Azira melangkah masuk ke dalam kelas selepas menenangkan diri. Bukan apa, pagi tadi dia bergaduh dengan Izrul. Bukan bergaduh besar pun. Tapi bila pagi-pagi hari lagi mamat tu buat hal mana tak sakit hati?
Dahinya berkerut apabila melihat Rayyan, Fiqri dan Darniel mengelilingi Haziq. Pelajar lain sekadar melihat. Azira mengerling jam tangannya. 5 minit lagi perhimpunan. Apa pula budak-budak ni buat?
"Baik kau bagitahu kitorang. Jujur jelah. Kau ada hati dengan budak tu kan?" Soal Fiqri.
"Apa korang ni?" Soal Haziq. Dia menolak jari telunjuk Fiqri yang ditunding ke arahnya. Bersungguh betul.
"Hari tu kau jumpa dia sebelum balik, petang tu kau keluar dengan dia. Semalam pun kau kejar dia kan? Bukan tu je, dah banyak kali aku ternampak korang kat mall." Soal Rayyan.
"Er..tu..tu.."
"Tu apa?" Soal Darniel dengan wajah yang digarangkan. "Apahal korang ni?" Tegur Azira bingung. "Zira!! Tolong aku weyh!" Jerit Haziq dan berlari ke belakang Azira. Azira bingung. Dah apahal ni?
"Woi, kau jangan nak lari!" Rayyan cuba menangkap Haziq. Berpusing mereka berdua disekeliling Azira. Akhirnya Haziq ditangkap dengan bantuan Fiqri dan Darniel.
Azira menayang muka kosong. "Someone mind to explain?"
"Ni ha...Haziq jatuh hati kat playgirl sekolah." Tuduh Darniel. "Hah?" Azira semakin bingung. "Dengarlah dulu..." Rayu Haziq. Macam mana dia nak jawab kalau dari tadi asyik kena serang je?"Ha...bagitahu sekarang!" Arah Rayyan. "Er...sebenarnya... sebenarnya... "
"Sebenarnya, sebenarnya, sebenarnya apa?!" Jerkah Fiqri geram. Darniel menepuk bahu Fiqri. "Sabar bro, sabar. Benda boleh bincang."
"Masalahnya dari tadi sebenarnya, sebenarnya." Rungut Fiqri. "Cuba kau bagitahu kitorang elok-elok." Ujar Rayyan.
"Sebenarnya.... Ha.. Perhimpunan dah start. Jom," Ujar Haziq riang dan seraya melepaskan diri daripada mereka bertiga. "Woi!" Jerit mereka tidak berpuas hati kecuali Azira. Hanya gelengan kepala mampu diberi. Beg diletakkan. "Jomlah," Ujar Azira dan melangkah keluar kelas. Rayyan, Fiqri dan Darniel saling berpandangan sebelum mengeluh kuat. Mereka juga akur dan mengikuti langkah Azira.
Ketika itu, Azira berselisih dengan Izrul. Jelingan tajam dihadiahkan. Izrul mencebik namun tak berkata apa-apa. Salahnya juga. Apa? Heh...
Alkisahnya... Pagi tadi sepatutnya dia terus berjumpa Azira untuk sampaikan kiriman dari seseorang. Dah siap janji pun. Tapi tulah...ada pulak sotong yang mengacau. Memang salah dia lah melayan. Terlupa pula Azira sedang menunggunya. Apalagi, datang mengamuklah...sempat dia bergaduh dengan kumpulan gedik tu sekejap. Izrul tersengih sendiri. 'Jealous tak nak ngaku.'
"Kau pehal tersengih sorang-sorang kat sini?" Soal Rayyan. Izrul tersentak. "Hehehe...tak ada apalah. Aku nak letak barang kat kelas jap." Ujar Izrul. Dia meletakkan beg dan bungkusan yang dikirim oleh atok angkatnya kepada Azira. Kertas diambildan ditulis seseuatu.
_______________________Azira terus mengambil tempatnya sebaik sahaja masuk ke kelas selepas tamat perhimpunan. Matanya tertancap pada bungkusan bawah meja dan sekeping kertas. Kertas diambil.
Be happy and smile. Ignore them.
I.F
Azira tersenyum. Hubungan dia dan Izrul? Biarlah rahsia. Tapi selain mereka berempat, Izrul tahu memujuk perasaannya walaupun jejaka itu seolah-olah mengambil ringan terhadap semua perkara.
"Azira! Tolong aku! Eh, apa tu?" Haziq menerpa ke arahnya secara tiba-tiba. Azira terkejut dan lantas menyorokkan kertas tersebut.
