Sudah lebih seminggu berlalu, jamuan makan malam form 5 akan diadakan pada malam minggu ini, iaitu Sabtu malam. Beberapa hari sahaja lagi.
Dan....
"Azra tak datang cari kau kali ni?" Soal Azira hairan. Haziq mengangkat bahu. "Tak, aku tak faham. Korang gaduh pasal apa sebenarnya?" Haziq menafikan.
"Mana ada gaduh." Azira tayang muka menyampah. Macam tu punya jelas pun tak nak mengaku lagi? Haih, tak tahu nak kata apa.
Matanya mencerun tajam ke arah Haziq."Okey aku bagitahu. Minggu lepas tu aku pergi rumah dia. Ikutkan aku malas sebab aku nak dia tu bergaul dengan sepupu-sepupu dia tu. Tapi tulah, boleh dia buat sombong. Aku borak dengan cousin dia pun nak emo." Ujar Haziq.
"Siapa nama cousin dia?" Soal Azira.
"Alisya tak silap aku."
Bahu Haziq diketuk kuat dengan buku teks. "Sakitlah weyh!" Rungut Haziq sambil menggosok bahunya.
"Kau ni....aduh, dia jeles lah tu. Eh kejap, pehal kau pulak yang merajuk bukan dia?"
"Aku....aku-" Dia memandang ke atas. Ironinya, Azira turut memandang ke tempat yang sama.
Flashback...
Haziq menekan loceng. Segan juga dia sebenarnya. Yelah. Sudahlah datang malam-malam masa orang ada tetamu. Tak diundang pula. Kalau Dato Zakwan sendiri yang menjemputnya tidak mengapa. Ini...alahai....
Pintu terbuka. Wajah mencuka Azra kelihatan. Serta-merta riak itu berubah dengan kehadiran Haziq. Senyuman terukir di wajahnya. Haziq menggeleng perlahan.
"Aziq, masuklah. " Riang sahaja suara itu kedengaran. Malah lengan Haziq turut ditarik ke ruang tengah selepas menutup pintu.
"Assalamualaikum," Haziq memberi salam. Semua yang ada menjawab salam tersebut. "Eh, Haziq. Ada apa datang sini?" Soal Dato' Zakwan. Haziq menggosok belakang lehernya menahan segan. "Azra mintak Haziq datang. Tak boleh? Salah ke?" Soal Azra selamba. Dato' Zakwan menggeleng perlahan.
"Daddy tak cakap salah," Ujarnya. Haziq menyalaminya dan beberapa orang tetamu lelaki di dalam rumah itu. "Siapa ni Wan?" Soal seorang wanita yang agak berusia.
"Nilah tunangnya Azra. Haziq Hazmi," Dato' Zakwan memperkenalkan Haziq. "Ooo...boleh tahan orangnya. Untung anak kau. Awal-awal lagi ada orang berkenan." Puji seorang pak cik. Dato' Zakwan sekadar ketawa.
"Duduklah Ziq, tak pun Azra bawa pergi dapur. Rasanya ada makanan sikit lagi." Pelawa Dato' Zakwan.
Tidak betah berlama, Haziq segera ditarik ke dapur. Dia terus mengambil cawan dan membancuh air. Haziq turut diam. Cuba mencari cara menegur tindakan tunangnya yang beredar tanpa berkata apa-apa.
"Kitorang tak tahu pun kau dah bertunang." Tegur seorang gadis yang baru memasuki dapur. Haziq dan Azra yang baru selesai membuat dua cawan Milo tersentak. Wajah Azra berubah masam. Dia mendekati Haziq yang duduk di meja makan dan meletakkan cawan.
"Apa korang buat kat sini?" Soal Azira kepada sepupu-sepupunya. Dua lelaki dan tiga perempuan.
"Rileksla Azra. Kitorang datang melepak je. Takkan nak join perbualan orang tua. Tak elok. Datang sini boleh jugak kenal-kenal dengan tunang kau ni," Ujar seorang remaja lelaki.
"Tak payah nak sibuk-sibuk. Dia tak berminat nak kenal dengan korang." Balas Azra dengan sedikit kurang ajar. Haziq yang tidak senang dengan jawapan yang dilemparkan Azra lantas menegur lembut. "Azra, apa ni?"
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Misterio / SuspensoCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...