Perlahan-lahan Azra membuka mata. Cahaya yang menerobosi tingkap mrnyilaukan matanya. Dahi Azra berkerut melawan ras pening tersebut.
Sebaik matanya berjaya dibuka, Azra bingkas bangkit duduk dari pembaringannnya. Persekitarannya diperhati.
Ini...
Biliknya!
Jantungnya berdebar kuat. 'Maknanya....apa yang terjadi tu, mimpikan?' Bisiknya sendiri penuh berharap. Baru sahaja ingin bergerak turun darpada katil, bahagian kewanitaannya terasa pedih. Azra mendesis sakit.
Tubuhnya diperhati, Azra tersentak apabila tubuhnya sekadar memakai bathrobe. Memakainya ketika tidur bukan kebiasaan Azra. Jadi, bagaimana jubah mandi tu tersarung pada tubuhnya.
Baru sahaja ingin melangkah, Azra kembali terduduk pada katilnya. "Aah!" Sakit. Itu yang dirasakan. Jantungnya bekerja lebih kuat. Dia mula takut dengan bayangan yang hadir di kepalanya.
Namun digagahkan jua menuju ke meja soleknya. Sekali lagi rasa hairan menerpa apabila terdapat sekepung kertas yang dilipat di situ. Kertas itu diambil dan di baca. Seketika kemudian....
"Argh!!!!!!"Jeritan Azra memenuhi ruang bilik tersebut.
-------------------------------------
Faqiha mengetap bibir. Ragu dengan keputusan sendiri. Tapi demi rasa risau, dilawan gelodak hatinya.
Rumah banglo yang mewah itu dipandang lama. Teringat akan mesej yang diterima membuatkannya bertambah risau.
Baru ingin menekan loceng, seorang wanita yang agak berusia keluar daripada rumah. "Assalamualaikum,"
Dia memberi salam sedikit kuat. Wanita yang baru sahaja keluar dari rumah itu kelihatan tersentak. Dia mendekati pintu pagar.
"Waalaikumsalam, cari sapa ya nak?" Soal wanita itu. "Er...Hazziq ada? Saya ni kawan Azra." Soal Faqiha berhati-hati.
"Oh...kawan Azra. Haziq ada. Mehlah masuk." Pelawanya. "Eh, tak apalah. Saya sekejap je ni. Lagipun saya ada hal lepas ni."
"Oh, kejap ya. Auntie panggil Haziq kejap. Duduklah kat laman ni dulu." Pelawanya lagi sambil menunjuk ke arah kerusi dan meja yang tetsedia untuk beristirehat di taman tersebut. Faqiha akur. Langkahnya di atur ke laman. Dia sedikit kagum dengan landskap taman tersebut.
Beberapa minit, menunggu, orang yang dinantinya keluar. "Assalamualaikum. Kau kawan Azra?" Soal Haziq.
Faqiha menjawab salam tersebut. Dia mengangguk perlahan. "Azra....ada datang sini tak?" Soal Faqiha berhati-hati. Haziq mengerutkan dahinya. Dia menggeleng perlahan.
"Tak ada pula. Kenapa?" Faqiha mengetap bibir. Wajahnya pucat. Hatinya mula risau. "Se-semalam uncle Wan telefon saya. Dia tanya Azra pasal Azra." Faqiha menelan air liur perit.
Haziq mengerut dahi hairan. "Dia tanya, lama lagi ke Azra nak tidur kat rumah saya se-bab, Azra tak ada telefon dia langsung lepas dia pesan masa hari khamis lepas."
"Jadi?"
"Masalahnya sekarang Azra mana ada datang rumah saya." Wajah Haziq turut berubah. "Esoknya pun dia tak datang sekolah. Saya sendiri tak dapat call dia langsung. Sebab tu s-saya tanya kalau-kalau dia ada kat sini tapi dia tak bagitahu ayah dia," Jelas Azra.
"Mana ada dia datang sini. Azra tak pernah lagi bermalam kat rumah ni! Saya sendiri dah berapa lama tak jumpa dia!" Haziq mula cemas. Azra, ke mana saja dia mahu pergi?
"S-saya tak tahu," Faqiha mula mengalirkan air mata. Mindanya mula terbayangkan perkara negatif. Dia turut menyalahi diri sendiri. Kalaulah sedari malam semalam selepas Dato' Zakwan menelefonnya dia bertindak....
"Saya pergi rumah Azra sekejap!" Ujar Haziq. "Saya ikut," Pinta Faqiha. Haziq mengangguk dan lantas memanggil pemandunya untuk di hantar ke rumah Azra. Yelah, ibunya mana izinkan dia memandu ke keluar daripada taman ini sendiri walaupun dia tahu bawa kereta. Tapi motor besar tu okey pula dia bawa ke hulu ke hilir. Aduhai....
