Bab 33

33 4 0
                                    

   "8 Tahun aku cuba cari kau, Qasha. 8 tahun aku simpan rasa bersalah ni." Ucap Aisy. Tia memalingkan wajahnya ke arah lain.

  "Buat apa? Memang itu yang kau nak kan? Malukan aku," Soal Tia dingin. "Yes, aku tahu aku salah. That's why aku minta maaf."

  "Senang je kan? Senang je kau datang jumpa aku and minta maaf. Kau tahu tak betapa sakitnya hati aku dihina macam orang tak ada maruah masa tu? Dibuli macam aku ni patung yang tak ada perasaan! Apa yang kau dan geng-geng kau buat? Sikit pun kau tak kisah! Korang gelakkan aku macam semua tu satu hiburan! Eh, apa salah aku kat korang hah!" Tengking Tia. Beberapa orang pelanggan mula memandang mereka dan berbisik-bisik.

  "Kau tahu apa paling sakit? " Soal Tia lirih. Aisy memandang wajah Tia yang comot dengan air mata itu. Dibiarkan Tia meluahkan segala-galanya.

  "Bila orang yang paling aku percaya dan aku sayang, khianati aku. Kau dan kawan baik aku sendiri Lisa. Yang jadi dalang semua ni. Kau tahu tak betapa sakitnya hati aku masa tu?" Tia membuka cermin matanya bagi mengelap air mata lantas menekup mukanya.

  "Semua takkan jadi kalau kau tak terlalu mudah Qasya." Kata Aisy dengan nada rendah. Tia ketawa sinis. Dia memandang Aisy. Dan buat kali pertamanya selepas 8 tahun, Aisy meihat wajah itu tanpa cermin matanya.

   "Kau sendiri tahu perasaan aku kat kau masa tu. Even Lisa sendiri dorong aku. Kalau aku tahu, sumpah, sampai mati pun aku tak percayakan korang berdua!" Ujar Tia tegas.

  "Qasha,"

  "I told you, don't call me with that name!"

  "Okey, Tia. Please. Aku tahu kitorang salah. But, please Tia. Aku tak tenang selagi kau tak maafkan aku." Rayu Aisy.

  Tia memandang ke tempat lain. "Tak mudah, Aisy." Aisy mengeluh. "Fine. Take your time." Dia akur. Sedar, kesalahannya terhadap Tia bukan kecil.
-----------------------------------------------------------
   Haji Ramli berjalan di koridor. Sengaja ingin mengambil angin sambil meronda kawasan sekolahnya. Dari jauh, dia ternampak kelibat cucunya di kantin. Dia tersenyum melihat mereka semua bergurau senda. Walaupun dikelilingi lelaki, tapi Haji Ramli yakin dengan mereka. Sekurang-kurangnya, cucunyaa selamat.

  "Pengetua," Teguran itu membuatkan dia memandang ke arah suara yang memanggil. Cikgu Azrell tersenyum. "Jarang pengetua keluar bilik." Usik Cikgu Azrell.

  "Dah tu. Takkan nak suruh saya berkurung sampai esok," Balas Haji Ramli bersama senyumannya.

  Cikgu Azrell tersengih. Dia turut memandang mereka. "Semuanya nampak selamatkan?" Soalnya. Haji Ramli mengangguk sebelum raut wajahnya bertukar keruh. "Buat masa ni lah,"

  Cikgu Azrell turut mengeluh.
-----------------------------------------------------------

   Kereta yang dipandu akhirnya sampai ke destinasi. Aisy memberhentikan keretanya di hadapan rumah Tia.

  "Thanks," Ucap Tia senada.

"Qasha tunggu," Aisy menahan lengan Tia. Dahi Tia berkerut menandakan dia tidak selesa. Aisy melepaskan pegangan dan menggosok belakang kepalanya.

"Erk, sorry." Ucapnya. Tia sekadar mengangguk.

"Qasha, kalau kau dah maafkan kitorang nanti..." Satu sampul dihulurkan kepada Tia. Tia membuka sampul itu.

  "Tolong datang," Pohon Aisy. Tia terkedu. "Kau....Lisa...kahwin?" Soal Tia. Aisy mengangguk. "Please. Kalau kau datang aku anggap kau dah maafkan kami. And...we're friends?"

Tia ketawa sinis. "Aku datang then what? Korang malukan aku lagi?" Soal Tia. Raut wajah Aisy berubah. "Qasha.."

"Hm...elok sangatlah tu. Soranh penipu seorang lagi pengkhianat. Memang padan sangat korang berdua." Ujar Tia penuh sinis. Aisy sudah merah padam wajahnya.

