Epilog

49 4 3
                                    

   "Alat tu selamat?" Soal lelaki misteri tersebut pada adik perempuannya. Gadis itu menunjuk ke arah partnernya.

   Lelaki itu mencapai pistol daripada remaja itu. "Good job, Izrul Faiq. Kalau pihak polis dapat alat ni, habislah." Ujarnya.

   Gadis itu mencebik. "Eleh, macamlah dia sorang buat kerja." Izrul ketawa. "Alalala...cik Nasya Azira, awak dengki ke?" Soalnya. Azira menjeling tajam.

  "Dah Nasya, Faiq! Tak payah nak bergaduh kat sini. Ada benda yang abang nak bagitahu korang sekarang ni. Naqif mana?" Soalnya.

  Nasya Azira mengangkat bahu. "Oh, kena panggil Nasya balik ke sekarang?" Soal Izrul Faiq. "Lantak kau lah Faiq." Balas Nasya. Faiq ketawa.

  "Alah, kekalkan lah. Rasa macam sweet je nama nak dekat-dekat." Usik Faiq. "No, tak nak. Kau sweetlah sorang-sorang." Balas Nasya sambil menjelir lidah. Faiq membuat muka sedih. "Macam ni kau layan tunang kau?" Soal Faiq. Nasya menjulingkan mata ke atas. "Alah, baru tunang."

   Lelaki itu menggeleng kepala melihat pergaduhan mereka. "Sudahlah tu."Tegurnya lagi.

  Pintu bilik kerja itu di buka seseorang. Kanak-kanak lelaki berusia  12 tahun itu masuk dengan selamba sambil bermain game di dalam telefon pintarnya. "Naqif!" Panggil lelaki tersebut.

  Naqif tersengih dan mengambil tempatnya. "Ada apa ni abang Naim?" Soal Faiq. Ingat Naim? Pembantu fasi semasa camp? Dia lah tu.

  Naim menarik nafas sebelum memulakan bicara. "Thaqif ialah pembunuh bersiri yang berleluasa pada 8 tahun lepas. Pihak pols langsung tak dapat nak jejak dia. Malah tak ada petunjuk untuk cari suspek. Lepas dua tahun, kes tu terus senyap. Tapi, sebenarnya tak. Dia terus membunuh. Dan semua mangsanya ialah perempuan. Pembunuhannya yang pertama tak dapat dikesan ialah sewaktu dia membunuh kakak kandung dia sendiri." Cerita Naim.

  "Thaqif tak pernah munculkan diri dalam perniagaan. Dia licik. Dia hantar orang untuk berurusan. Sama ada urusan yang sah atau tak. Alat penghapus memori ni pula dia dapat daripada pasaran gelap."

  "Jadi, kita tak dapat tangkap lagi orang yang curi semua alat tu?" Soal Nasya. Naim menggeleng kesal. "Sayangnya tak. Dia jual melalui pelbagai cara."

  Nasya mengeluh perlahan. Alat penghapus memori itu merupakan alat ciptaan atuk mereka. Ianya digunakan ketika menjalankan misi. Tapi selalunya bukan digunakan untuk menghapuskan semua memori. Hanya beberapa perkara penting yang perlu dirahsiakan dari orang luar sahaja. Namun tak sangka ianya telah diubahsuai.

  "Jadi apa abang nak buat dengan alat tu?" Soal Naqif pula. Naim mengangkat bahu. "Hancurka, ubahsuai balik, buat ujikaji. Entahlah. Tengoklah. Sebab ni boleh masuk kategori alat berbahaya."

  "Oh ya. Lagi satu, mengenai Syaf. Perempuan suruhan si Thaqif tu." Tambah Naim.

  Masing-masing menunggu Naim memulakan bicara. "Dia pun lebih kurang macam Thaqif jugak sebenarnya. Psiko. Dia sukakan Thaqif dan dia benci sesiapa kutuk Thaqif atau ganggu kerja Thaqif. Pendek kata, dia sanggup buat apa sahaja untuk Thaqif,"

  Nasya terlopong. "Wah, ketua psiko, anak buah pun psiko." Komen Faiq. Naqif mengangguk setuju dengan kenyataan itu.

  "Syaf, atau nama sebenar dia, Syafiqah Adelia seorang penulis sebenarnya. Dia ada tulis pasal diri dia dan Thaqif dalam satu buku ni. Entahlah buku apa, dengan nama pena Fiqah Adelia dan menggunakan nama watak yang lain." Cerita Naim lagi.

  "Lagi satu, dia bertanggungjawab atas pembunuhan rakan sekerjanya merangkap anak buah Thaqif jugak, Man dan ibu bapanya sendiri. Dan kedua-duanya dia buat sebab Thaqif.

  "Seramnya." Komen Nasya pula. "Kau tak nak buat cerita untuk aku Nasya?" Usik Faiq. Nasya menjulingkan mata ke atas. Sudah. Malas layan.

  "Faiq, kau pergi bila ke itali?" Soal Naim. "Lusa bang," Naim mengangguk sendiri. "Kitorang hantar kau, bagitahu flight pukul berapa nanti." Putus Naim.

  Faiq mengangguk akur. Sememangnya keluarga Azira lah yang menjadi keluarga angkatnya sejak dia bertemu Azira. Naim yang bertanggungjawab membantunya dalam menuntut segala haknya.

   "Baiklah, tu je. Kes lain korang tak terlibat pun," Kata Naim selamba. Yang lain menjeling ke arah Naim. "Eleh, dia suruh kita fokus exam," Sindir Nasya. Naim sekadar ketawa.

  "Dah keluar dari bilik ni semua. Menyemak je." Halau Naim selamba. Sekali lagi dia menerima jelingan daripada mereka. Naim ketawa lagi.

   Ini baru misi pertama mereka jalankan bersama. Hal lain hanyalah perkara mudah yang dia mampu selesaikan. Alah, kawan ramai-ramai tak boleh tolong apa guna? Itulah sebabnya Aisy turut terlibat. Pintu bilik kerja itu ditutup dan dikunci dengan kemas.

The End
Naz_Nazira
21 June 2020

 

My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)Where stories live. Discover now