Perjalanan dari rumah Haziq ke ruamah Azra memakan masa 15 minit. Sebaik sahaja sampai, mereka berdua keluar dari kereta dengan tergesa-gesa. Saat itu juga Haziq ternampak kelibat Azra sedang termenung melalui cermin bilik Azra. "Azra," Kata Haziq. "Haa?" Faqiha bingung. Apabila melihat ke arah yang ditunding oleh Haziq, wajahnya kembali bercahaya. "Azra!" Dia segera berlari ke dalam rumah dan meninggalkan Haziq di belakang. Haziq terpinga-pinga melihat gadis itu memecut laju.
Dato' Zakwan yang berada di ruang tamu turut terkejut dengan kehadiran Faqiha yang terus menaiki tangga tanpa mempedulikannya. "Mana Azra?" Soalnya. Hatinya tidak pernah tenang sejak anaknya tiada di rumah walaupun sudah dimaklumkan keberadaannya.
Melihat Haziq di muka pintu menambahkan lagi kehairanannya. "Haziq, ada apa ni?" Soalnya. "Er..." Haziq menggosok kepala. Dia sendiri tidak pasti akan situasi sebenar. Kalau Azra ada di rumah, kenapa Dato' Zakwan mengatakan Azra berada bersama Faqiha. Kalau benar Azra tiada selama beberapa hari, ke mana Azra pergi? Haziq yakin Azra tiada tempat untuk dituju selain Dato' Zakwan, Faqiha dan dia. Jadi....ke mana?
Sementara itu....Azra menangis dipelukan Faqiha tanpa berkata apa-apa. "Qiha....." Panggilnya mendayu-dayu.
"Azra...kau pergi mana? Kenapa kau cakap kau ada dengan aku kat daddy kau? Kau tahu tak aku risau? Nasib baik daddy kau call aku tanya pasal kau semalam. Kalau tak aku pun tak tahu kau tak ada kat rumah. Aku pergi rumah Haziq tadi pun dia cakap kau tak ada. Kau pergi mana?"
Azra menggeleng. Dia terlalu takut untuk bercerita. Sungguh dia jijik dengan dirinya sekarang. Malu mahu membuka cerita kepada Faqiha walaupun itu bukanlah kemahuannya.
"Daddy kau tahu tak kau ada kat rumah sekarang ni? Apa jadi? Kenapa ni?" Soal Faqiha bertalu-talu. Dia turut mengalirkan air mata risau bercampur sedikit lega melihat Azra di depan mata. Risau keran tangisan Azra seolah-olah meratapi sesuatu.
"Qiha...kau jangan bagitahu daddy dengan Haziq, Qiha. Please. Tolong aku Qiha..." Rayu Azra.
"Tapi, Haziq tahu kau hilang beberapa hari ni. Cuma...daddy kau je aku tak pasti. " Azra sedikit tergamam sebelum kembali merayu.
"Please Qiha, asalkan daddy aku tak tahu. Aku tak nak dia risau."
"Okey, tapi kita jumpa daddy kau dulu ya. Nanti dia makin risau. Tapi kau janji cerita kat aku apa jadi. Kalau tak aku bagitahu daddy kau." Ugut Faqiha. Bukan apa. Nalurinya kuat mengatakan seseuatu yang burjk menimpa Azra.
Tanpa berfikir panjang, Azra mengangguk setuju. Lagipun, dia tak bercadang untuk menceritakan memori gelap itu pada Faqiha. Tidak pada sesiapa.
Faqiha mengelap air mata Azra sebelum mengelap air matanya sendiri. Dia memapah Azra yang kelihatan lemah untuk berjalan itu.
Sampai di ruang tamu, Haziq dan Dato' Zakwan rancak berbual. Itupun setelah Haziq laju menukar topik.
"Daddy!" Azra meluru ke arah Dato' Zakwan dan menangis teresak-esak. Dato' Zakwan terkejut. Haziq mengetal bibir. Hatinya terasa sesuatu melihat keadaan Azra.
"Azra, bila balik ni? Daddy tak tahu pun? Kenapa nangis ni?" Soal Dato' Zakwan bertalu-talu. Risau melihat keadaan Azra. Sebaik sahaja pandangan mata Haziq dan Faqiha bertembung, Faqiha lantas memberi isyarat supaya Haziq merahsiakan daripada Dato' Zakwan. Haziq mengangguk faham. Mujur sahaja dia masih belum membuka mulut tentang kehilangan Azra. Kalau tidak, pasti Dato' Zakwan risau akan puteri tunggalnya itu.
To be countinued...
Naz_Nazira
29 May 2020
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Misterio / SuspensoCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...