Setahun lalu...
Nia mendekati Shah dan Mirsha dari belakang. Bibirnya tersengih nakal. Dua manusia itu masih rancak berbual "Hah! Buat apa tu?!" Sergahnya.
Bahu Mirsha terhenjut manakala Shah memandang bosan. "Aaa...terkejutnya." Mendatar sahaja suara. Jelas sekali menyindir Nia. Nia mencebik. Tak support member langsunglah mamat ni...
"Korang borak pasal apa ni?" Soal Nia. Shah menggeleng. Borak kosong je. Kau dari mana ni? Tak ada kerja lain? Main sergah-sergah orang." Bebel Shah.
Nia tersengih-sengih."Alah, rileks la...jangan marah." Kata Nia. Dia memandang Mirsha. "Kau ada peminat rahsia Sha? Siapa?" Soal Nia tiba-tiba. Mirsha mengerut dahi hairan. " Mana kau tahu ni?"
Setahunya hanya Shah yang tahu. Itupun sebab dia bagitahu Shah tadi. Takkanlah....
Mirsha mengecilkan matanya memandang Nia. "Dah berapa lama kau menghendap kitorang?" Soalnya curiga. Nia tersengih. Alahai.... takkanlah mahu memberitahu rahsianya yang tersimpan rapi selama ini pula.
Mirsha dan Shah tak mungkin tahu rahsianya yang satu ini. "Er...alah, dah aku terdengar. Ha, cepatlah cakap."
Mirsha ketawa sambil menggeleng kepalanya. "Ado sorang lelaki ni, dia pakai jaket hitam, muka tutup dengan hud jaket dia pakai spek mata hitam apa semua datang dekat aku semalam masa korang berdua tengah dating,"
"Bukan datinglah..." Nafi Shah. Nia tergelak melihat reaksi muka Shah. Dia tahu Shah sukakan Mirsha. Haih, ada pesainglah nampaknya.
"Dia datang tak cakap apa-apa pun. Lepas tu dia bagi aku surat, then blah macam tu je." Nia buat muka menyampah. "Apakah? Dia ingat ni zaman bila pakai surat bagai? Lapukla..."
Mirsha ketawa kecil. "Ha...pastu dia kata apa dalam surat tu?" Soal Nia teruja. Mirsha menggeleng." Mana boleh bagi tahu, privasi!" Ujar Mirsha sambil tergelak-gelak melihat muka cemberut mereka berdua. Nia membiarkan saja. Andai kata Mirsha menyatakan itu ialah privasi, dia menghormatinya. Sedaya upaya dia menahan diri daripada membaca fikiran gadis itu. Percayalah. Ianya tak mudah.
------------------------------------------------Hari itu, mereka berdua pulang agak lewat memandangkan ada kelas tambahan. Shah pula tidak dapat hadir pada petang itu.
Sedang Nia dan Mirsha ralit berbual, seorang lelaki yang menutup mukanya dengan hud jaketnya yang berwarna hitam mendekati mereka berdua. Lelaki itu menyerahkan surat kepada Mirsha. Mirsha hanya menerimanya. Itu bukan kali pertama. Mirsha tidak pernah membalas surat tersebut. Namun tidak pula dia menolak. Baginya, itulah satu-satunya cara dia dapat melupakan Shah. Baginya, Shah hanya menganggapnya sebagai teman.
Sementara itu, Nia sudah berasa tidak sedap hati. Firasatnya menyatakan seseuatu yang buruk mengenai lelaki itu. Wajah itu dipandang tajam. Dia yakin firasatnya betul. Kehadiran lelaki ini bukan sesuatu tanda yang bagus.
Sebaik sahaja lelaki itu pergi, Nia memandang Mirsha. "Kau terima surat dia lagi?" Mirsha hanya mengia. "Why not?"
"Aku tak sedap hatilah." Mirsha memandangNia yang jelas menunjukkan wajah risau. Dia mengukir senyuman dan menggeleng perlahan. "Tak ada apa-apalah. Perasaan kau aje tu."
"Macam mana kalau perasaan aku betul?"
"Nia, tak elok kau hukum dia macam tu. Kau tak kenal dia." Tegur Mirsha. Nadanya kedengaran tidak senang dengan pandangan Nia.
"Jadi? Memang patut pun kita hati-hati kan? Kau pun bukan kenal sangat dia tu." Kali ini pandangan Mirsha terhadap Nia berubah tajam. "Tak apa masalah kau sebenarnya ni? Tuduh orang sesuka hati."
