Azira berdiri di hadapan rumah Izrul pada petang itu. Walaupun mereka baru sahaja pulang dari sekolah, namun sebaik sahaja mendapat berita berkaitan dengan keluarga Izrul, terus dia menuju ke rumah lelaki itu.
Mujurlah Rayyan yang ditumpangnya tadi belum pulang. Terus sahaja dia meminta Rayyan membawanya ke rumah Izrul.
"Kau nak masuk ke tak ni?" Soal Rayyan. Azira mengetap bibirnya. Perlahan dia mengangguk. Rayyan sudah meminta pemandunya pulang terlebih dahulu. Memandangkan motornya rosak, pemandunya yang menghantarnya.
Rayyan memerhati sekitar vila tersebut. Hatinya terdetik kagum dengan keindahan vila tersebut.
Sampai di hadapan pintu, Azira menekan satu butang di tepi pintu. "Assalamualaikum, Izrul. Aku ni. Rayyan pun ada sekali." Ujar Azira. Tidak lama kemudian terdengar suara Izrul dari alat tersebut.
"Waalaikumusalam. Sekejap,"
Izrul membuka pintu. Dia sendiri kelihatan belum menyalin baju sekolahnya. "Masuklah." Pelawa Izrul dan berlalu ke dapur. Azira dan Rayyan mengikuti langkah Izrul.
"Mimpi apa korang datang ni?" Soal Izrul. Tangannya mengambil jag air dan mula membancuh air sejuk sementara Rayyan mengambil tempat di kaunter dapur. Azira pula mendekati Izrul dan mengambil alih perbuatannya.
Memahami tindakan Azira, dia membiarkan. Alah, bukan pertama kali Azira ke sini.
"Betul ke?" Soal Azira tanpa memandang Izrul. "Apa yang betul?" Blur sekejap Izrul mendengar soalan Azira.
"Kau nak pergi Itali lepas SPM?" Izrul tersentak. Dia memandang muka Rayyan dengan penuh tanda tanya. Rayyan sekadar mengangkat bahu. Dia sendiri tak tahu apa-apa.
Azira mengambil tiga gelas dan menuangkan air dihadapan mereka. Tempat di sebelah Rayyan diambil.
Izrul memusingkan gelas dan mengeluh perlahan. "Macam tulah nampaknya." Perlahan sahaja suara Izrul menyapa telinga mereka.
"Pasal family kau?" Soal Azira lagi. Izrul mengangguk. Rayyan sekadar mendiamkan diri. Sepanjang perkenalan mereka, Izrul jarang membuka cerita tentang keluarganya.
Rasanya hanya Azira yang lebih mengetahui mengenai Izrul memandangkan mereka berdua rakan lama."Ada dokumen yang aku kena uruskan kat sana termasuk taman ibu aku. So, memang aku kena pergi jigaklah sebab tak ada orang lain dah nak handle. Kau tahu semua pak cik dan mak cik aku macam mana kan?" Soal Izrul. Azira mengangguk.
"Izrul, selama ni siapa tanggung kau eh?" Soal Rayyan berhati-hati. Apa yang dia sedia maklum, ibu bapa Izrul sudah lama meninggal. Tapi sekiranya bukan saudaranya sendiri yang menanggung Izrul, bagaimana Izrul menanggung hidupnya?
"Oh, ada family angkat aku yang tolong. Cuma aku tak duduk dengan diorang sebab sayang nak tinggal rumah ni. Diorang pun tinggal kat rumah sendiri. So, boleh la. Kadang-kadang waktu cuti aku kerja. So, tak adalah mengharap sangat. Buat masa ni, asalkan aku dah dapat vila ni pun dah cukup. Yang lain aku akan usahakan nanti." Ujar Izrul.
"Oh..."
"Memang confirm ke ni?" Azira memastikan lagi. "Haah. Alang-alang aku kat sana kira aku sambung belajar kat sana jugalah." Tambah Izrul.
"Agak-agak berapa tahun?" Sekali lagi Azira menyoal. "Er...5 tahun kot. Entahlah. Aku pun tak sure. Lagipun aku ingat nak bangunkan balik syarikat induk ayah aku kat sana tu."
"Perlu ke kat sana?"
"Erm....ramai pelabur dan kawan-kawan ayah aku kat sana. Lagipun aku memang nak jumpa kawan-kawan ayah aku. Ada sesuatu yang perlu aku selesaikan dengan diorang."
