Hari terakhir SPM. Semua pelajar SPM melangkah keluar daripada dewan dengan pelbagai reaksi. Ada yang gembira, ada yang sedih....dan ada yang tiada perasaan. Hm...tak tahulah apa yang dia rasa.
Disebalik keriuhan itu, setelah menangkap gambar buat kenangan dan berborak-borak, Rayyan menuju ke taman seorang diri.
Diari Dyana dibuka lagi. Segala luahan hati Dyanan telah dibacanya. Sungguh Rayyan kesal. Dia teringat nasihat Nia. Ya, dia salahkan Dyana atas segalanya. Tapi, tak pernah sekali pun dia cuba memahami keadaan Dyana.
Diari itu dibeleknya sehingga ke bahagian terakhir. Berkerut dahinya saat terlihat kertas yang terlipat kemas dan diselitkan di kulit dan sarung buku tersebut.
Kertas itu ditarik dan dibuka. Sepatah demi sepatah perkataan dibaca. Perlahan-lahan, air matanya menitis.
Assalamualaikum,
Buat keluarga yang Dyan hargai dan sayangi. Dyan nak minta maaf, kerana sepanjang kehadiran Dyan, mengundang bala buat keluarga ini. Dyan tak bermaksud. Dyan hanya nak menumpang kasih sayang. Dyan dah tak ada sesiapa selain keluarga ni.
Tapi mungkin salah Dyan. Dyan tak sepatutnya hadir dan menganggu kebahagian keluarga ni. Keluarga yang cukup sempurna dan bahagia tanpa Dyan. Dyan tak layak memberontak untuk dapatkan perhatian. Dyan tahu tu. Sebab Dyan lah kebahagiaan keluarga ni musnah.
Izinkan Dyan panggil gelaran mama dan papa di sini. Dyan janji yang ini terakhir Dyan panggil. Mama, Papa, Dyan minta maaf sebab susahkan kamu berdua. Berbaiklah. Dyan mohon. Kembalikan keluarga bahagia dulu. Kalau pemergian Dyan harganya Dyan sanggup. Asalkan Mama dan Papa tak gaduh sebab Dyan. Kakak tak lari, abang tak marah Dyan dan adik dapat hidup bahagia. Tolong. Dyan mohon.
Sebaik korang baca surat ini, inilah hari terakhir kamu semua dengar nama Dyan. Dyan akur. Sini bukan tempat Dyan. Dyan janji takkan kembali dan jejakkan kaki ke rumah ini lagi. Dyan sedar siapa diri Dyan. Dyan minta diri dulu.
Yang benar
Ariana DyanaRayyan yakin, Dyan sudah merancang untuk keluar dari rumah itu. Namun dia tidak pernah sangka cara Dyana meninggalkan rumah amat mengejutkan semua. Dyana, menyelamatkannya saat pistol diacu padanya.
Pemandu keluarganya sendiri berkata yang Dyana memintanya agar membawanya mengikuti mereka. Malah Dyana yang menghubungi pihak polis.
Namun sayang, peluru tersebut mengenai tepat ke dada Dyana di bahagian jantung. Doktor sendiri sudah tidak mampu berbuat apa-apa.
Rayyan tidak pasti apa perasaan ayahnya. Lelaki itu keluar sebaik melihat jenazah Dyana. Hanya sebulan selepas itu, barulah dia pulang. Hubungan keluarga Rayyan juga semakin lama semakin membaik walaupun agak janggal. Rayyan kesal kerana Dyana tidak sempat meraasakan semua itu. Malah dia sendiri hanyut dengan perasaan marah dan dendamnya yang tak berasas.
"Kalau kau kesal, ayah kau lebih lagi." Tiba-tiba seorang gadis bersuara. Dia memandang ke arah belakang dan tersenyum. Nia Aqisha.
"Mana kau tahu aku kat sini?" Soal Rayyan. Nia tersengih nakal. "Entah, jodoh kot," Kemudian dia ketawa sendiri. Rayyan sekadar menggeleng kepala. Nia mengambil tempat di sebelah Rayyan.
"Ayah kau tak sanggup nak tengok muka arwah Dyana. Sebab semua tu mengingatkan dia pada arwah ibu Dyana. Sebab tu dia layan acuh tak acuh je. Aku yakin dia sayangkan Dyan. Sebab dia menangis masa tu. Dan..dia sendiri kesal sebab tak sempat nak bagi kasih sayang dia kat Dyan." Cerita Nia. Rayyan sekadar mendiamkan diri.
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Bí ẩn / Giật gânCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...