"Aku? Kau tu yang bermasalah sebenarnya. He is stranger!" Oktaf suara Nia menaik akibat geram. Mirsha tidak kurang sama.
"For you but not me!"
"What is wrong with you? Mirsha, logik lah. Muka dia pun kau tak pernah tengok dan kau percayakan dia macam tu je?"
"Okey, so now,apa bukti kau nak kata dia tu tak elok?"
"Apa bukti kau nak kata dia tu baik?" Pusing Nia. Kalau dia bagitahu....
"Dia tak pernah apa-apakan aku setakat ni. So what?"
"Setakat ini, nanti? Kau jamin dia tak buat apa-apa yang tak elok kat kau?" Soal Nia. Apapun dia harus jauhkan Mirsha dari lelaki itu.
"Tak cerita dia sekarang yang kau nak prejudis sangat dengan dia dah kenapa?" Soal Mirsha bengang.
"Aku tak prejudis,"
"Then what?"
"Kau boleh-"
"Tell me!"
"Ok, fine! Aku boleh baca fikiran orang. "
Mereka sama-sam terdiam. Nia sendiri tidak sangka dia akan terlepas.
"A-Aku boleh baca fikiran dia." Mirsha menggeleng kepala. "Mengarut." Katanya sepatah. "Aku tak mengarut Mir-"
"Lawak kau tak menjadi Nia,"
"Aku tak buat lawak!" Tegas Nia geram. "Aku tahu kau suka Shah dan Shah sendiri pun sukakan kau,"
"Kau memang saja kan? Kau dah ada Shah kenapa kau tak suka aku dengan dia? Kalau ya pun tak suka tak perlu nak reka cerita macam ni."
"Apa yang kau mengarut-"
"Kau atau aku yang mengarut sekarang ni? Baca fikiran orang? Psikik? Kau ingat ni cerita science fiction ke apa?"
"Mirsha, aku serius!" Mirsha ketawa kecil. Entah sinis atau kecewa. Dia senfiri tidak tahu. "Cukup lah Nia. Aku dah malas dengar,"
-------------------------------------------
"Kau buat lawak ke Nia?" Soal Shah sambil ketawa kecil. Nia mengetap bibir. Sudah jangka itu reaksi yang akan diterima. "Aku seriuslah Shah, aka tak ada masa nak main-main benda macam ni."
Wajah Shah berubah serius. Dia menggeleng. "Kau demam ni Nia." Nia menghentak meja. "Please Shah percayakan aku kali ni. Kau fikir aku tak tahu kau suka Mirsha? Kau fikir aku tak tahu yang kau konon-kononnya nak berundur sebab mamat yang kita tak kenal tu?" Shah terdiam.
"Tapi Nia...."
"Kalau kau tak nak percayakan aku pasal kebolehan tu tak apa. Aku tak minta kau percaya. Tapi bagi aku peluang untuk buktikan yang lelaki tu ada niat tak baik terhadap Mirsha. Tu je aku minta." Shah terdiam.
Dia termenung seketika. Nia merenung mata Shah dalam. Memohon sedikit kepercayaan. Akhirnya Shah menghela nafas. "Okey, aku percayakan kau kali ni."
Nia tersenyum girang. "Thanks Shah. Sebab ni lah aku sa....yang kau sangat-sangat." Ujar Nia girang. Shah ketawa kecil.
Tanpa mereka sedari, Mirsha berada di tepi tingkap dan menangkap perkataan sayang Nia terhadap Shah. 'Dasar penipu. Kalau betul kau tahu Shah sukakan aku kenapa kau tetap nak dia,' Desis hatinya sebelum berlalu pergi.
Nia dan Shah pula langsung tidak menyedarinya. Mereka ralit berbincang untuk mengetahui mengenai lelaki misteri tersebut. Lelaki yang cuba mendekati Mirsha.
Sementara itu, Mirsha ternampak kelibat lelaki itu lagi disebalik tembok sekolah. Dia mendekatinya. Baru ingin membuka mulut, lelaki itu terus menyerahkan sebuah kotak melalui atas tembok itu. Mirsha menyambutnya. "Thanks,"
Sekali lagi, lelaki itu pergi tanpa sepatah kata.
To be countinued...
Naz_Nazira
6 June 2020
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Misterio / SuspensoCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...