaksa remaja itu bangun dari duduknya.
Sementara yang lain terpinga-pinga melihat Haziq, Nia masih relaks. Dia tahu hala tuju Haziq ke mana. Fiqri menyiku Izrul.
"Apahal dengan Haziq hari ni?" Soalnya. Izrul sekadar mengangkat bahu. "Memang bad mood habis dia hari ni," Komen Rayyan. "Kan, dari tadi senyap. Tak macam biasa. Selalu dia riuh kenakan orang." Azira mengiakan.
"Tu, tanyalah Nia. Dia kan pakar bab tahu isi hati orang ni," Ujar Izrul selamba. Nia menjeling. "Suka hati kau je. Manalah aku tahu. Kau ingat aku ni apa?" Soal Nia kasar.
Sudahlah hanya Mirsha yang mengetahui rahsianya. Mungkin Izrul dapat syak sejak dari sekolah lama tu. Tapi Nia tak rasa dia dapat meneka dengan tepat. Tapi separuh hatinya kuat mengatakan rahsianya sudah terbongkar dengan Izrul.
Hatinya mendengus geram. Apalah yang dia dapat tahu sangat dari apa yang dia dengar tadi? Huh, Izrul memang sengaja. Mahu yang lain syak melalui usikannya. Tak guna.
-----------------
"Eh,eh! Kita nak pergi mana ni?" Soal Darniel. Haziq melepaskan kolar baju Darniel. "Ikut jelah."
Haziq memfokuskan seorang gadis yang diikutinya.
"Faqiha!" Panggil Haziq. Faqiha berpaling. Darniel mengangkat kening. 'Aik, macam kenal je?' Desis hati Darniel. "Azra mana?" Soal Haziq.
Faqiha menggeleng. "Dia tak datang hari ni," Ucap Faqiha. Darniel mengeluh. "Tak apalah, kau pergi rumah dia kan hari ni?"
"Er..ya."
"Tengokkan dia untuk aku," Kata Haziq seraya berlalu. "Eh, Ziq kejap!" Darniel mahu mengejar Haziq namun langkahnya terhenti dan memandang Faqiha.
"Ada apa-apa ke dengan jadi dengan diorang. Sampai bad mood semacam Haziq hari ni?" Soal Darniel. Yalah, kalau tak ada apa-apa kenapa tak pergi tengok sendiri kan?
Faqiha menggeleng. "Er...entahlah. Diorang gaduh kut,"
"Oh, okey. Thanks!" Darniel segera berlari mengejar langkah rakannya. Sementara itu, Faqiha mengeluh lembut. "Haih, apalah jadi kat kau Azra," Keluh Faqiha.
----------------------"Nia, sekarang ni tak habis waktu sekolah lagi tau. Pergi jelah lepas sekolah, " Ujar Mirsha. Nia menggeleng.
"Ada orang nak kenakan aku. Baik aku cau dulu. Kau tolong eh. Aku nak pergi selesaikan hal kat luar. Bye," Nia segera berlalu pergi selepas menyampaikan pesanan.
Sebaik sahaja mereka menghantar Nia ke kelas, ya. Hantar ke kelas. Nia terus memecut keluar apabila kelibat senior-seniornya menjauh. Malah dia pergi ke kelas Mirsha semata-mata untuk berpesan kepada Mirsha untuk memberitahu atoknya dan mengambil barang-barangnya ketika balik nanti.
Macam mana nak keluar? Ah, lompat pagar lah. Apa lagi. Lagipun dia sempat mengintai satu kelas tadi. Orang yang dicarinya tiada. Nampaknya, situlah hala tujunya.
Jangan tanya macam mana dia panjat dengan kain sekolah tu. Kalau nak, semua boleh.
Kemudian dia berfikir seketika. 'Macam mana aku nak pergi eh?'
Sebaik sahaja terlihat pondok pengawal, ideanya tercetus. Nia tersengih nakal. Dia mengintai pondok pengawal itu. Yes, dia tidur.
Telefon milik pengawal keselamatan itu diambil. Nombor seseorang lantas didail. Seseorang yang boleh diharap apabila dia membuat kerja-kerja macam ni.
Selepas beberapa deringan....
"Hello..."
"Assalamualaikum, bang. Nia!"
"Eh? Kau, bukan sekarang waktu sekolah ke?"
"Apa-apa je lah. Datang ambik Nia cepat,"
"Kau ponteng lagi, aku ingat kau dah jadi budak baik,"
"Ish, tanya nanti Nia tak boleh lama ni. Ambik aku kat....."
Detail diberi sebelum panggilan dimatikan dan nombor tersebut di padam kan.
Senyuman sinis terukir. Sekarang, kita tunggu.
To be countinued...
Naz_Nazira
31 May 2020
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Mystery / ThrillerCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...