"Macam mana dengan budak-budak tu?" Soal seorang seorang lelaki yang tidak kelihatan seluruh tubuhnya. Wajahnya kerana ditutup oleh hud berwarna hitam. Sarung tangan berwarna hitam turut dipakai.
Seorang wanita dan seorang lelaki berdiri tegak menghadapnya. "Mereka masih macam biasa tuan muda. Terkenankan peristiwa tahun lepas." Ujar si lelaki.
Senyuman sinisnya terukir. "Bagus. Terus perhatikan diorang. Aku akan mulakan langkah seterusnya tak lama lagi." Usai memberi arahan, dia terus bangun dan keluar dari bilik tersebut.
Lelaki itu memandang wanita yang berada di sisinya. "Aku tak faham. Apa yang dia nak sangat dari budak tu?" Kata si lelaki. Wanita itu menjegilkan matanya. "Kau cakap elok sikit, buatnya dia dengar tak ke masak kita berdua?"
Lelaki itu mengeluh keras. "Kalau tak disebabkan hutang, tak ada makna aku nak buat kerja ni," Dengusnya.
"Dahla, sedar diri sikit kita masih dalam kawasan dia sekarang ni. Jom," Wanita itu menarik si lelaki untuk keluar. Sebaik mereka beredar dari bilik itu dan tiba di ruang tamu, lelaki yang berpakaian serba hitam dan tidak kelihatan wajah itu duduk bersilang kaki dihadapan tv yang tidak terbuka.
"Eh, tuan muda. Tu-tuan muda buat apa kat sini?" Soal wanita itu terkejut. Jarang lelaki itu berada di situ. Selain daripada bilik kerja dan bilik tidurnya, hanya satu bilik misteri di satu sudut menjadi tempatnya.
"Kenapa? Aku tak boleh ada kat rumah aku sendiri?" Soalnya tanpa nada. Wanita itu menggeleng. "Tak adalah tuan muda. Kami pergi dulu ye," Mereka berdua segera keluar dari rumah agam tersebut.
"Fuh...seram betullah dia tu," Wanita tersebut menghela nafas lega apabila berada jauh dari rumah agam itu. Lelaki di sebelahnya ketawa. "Hahaha....kau takut dengan dia? Seriuslah?" Ejeknya.
Wajah wanita itu cemberut. "Tuan Muda tu menyeramkan tau tak. Dah lah tak pernah nampak muka, nama pun kita tak tahu. Suruh kita intip budak sekolah pulak tu."
Lelaki itu ketawa lagi. "Kau kena faham tau, jantan tu insecure dengan diri sendiri. Aku rasa muka dia tu hodoh, nama pun tak sedap sebab tu dia tak nak tunjukkan muka dan tak bagitahu nama. Silap-silap dia ada crush dengan budak yang kita tengah intip tu. Yelah, budak tu pun lawa orangnya. Sebab tu dia buat macam ni sebab tak nak kena reject. Budak tu pun sampai sekarang tak tahu siapa pemburu sebenar dia." Ujar lelaki itu yakin.
Wanita tersebut menepuk lengannya. "Kau jangan cakap besar sangat. Buatnya tuan muda tu psiko. Eh kau lupa ke dia letupkan bangunan tu tahun lepas walaupun ada anak buah sendiri?"
Lelaki itu buat muka. "Orang kalau dah jahat, dia peduli apa? Alah bangunan yang dia letupkan pun dah kena tinggal lamalah, bukannya mall besar ke apa." Balas lelaki itu angkuh.
Dia menambah lagi. "Ni lagi satu aku bagitahu kau. Psiko ni, cara dia lagi kejam tau. Tak mainlah orang suruhan dan letup-letup ni. Dia suka menyeksa, baru ada fun! Hahaha..." Gelak ketawanya makin kiat. Wanita itu pula sudah merengus geram. Ah, lelaki itu memang angkuh. Depan tuan muda mereka tak pula dia bersuara dengan lancang sebegini.
Di rumah agam tersebut, lelaki tadi sudah mengukir senyuman sinis. "Heh,"
........................................................................
Pagi itu, Fiqri tiba awal di kelasnya. Memandangkan tidak ramai berada di kelas dan langit masih gelap, dia mengambil keputusan untuk melelapkan diri seketika.Tangan disilang ke atas meja. Baru sahaja memejam mata, satu imbasan membuatkan dia membuka mata dengan pantas.
Nafasnya tidak teratur. Kepala digeleng perlahan. 'Apa tu?' Getus hatinya. Kelibat seorang lelaki yang berpakaian serba hitam dan memegang pisau lipat jelas terbayang. Fiqri menggigit bibir. Kelibat lelaki itulah yang sering mengganggu mimpinya. Lelaki misteri. Siapa dia? Entah mengapa Fiqri merasakan ianya bukan sekadar ilusi semata.
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Mystery / ThrillerCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...