  "Tengoklah macam mana," Kata Tia dingin dan cepat-cepat keluar dari kereta. Dia segera melangkah masuk ke dalam rumah. Sebaik mengunci pintu, dia terus masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu biliknya pula.

  Badan dihempas ke katil dalam keadaan meniarap dan menangis semahu-mahunya. Cermin matanya dicampak. "Kau kejam Aisy! Kau kejam! Argh!!" Bantal ditumbuk-tumbuk kasar sebelum menekup mukanya.

  "Why Aisy? Kenapa? " Tangis Tia. "Kenapa kau perlu bagi aku harapan kalau sikitpun aku tak ada peluang? Kenapa kau panggil aku Qasha kalau kau dah nak kahwin?!" Tempik Tia bagaikan orang gila.

  Esakannya semakin kuat. "Kenapa bagi aku harapan Aisy kalau akhirnya kau sendiri yang hancurkan? Kenapa kau perlu ingatkan aku kenangan kita?" Soalnya sendiri dalam tangisan.

  "Just stop calling me Qasha if I'm not  the person that you love." Pintanya. Mengharapkan Aisy akan mendengar.

  Perempuan. Sekeras mana pun hatinya, masih ada kelembutan yang disembunyikan. Disembunyikan kerana enggan dilihat lemah.

  Tia Aqasha hanya insan biasa. Mencintai seorang lelaki di saat usianya baru mencecah 16 tahun. Dan dikhianati oleh lelaki yang dicintainya dan kawan baiknya sendiri.

   Walau beribu kali dia cuba membenci lelaki itu, tetapi hatinya tidak membenarkan. Nama lelaki itu tetap jua terpahat kukuh. Biarpun ada lelaki yang datang dalam hidupnya, namun nama lelaki itu juga bermain dimindanya.

  Salahkah dia kerana mencintai? Bodohkah dia kerana setia walaupun disakiti? Sungguh dia tidak minta. Andai mampu dihapuskan lelaki itu dari memorinya pasti dilakukan agar dia tidak terkenang lagi dengan lelaki yang memberinya kenangan hitam itu.

  Agaknya dia bernasib baik. Andai dia terus memaafkan dan bertindak seolah-olah memberi peluang, pasti hatinya lebih sakit. Apatah lagi dianggap terlalu mudah oleh lelaki itu. Terasa seolah maruahnya dipijak-pijak. Tia tahu, walau apa cara sekalipun, dia perlu buang Aisy, jauh dari hidupnya.
........................................................................
   Berkerut dahi lelaki itu sebaik sahaja memerhati kaitan kes tersebut. "Mula-mula Mirsha Azreena." Jari telunjuknya berada di gambar Mirsha yang dipin pada softboard. Beberapa helai maklumat lain berkaitan Mirsha juga turut berada di sekeliling Mirsha.

  Kemudian jarinya bergerak kepada gambar Shah yang telah ditanda pangkah dengan marker merah dan gambar Nia yang berada di sebelah Shah.

  "Hm...budak berdua ni terlibat sebab selamatkan Mirsha. Sorang terkorban dalam runtuhan tu. Dan...."

  Jarinya dilarikan pula pada gambar Fiqri yang dihubungkan dengan gambar Shah menggunakan tali. "Selepas dia derma mata pada Shah, Fiqri boleh lihat apa yang Shah lihat dulu."

  Selepas itu dia memandang gambar seorang gadis yang dilekatkan diatas sedikit itu.

  "Tapi... Azra Zulaikha tu apa kaitan? Aduh...pening-pening." Soalnya sendiri. "

  "Betul ke budak ni ada kaitan? Tapi kalau tak pun, kenapa pelik sangat kisah dia? Mana ada penculik lepaskan mangsa begitu saja. Kecuali kalau dia dapat apa yang dia nak," Dia terus berkata-kata seorang diri.
 
  "Ah, dah lah yang ni pun aku terkebelakang. Patutlah diorang cakap ada seseorang mencurigakan. Tak sangka pulak aku budak dia. Kalau aku tahu, dah lama aku suruh budak berdua tu jangan dipindahkan ke situ." Dia membebel sendiri.

  Kemudian dahinya berkerut. "No, tak apalah. Ada baiknya juga. Rasa tak sedap pula bila tahu dia ada mangsa lain ni. Tapi, betul ke budak tu mangsanya? Macam mana aku boleh tak tahu yang dia diculik? Adoi...fail betullah." Dia merungut seorang diri. "Argh!! Pening-pening macam ni elok jugak aku pergi minum kopi," Ujarnya sendiri dan keluar dari bilik kerjanya sambil menyanyi riang. Apa benda tah mamat ni.

To be countinued...
12 June 2020
Naz_Nazira

My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)Where stories live. Discover now