"Macam mana dengan rancangan kita?" Soal lelaki itu sambil membelakangi pekerjanya. "Semua berjalan lancar tuan. Persiapan semua dah ready. Tunggu masa saja," Lapor Syaf.
"Bagus. Macam mana dengan perempuan yang aku suruh korang culik hari tu? "
"Nampaknya dia tutup mulut tuan muda. Tiada sebarang laporan dibuat." Lelaki itu tersenyum sinis. Tentulah. Siapa je sanggup bagitahu dia dirogol? Dia ketawa jahat di dalam hati. Namun senyumannya berubah pudar. Dia mengetap bibir apabila mengenangkan nama yang dijerit gadis itu ketika dia meragut kesuciannya.
Haziq.
Dendamnya membara. Ingin sahaja dia menghapuskan lelaki itu seperti mana dia menghapuskan lelaki sebelum ni yang turut cuba merampas kekasih hatinya.
"Perhatikan budak nama Haziq. Aku nak maklumat lengkap pasal dia." Ujarnya tegas. Syaf mengangguk akur. "Baiklah tuan muda. Er....tuan."
Panggil Syaf.
Lelaki itu hanya memandang ke sisi tanda membenarkan gadis itu berkata-kata. Masih tidak menampakkan wajahnya yang ditutup sebalik hud jaket itu.
"Man dah seminggu tak datang kerja." Ujar Syaf.
"Kau ada masalah buat kerja sorang-sorang?" Soalnya. "Er... Tak ada masalah tuan muda." Ujarnya sedikit takut.
"Bagus. Teruskan kerja kau. Dia tak perlukan." Ujarnya bersama satu senyuman sinis.
"Baik tuan muda." Gadis bernama Syaf itu segera mengetap bibir. Takut. "Takkanlah dia tahu?"
Kemudian dia menggeleng sendiri. "Tak kot." Ujarnya. Satu keluhan dilepaskan. "Man...ponteng nampaknya."
-----------------------------------------------------------Haji Ramli termenung jauh mengenangkan cucunya yang seorang. Betul, Nia Aqisha nakal. Tapi bukan itu sebab sebenarnya dia meminta empat sekawan itu menjaga mereka.
Tapi kerana mereka berempat masing-masing handal berlawan. Malah, Haji Ramli juga mengetahui status sebenar mereka berempat. Bukan calang-calang.
Tambahan pula Nia Aqisha tidak pernah tahu, sejak kejadian setahun lalu, dia dan Azrell meminta bantuan satu kumpulan kecil.
Sebuah skuad milik sahabatnya yang telah lama hancur dan kini beroperasi secara senyap di bawah kendalian cucunya.
Skuad yang bermatlamat membantu dan memberi perlindungan kepada sesiapa sahaja yang diburu. Malah memegang rahsia-rahsia dan dokumen-dokumen bagi mengelakkan penipuan dan penyelewengan. Selain itu, memberi bantuan kepada mereka yang terbuang dan memerlukan pergantungan.
Dahulunya sebuah syarikat. Tapi kerana fitnah dan kecaman masyarakat yang diterima, syarikat tersebut terpaksa ditutup dan beroperasi secara rahsia.
Demi keselamatan cucunya dan rakan cucunya itu, dia meminta bantuan mereka. Entah mengapa hatinya tidak selesa selepas kejadian itu. Dia tidak yakin bahawa dalangnya sudah tiada.
Ternyata firasatnya betul. Lelaki yang meninggal itu hanyalah orang suruhannya yang berkhidmat dengan seorang lelaki. Lelaki yang amat terkenal dalam dunia perniagaan dan menempa nam sehingga ke luar negara. Namun tidak pernah sekali pun dia memunculkan diri.
Memandangkan tiada maklumat yang cukup, mereka diarahkan supaya menempatkan mereka berdua di sekolah yang sama sementara pihak mereka terus memerhati sekeliling gadis-gadis itu.
Memang dia meminta hanya menjaga Nia. Tapi dia tahu Mirsha akan turut sekali terjaga kerena dia sendiri tahu keakraban mereka berdua.
Dia berasa risau apabila mendengar khabar bahawa lelaki itu sudah bertindak dan orang-orangnya berada di sekeliling sekolah. Sudah puas dia berpesan pada jaga sekolah agar tidak membenarkan pelawat masuk tanpa kebenarannya.
Tia yang menyedari atuknya mengelamun mengambil keputusan untuk menegur. Bukan apa, risau atuknya berfikir terlalu jauh. Sudahlah usia sedang lanjut. Terlalu banyak perkara yang difikirkan lelaki itu.