"Kenapa?" Soal Azira.
"Diorang nak tahu pasal aku dan Azra." Adu Haziq. " Dah tu? Bagitahu jelah. Kejap aku pun tak tahu apa-apa ni? Ha, kenapa dengan korang berdua sampai budak bertiga tu serang kau?"
"Er..sebenarnya Azra tu tunang aku,"
"Hah?!" Belum sempat Azira terkejut dia dikejutkan dengan jeritan kuat dari belakang. Dadanya diurut lembut. Dia berpusing ke belakang dan melihat Fiqri, Rayyan dan Darniel yang sudah ternganga manakala Izrul menekup telinganya.
"Siapa budak nama Azra ni?" Soal Izrul sambil menggosok telinganya. Haziq dah tayang muka pasrah. "Jap, playgirl tu tunang kau?" Soal Fiqri tidak percaya.
"Bila masa kau bertunang ni?" Rayyan bingung manakala Darniel pula...
"Sob, sob, sampai hati kau tunang tak bagitahu? Siapa kitorang pada kau ha?" Okey, drama sangat. Mereka sudah melopong melihat Darniel yang kononnya teresak itu. Izrul menyekeh kepala Darniel. Menyampah weyh!
Baru sahaja dia ingin menjawab, pintu kelas mereka diketuk seseorang. Suara pelajar mula riuh rendah. Hairan dengan keadaan itu, Haziq melihat ke pintu kelas. Dia melopong.
____________________________
"Kenapa Azra datang jumpa Aziq masa macam ni?" Soal Haziq. Rakan-rakan sekelasnya asyik mengintai. Hairan mungkin. Yelah, selalunya Azra yang akan dicari pelajar lelaki. Memang tak lah dia akan mencari. Haziq pula tak pernah layan perempuan. Azira satu-satunya yang rapat dengannya. Oh, terbaru mungkin Nia kerena gadis itu perlu dijaga mereka berempat.
"Kenapa? Tak boleh?" Soal Azra menguji. Haziq menggeleng. "Bukan tak boleh. Nanti apa pula kata orang."
"Biarlah orang nak cakap apapun. Mulut orang bukan boleh tutup. Lagipun, Aziq yang nak rahsiakan. Bukan Azra." Haziq mengetap bibir.
"Fine, kenapa ni?" Haziq mengalah. Tak menang kalau dia lawan sekalipun.
"Aziq...malam ni datang rumah boleh..." Pinta Azra dengan muka comelnya. "Ada apa?" Soal Haziq. "Ala... Bolehla."
"Tak sure la. Rasanya busy kot malam ni." Ujar Haziq. Azra mencebik. "Alah...malam ni sepupu-sepupu Azra datang..." Rengek Azra. "So?" Soal Haziq.
"Aziq tahukan Azra tak suka diorang. Datanglah teman..." Pujuk Azra. Haziq menggeleng. "Tu masalah Azra dengan sepupu-sepupu Azra. Lagipun Azra sendiri yang selalu buat hal dengan diorang kan? Sebab tu diorang pun tak rapat dengan Azra? Cubalah berbaik dengan diorang." Pujuk Haziq. Azra mencebik.
"Tak nak datang sudah! Cakaplah tak nak! Tak payah buat macam semua salah Azra!" Bentak Azra dan berlalu pergi dengan kaki dihentak kuat.
"Azra, bukan macam tu." Haziq cuba memujuk. "Dah, Azra malas dengar apa-apa!" Azra terus berlalu tanpa sempat dihalang oleh Haziq. Haziq merengus kuat dan rambutnya diserabutkan. Dia perlu buat sesuatu.
Sebaik sahaja masuk ke kelas, semua mata memandangnya sehingga ke tempat duduk. "Apa pandang-pandang?" Tengking Haziq geram sebelum melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Mata-mata yang melihat tadi segera melarikan pandangan dan membuat kerja sendiri.
"Awek merajuk ke bro?" Soal Darniel dengan riak mengejek. "Diam ah kau," Haziq geram. Boleh tak memahami sikit member tengah serabut?
"Macam mana kau boleh bertunang dengan playgirl sekolah ni? Tahan pulak kau dengan perangai dia. Bukan ke kau ni jenis malas layan perempuan ke?" Soal Rayyan. Izrul, Fiqri dan Azira turut mengelilingi Haziq bagi mengorek cerita. Guru masuk? Jangan risau, para guru ada mesyuarat tergempar pagi ni. So, masih ada masa.
To be countinued...
Naz_Nazira
25 May 2020
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Mystery / ThrillerCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...