Nia hanya tersengih melihat muka bengang mereka berempat. Mana tidaknya, awal pagi tadi mereka di panggil atas sebab Nia terlepas ke luar sekolah. Nasib baik tak kena marah. Yalah, lebih-lebih pun, bukannya mereka sekelas.
Kan dia dah cakap, dia pun tak faham kenapa diorang berempat kena jadi pengawalnya. "Alah, janganlah marah..."
"Macam mana kau boleh terlepas? Kau pergi mana aje?" Soal Rayyan. "Heh, ni Nia lah. Benda simple je kot. Er.....korang tak ada kelas ke sekarang ni?"
"Ada, tapi nampaknya kitorang kena buat seseuatu supaya kau tak terlepas lagi." Kata-kata Haziq mengundang kerutan di wajah Nia. Apakah?
..................
Beberapa hari berlalu, Nia memandang bosan ke wajah Fiqri. "Nasib baik kau ada lagi kat kelas."
"Ya, di mana Darniel dan Haziq pun cakap benda yang sama." Datar saja suaranya. Disebabkan tidak mahu Nia melarikan diri lagi dan dapat dikesan lebih awal, setiap kali habis satu masa pasti ada salah seorang mereka akan menjenguknya. Paling menyebalkan hati Nia apabila para guru turut maklum akan hal itu. Urgh, sadis.
"Apa-apa jelah. Belajar elok-elok." Pesan Fiqri sebelum berlalu pergi. Nia menghantar dengan jelingan tajam. Mata dijuling ke atas. Menyampah tahu tak, menyampah!
Ketika Fiqri melalui kelas Mirsha, dia mengeluh perlahan sebaik menangkap kelibat gadis itu. Entah mengapa dia yakin Mirsha mempunyai kaitan dengan bayangan tersebut.
Memasuki kelas, Fiqri lantas menepuk bahu Izrul dan duduk dibsebelahnya. "Budak tu ada ke?" Soal Rayyan. Fiqri mengangguk malas. Rayyan dan Izrul berpandangan. Haziq dari tadi meletakkan kepalanya untuk tidur manakala Darniel pula ke tandas. Kedudukan mereka berlima sekumpulan kerana mengikut susunan meja abad ke-21.
"Kau kenapa?" Soal Izrul. "Tak ada apalah." Nafi Fiqri. Takkan dia nak bagitahu yang bayangan di dalam mimpinya kerap terlintas apabila memandang Mirsha? Mimpinya pun tiada rakan-rakannya yang tahu.
"Kau kalau ada masalah jangan diam," Pesan Rayyan. " Macam mana eh?" Tiba-tiba Fiqri bersuara. " Macam mana apa?" Tanya Izrul.
"Macam mana kalau kau tahu kisah silam seseorang tu, yang buruklah. Dan dia tak tahu yang kau tahu pasal tu. Apa kau akan buat?"
"Kisah silam siapa kau maksudkan ni?" Izrul menjungkit kening. Rayyan terus mendengar. "Siapa-siapa jelah."
"Aku rasa better kau diam je kot. Yelah, kalau hal yang buruk mesti dia dah lupakan. Tiba-tiba kau ingatkan dia balik." Komen Rayyan.
"Yea, lagipun bukan ada kepentingan pun kau nak ingatkan dia. Kan?" Tambah Izrul pula. Fiqri terdiam. 'Masalahnya aku ada seseuatu milik seseorang yang mungkin istimewa bagi dia dulu. Dan...bayangan tu hantui aku,' Hati Fiqri berbisik. Azira memandang Fiqri dari jauh. Dia dapat melihat wajah serabut Fiqri yang tidak disedari oleh Izrul dan Rayyan.
----------------"Nia," Nia yang baru sahaja ingin melangkah keluar kelas terkejut. Namun seketika kemudian dia mengukir senyuman manis. "Azra, ni Faqiha kan?"
Faqiha turut melemparkan senyuman. "Baguslah kau dah datang sekolah. Jom, rehat sekali. " Pelawa Nia. Wajah Azra berubah. "Er...tak apalah...er aku, kitorang," Tergagap-gagap Azra mencari alasan.
"Oh, lupa pula. Tak apa. Aku faham," Serba salah Azra membalas senyuman Nia. "Sorry," Nia menggeleng. "Tak apa, not your fault,"
Perbualan mereka diganggu denga cuitan Faqiha. Dia menunjuk ke arah belakang Nia. Azra menggelabah. "Er...kitorang pergi dulu lah Nia. Jumpa nanti." Pantas lengan Faqiha ditarik pantas.
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Misterio / SuspensoCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...