Secawan kopi turut di bawa bersamanya. "Atuk, " Tegur Tia lembut. Sekasar-kasarnya, tak terlintas lagi nak buat macam tu kepada Haji Ramli. Tak pasal-pasal sakit jantung orang tua tu kalau dia sergah gaya kasar seperti mana yang selalu dilakukan pada Nia.
"Tia," Sapa Haji Ramli sambil tersenyum. Sempat diucapkan terima kasih untuk air tersebut.
"Tak keluar ke mana-mana ke?" Soal Haji Ramli. Tia menggeleng. "Malas lah tuk. Keluar sorang-sorang buat apa. "
Haji Ramli ketawa kecil. "Tu lah. Atuk suruh kahwin tak nak. Kan dah bosan. Tak penat ke dengar mama dan papa kamu membebel pasal kamu tak kahwin-kahwin lagi?"
Tia mengeluh. "Tuk, Tia muda lagi lah. Apa kahwin-kahwin ni. Baru habis belajar tau." Rajuk Tia. Sekali lagi tawa Haji Ramli meletus. Tia boleh tahan manja sebenarnya. Tapi itulah, perangai kasar juga hendak ditunjuknya.
Mungkin kerana anak sulung, manjanya ditunjuk sangat. Lagi-lagi depan adiknya, Nia. Jarang sangat terlepas perangai manja itu. Lagipun, Nia lebih manja dan nakal orangnya.
"Mama dan Papa kamu tu risau. Yelah. Mereka kat negara orang, anak-anak pula jauh. Mestilah diorang harap ada orang boleh jaga kamu dan Nia. Nak suruh Nia kahwin pun budak tu muda sangat lagi. Nak jadi isteri orang pun tak nampak rupa. Kurang-kurang kalau kamu kahwin ada juga orang yang jaga kamu berdua kat sini,"
Tia mencebik. "Alah, atuk kan ada." Sangkalnya. Yalah. Umur dia baru 24 tahun. Kasi dia enjoy sekejap boleh?
"Atuk dah tua cu woi..." Balas Haji Ramli. Tia tergelak. "Tua-tua pun kuat tuk," Sengaja Tia memberi kata-kata semangat pada Atuknya.
"Puji ke perli?" Soal Haji Ramli. Tawa Tia terletus lagi.
Sedang asyik mereka berborak, kedengaran satu suara memberi salam.
"Waalaikumsalam," Laung Haji Ramli. "Siapa tu?" Soalnya kepada Tia. Tia sekadar menggeleng. "Entahlah tuk. Dengar macam suara lelaki."
"Boyfriend kamu kut." Selamba Haji Ramli mengutarakan pendapat. "Ish, apa atuk ni," Buntang mata Tia mendengar dakwaan tak berasas Haji Ramli itu.
Haji Ramli sekadar tersengih. Tia menggeleng perlahan dan melangakah ke muka pintu.
"Waalaikumusalam."
Terkejut Tia dibuatnya apabila melihat gerangan di hadapan pintu. "Hah, nak apa?" Soalnya garang.
Aisy tersengih sambil menggaru kepala. 'Mak ai.....garangnya minah ni' Getusnya di dalam hati.
"Er...nak...nak..."
"Nak apa?!"
"Nak ajak date!" Gara-gara terkejut dengan sergahan Tia, laju mulutnya berkata lancang tanpa dia sempat kawal. 'Erk, alamak.'
Tia terkedu. Seakan tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya. "Ha...baguslah tu. Bawaklah Tia pergi dating tu. Dia pun bukannya buat apa pun dalam rumah ni. Buat lemak je. Bosanlah katakan," Sampuk Haji Ramli selamba.
"Atuk..." Meleret suara Tia akibat geram.
"Eh, bukan dating. Saya nka ajak keluar sebab.."
"Ah, samalah tu. Pergi jelah. Atuk izinkan. Tapi macam mana kamu bawak dia pulangkan dengan keadaan sama eh. Kecuali kalau nak buat dia senyum tu ha.. Tu atuk izinkan."
"Atuk, apa ni..." Rengek Tia lagi tidak berpuas hati. Tak padan dengan umur pulak atuk dia sorang ni. Bukan main sporting lagi suruh dia pergi dating. Siap tuduh dia ternak lemak pulak tu. Amboi....
"Dah, pergi siap. Kesian dia tunggu kamu," Arah Haji Ramli. Kemudian dia memandang Aisy dan menyoal nama.
"Nama saya Aisy tuk."
"Ha..kesian Aisy tunggu. Pergi cepat." Arah Haji Ramli. Mahu hendak mahu, terpaksalah Tia akur dengan arahan atuknya.
To be countinued...
Naz_Nazira
10 June 2020
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Mystery / ThrillerCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...