"Pasal kematian ayah kau tu ke?" Izrul mengiakan soalan Azira. "Kau okey tak ni?" Giliran Izrul menyoal apabila melihat air muka Azira yang agak muram itu.
Azira melepaskan keluhan. "Kalau.. erm...kau tak lupakan aku kan?" Soal Azira teragak-agak. Izrul melemparkan senyuman manis. Yang nyata, dapat menenangkan sedikit hati Azira.
"Takkanlah aku nak lupakan orang yang dah banyak tolong aku." Azira menggigit bibir. Bukan alasan itu yang dia mahu dengar. Tapi... mengetahui jawapan Izrul sedikit sebanyak memujuknya. Dia memang tak mahu Izrul melupakannya. Tapi bukan sebagai seorang yang telah banyak menolongnya.
Ketika itu, Rayyan sudah memandang hairan kepada mereka. "Korang berdua ni memang serius ke?" Kehairanan melanda dirinya. Selama ini, dia menyangkakan bahawa hanya Izrul yang menyukai Azira. Tapi...kini dia tidak yakin dengan alasan itu.
Azira menunduk manakala Izrul tersenyum memandang Rayyan dan mengerling ke arah Azira. "What you see is what you get."Komennya selamba. Rayyan mencebik. Kalau begitu jawabnya, memang dia membenarkanlah apa yang difikir Rayyan.
"Ish, dah lah malas aku layan korang." Bentak Azira. Dia membawa diri ke ruang tamu dan membuka tv dengan selamba. Rayyan dan Izrul ketawa kecil.
"So, dia suka kau?" Soal Rayyan setelah Azira menjauh. Izrul mengangkat bahu dan tersenyum misteri. Rayyan tayang muka menyampah sebelum menyambung kata-katanya.
"Dia kawan aku. Aku harapa kau tak main-mainkan dia. Kalau tak..."
"Kalau tak apa?" Pintas Izrul sambil mengangkat kening. "Aku belasah kau cukup-cukup." Ujar Rayyan selamba dan menghirup airnya. Izrul ketawa kecil manakala Rayyan tersengih.
"Aku tahu kau tak main-main" Ujar Izrul sepatah. "Mestilah la-"
"Daripada kau belasah aku baik kau tembak aku je kan?" Pintas Izrul. Riak wajah Rayyan berubah. "Apa maksud kau."
Izrul tersenyum sinis. "Atuk kau...ketua mafia kat Itali tu kan?" Wajah Rayyan benar-benar keruh.
Izrul kekal tenang. "Atuk kau, nak kau sebagai cucu sulung dia untuk ambik alih tempat dia. Tapi kau tak nak. Betul?" Soal Izrul lagi.
"Macam mana kau tahu?" Suara Rayyan berubah dingin. Izrul masih tenang. Sedikit pun tidak menunjukkan dia gentar. "Ofcouse aku tahu." Izrul berhenti sejenak dan menghirup air.
"Atuk kau adalah salah seorang yang aku akan berurusan nanti." Tambahnya. Rayyan menggigit bibir. "Jadi," Soal Rayyan mendatar. Izrul tersengih.
"Nothing. Cuma aku tertanya-tanya. Sampai bila kau nak lari daripada atuk kau sendiri?" Soal Izrul.
Rayyan mendengus kasar. "Stop it. Aku tak lari daripada dia. Aku just malas nak jumpa dia."
"Sebab pengalaman pahit yang dia bagi dulu. Betul tak?" Rayyan terasa seolah nafasnya sesak. Bagaimana? Bagaimana Izrul mengetahui semua ini?
"Dia seksa kau semata-mata nak latih kau jadi mafia macam dia. Bila remaja, kau mula ajak kawan-kawan kau join berlatih sekali. Supaya terlepas dari orang tua tu. Tapi...kau kena ingat. Kau bukan setakat cucu sulung dia. Tapi kau juga anak kepada anak sulung dia. Ayah kau dah lepaskan jawatan tu. Aku tak rasa dia akan biarkan kau buat benda yang sama."
Rayyan menghentak kaunter. "Then let him be. I don't care. He can't control my life!" Ujar Rayyan tegas. Saatt itu, Izrul hanya tersenyum.
To be countinued...
Naz_Nazira
17 June 2020
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Misterio / SuspensoCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...