Bab 17

37 4 0
                                    

  "Sayang ingat tak kita jumpa kat bangunan lama tahun lepas? Masa sayang lari dari pembunuh tu? Hahahaha.....! Tu semua budak-budak abang. Sayang tahu kenapa dia kena bunuh?" Soalnya penuh misteri sambil meramas bahu Azra. Azra menekup telinga. Tak! Dia tak mahu dengar!

  Namun tangannya ditarik. Azra ditolak kasar menyandar ke dinding dengan tangannya di tahan ke atas.

  "Sebab dia masuk campur urusan aku untuk dapatkan kesayangan aku. Tapi kau!" Lelaki itu ketawa sinis.

  "Sebab kau datang merayu pada aku, aku ingat, aku akan lepaskan kau, bunuh perempuan tu dan kita hidup bersama. Jadi, lepas kita pergi....kau tahu apa jadi?" Azra menunduk dan menggeleng kepala dengan laju. Esakannya tidak berhenti dari tadi.

  "Aku letupkan bangunan tu! Hahahaha....!! Puas hati aku! Nak jual mahal dengan aku!" Ketawa lelaki itu memenuhi ruang bilik tersebut. "Argh!!!!!" Azra meraung.  Lelaki misteri itu lantas mencekiknya.

  "Aku selamatkan kau! Aku bawak kau pergi klinik! Aku nak hantar kau balik, tapi kau degil! Kau pergi menyudal dengan jantan tu dah kenapa?!" Tercungap-cungap Azra mencari nafas. Dia cuba meleraikan tangan itu. "Le-lepas!"

   "Apa sayang? Lepas? Boleh sayang, lepas ni abang lepaskan sayang. Tapi..."

  Cekikan dilonggarkan. Dia mendekatkan wajahnya ke sisi kepala Azra dan berbisik tepat ke telinga gadis itu.

  "Perempuan tu dengan kawan dia yang tak guna tu selamat dari letupan tu. Aku dapat bunuh mamat tu... je. Tu pun aku kena korban kan orang aku. Tapi, aku tak kisah. Sebab sekarang, aku akan pastikan korang berdua milik aku dan perempuan tak guna tu jadi hamba aku. Get ready okey," Pipi Azra dikucup dan dijilatnya. Azra meraung lagi. Jijik diperlakukan sebegitu.

  Lelaki itu tersengih. "Tak sia-sia aku perhatikan kau. Dapat juga aku jumpa dia balik. Dah lama aku cari dia sejak kejadian tu. Hahahaha...!!"

  Kepala Azra digosok lembut. "Jangan risau. Nanti aku jaga koraang baik-baik key." Terus lelaki itu melangkah keluar.

   "Argh!!!!!" Azra menjerit kuat.

  "Aziq...tolong Azra, Azra takut..." Azra mengongoi sendirian.

-------------------

  Haziq merenung telefonnya. Sudah beberapa hari Azra tidak menghubunginya. Haziq menheluh lemah. Ada seseuatu yamg perlu dia sampaikan pada Azra.

   Melihat jam di tangan, Haziq tahu dia sudah terlambat. Pantas dia turun ke bawah dan menaiki motorsikalnya.

-------------------------------

  "Korang penat-penat bergaduh macam-macam idea ini hasilnya?" Soal Cikgu Azrell. Azira dan Izrul berbalas jelingan.

   Cikgu Azrell memerhati setiap hiasan di dewan hotel tersebut. Ingatkan gempak sangatlah idea yang diorang bergaduh tu.

  Selepas pistol, kuda, salji, gajah , harimau ,bom, asid habis semua keluar, kesudahannya bunga? Tema garden yang dibawa memanglah cantik. Tapi dengan gaya perbincangan diorang tempoh hari agak risau juga cikgu Azrell dibuatnya. Manalah tahu tiba-tiba memang ada bom meletup? Apakah? Cikgu Azrell menggeleng. "Tak apalah. Asalkan meriah." Ujarnya.

  Rayyan, Fiqri dan Darniel menahan tawa melihat kedua-dua manusia itu mula menunjukkan tanda-tanda berperang.

   "Abang," Panggilan seorang gadis mengejutkan mereka.  Izrul, Fiqri, Rayyan, Darniel dan Azira terkejut melihat Mirsha berada di hadapan mereka. Fiqri mengerut dahi hairan. Setahunya Mirsha pelajar tingkatan 4. Bagaimana boleh ada di sini?

   "Adik, sampai pun. Mana kawan adik? Nia?" Soal Cikgu Azrell. Kini semua memandang Cikgu Azrell dengan riak terkejut. "Adik?!" Terhinggut bahu Cikgu Azrell mendengar jeritan mereka. "Ha...yelah.. A-adik. Adik saya." Ujarnya gagap apabila 5 remaja itu memandang tajam ke arahnya.

  Mirsha tersenyum menahan gelaknya daripada meletus. Dia mendekati abangnya dan memeluk lengan lelaki itu. "Nia ada dengan atok dia. Atok dia cari abang tadi." Ujar Mirsha.
 
  "Pengetua cari abang?" Soal Cikgu Azrell. Mirsha mengiakan. "Em, jomlah." Cikgu Azrell lantas menarik adikny daripada menjadi tatapan mereka berlima.

  "Eh..kejap, kejap. Mirsha! Nia pun ada?" Soal Rayyan. Mirsha mengangguk sebelum beredar bersama abangnya. Rayyan, Darniel dan Fiqri berpandangan sesama sendiri manakala Izrul dan Azira pula mengetawakan mereka. "Uuu...ada orang kena jadi babysitter la...." Usik Azra nakal. Darniel mengeluh manakala Fiqri meraup muka.

  Rayyan menggelengkan kepala. "Tak kot...lagipun malam ni kan majlis kita. Pengetua pun ada. So, dia ada dengan cucu dialah sekarang kan?" Ujar Rayyan menyedapkan hati.

  "Harap-harap macam tu lah. " Ujar Darniel separuh berharap. Dasar pemalas.

  "Rileksla, dua minggu ni dia tak ada buat hal lagi kan?" Soal Izrul. Rayyan menggeleng. "So? Rileks sudahla..." Kata Izrul santai.

  "Hei, guys. Sorry lambat."

  "Eh, Haziq. Lambat? La....kau tak ada ke tadi? Aku tak perasan pun?" Soal Darniel keliru.

  "Siot punya kawan. Kau tak perasan aku tak ada?" Soal Haziq geram. "Lek bro. Benda kecik. Takkan hati dah koyak kot?" Usik Fiqri. Haziq menendang kaki Fiqri. Mereka ketawa.

   Nia menangkap kelibat mereka dari kejauhan. Dia menggigit bibir. Tipu dia tak terkejut melihat wajah Fiqri pada mulanya. Tapi dia sedar Shah sudah lama tiada. Kerana itu dia berdiam.

  Nia sedikit tergamam. Hatinya lantas berdetik. 'Azra'

  "Nia, kenapa?" Tegur Mirsha. Nia menggeleng. "Tak ada. Cuma..."

"Cuma?"

Nia tersengih. "Aku harap aku tak ada kelebihan ni. So, aku tak payah menyibuk hal orang." Mirsha ketawa lantas memeluk Nia.

  "Tapi sebab kebolehan kau jugak lah yang selamatkan aku." Nia ketawa ringan. Haji Ramli dan Cikgu Azrell tersenyum melihat senyuman mereka berdua. Harapan mereka mimpi ngeri itu tidak mengganggu kedua-dua gadis remaja itu lagi. Tanpa mereka sedar, peristiwa tersebut hanyalah titik mula kepada mimpi yang lebih mengerikan.

  Senyuman yang terukir hari ini, mungkin bertukar jeritan dan tangisan pada masa akan datang. Dan, dalam masa mereka bergembira,

  Azra Zulaikha bergelut menyelamatkan maruah dirinya. Harga diri yang dijaga selama ini bagai telur di hujung tanduk ketika itu.

  

   "Ladies and gentleman, let's enjoy the perfomance from......"


















Di sebuah rumah agam....










   "Argh!!!!!!!!"  Sekelip mata harga diri seorang gadis direntap dengan kasar tanpa kerelaannya.










    Ketika itu juga, Haziq dan Dato' Zakwan yang berada di rumahnya tersentak kuat.

   Faqiha yang baru sahaja ingin mengambil air terlepas pegangan dari gelas kaca itu.

  Hati mereka mula menyebut satu nama. 'Azra'

To be countinued...
Naz_Nazira
28 May 2020

My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)Where stories live. Discover now