Pandangan matanya terasa kabur sekali. Namun dikuatkan juga untuk membuka kelopak mata itu.
Perlahan-lahan matanya terbuka, dia kembali terpejam dek silau cahaya yang masuk. Dia membuka kembali selepas terasa matanya dapat menyesuaikan diri dengan jumlah cahaya itu."Hai," Tegur seorang lelaki yang memakai hud hitam itu. Hanya bahagian mulut kelihatan. Lelaki itu tersenyum sinis.
"Lama tak jumpa kan?" Soalnya sebelum menggeleng sendiri. "Eh, silap. Kita tak pernah jumpa depan-depan pun. Yang kau jumpa sebelum ni pun, budak aku." Ujarnya.
Nia mengetap bibir. Dia cuba menggerakkan tangannya namun pergerakannya tersekat. Barulah dia sedar tangannya terikat di belakang kerusi. Kakinya juga terikat.
"Kenapa sayang? Tak boleh gerak ke?" Soalnya sinis. Nia menjeling tajam. "Kau nak apa ha? Apasal kau buru kitorang?" Soalnya geram.
"Hm...menarik soalan kau. Kau nak dengar cerita tak? Aku dah lama tak bercerita." Ujarnya ceria. Kerusi yang ada di sudut bilik itu diambil dan diletakkan membelakangi kerusi.
Lelaki itu duduk menghadap Nia dengan tangannya dilapik pada penyandar kerusi.
"First of all, kau tahu aku siapa?" Soalnya. Nia hanya merenung tajam gerak-geri lelaki itu. Cuba membaca apa yang difikirkannya. Kemudian lelaki tersebut menepuk dahi dan ketawa kecil.
"Apalah aku ni. Sorry, sorry. Of course lah tak kan? Well, tapi kau kan boleh baca fikiran orang? So, aku dasa aku tak perlu cakap banyak kot.
Nia mencebik geram. Ni satu lagi manusia yang ingat dia tahu segala-galanya. Dia boleh baca fikiran! Bukannya tahu semua! Argh!!! Dalam masa yang sama dia hairan. Bagaimana mamat ni dapat tahu?
"Well, biar aku cerita. Sebenarnya, hobi aku dah lama tau. Tapi aku tak sangka kita akan bermain permainan ni sampai setahun. Pandai korang menyorok daripada aku eh?" Ujarnya sambil ketawa.
"Apa maksud kau?" Soal Nia hairan. Lelaki itu kelihatan sedih. "Kau tanya apa maksud aku?" Dia menggeleng sendiri. "Aku expect lebih daripada kau memandangkan kau ni psikik. Tapi.... Haih," Kecewa sahaja riak wajahnya. Nia menahan geram. "Jadi kau fikirlah! Baru aku boleh baca fikiran kau!" Ujarnya geram. Dari tadi apa yang dia dapat baca ialah berkaitan makanan, untung, hamba. Apa benda tu? Apa dimaksudkan boleh jadi makanan dan hamba yang bawak untung. Weyh, aku tak faham?!
"Kau pernah dengar tak kes pembunuhan bersiri yang bermula sejak 10 tahun lepas? Oh, masa tu kau baru 8 tahun....hm, mesti kau tak tahu kan? Masa tu kau kecil lagi. Tapi....ah, takkan aku nak dikejar sentiasa? Aku kan bijak? Jadi ada yang kata mati sebab kena ragut, bunuh diri dan nama pembunuh bersiri tu pun makin lama makin tenggelam. Hahahaha...."
"Kau tahu? Polis-polis bodoh tu pulak terkial-kial cari sebab diorang mati. Padahal aku puncanya! Hahaha...bodoh! Aku putar sikit, diorang dah tak dapat agak yang semua tu aku yang buat! Kononnya aku dah lama senyap, jadi diorang tutup kes tu! Dan aku? Aku selamat! Hahahaha...."
Nia meneguk air liur. Pembunuh bersiri? Jangan-jangan lelaki di hadapannya ni psiko?
"Kau tahu berapa lama kes pembunuh bersiri tu diorang siasat?" Soalnya bersama senyuman misteri.
Nia menggeleng perlahan. Entah ke mana kekuatannya kini.
"2 tahun! Lepas aku bunuh kakak aku sendiri, diorang langsung tak syak yang akulah pembunuh bersiri tu! Hahahaha...Tapi tulah, bodoh jugak sebab tetap tak dapat tangkap aku!"
"Kau tahu kenapa aku bunuh diorang?" Soalnya lagi. Dan sekali lagi Nia menggeleng. "Sebab diorang membosankan. Diorang tak dapat tahan lama dalam game aku! Diorang rosakkan permainan aku! Sepatutnya aku yang mengawal permainan ni!" Ujarnya kuat.
"Game apa kau maksudkan?" Nia memberanikan diri untuk bersuara. Lelaki itu kelihatan tersenyum lebar. "Game apa? Love Games! Biar aku yang kawalnya. Sama ada kau nak hidup dalam ketakutan atau bahagia. Tapi diorang bodoh! Diorang cuba kawal aku! Cuba kikis duit aku! Jadi...perempuan jalang macam tu aku bunuh je lah. Kan?" Dia menyeringai.
"Tapi, tapi! Ada juga yang banganga pergi tolak aku! Siapa suruh tolak? Aku tak suka penolakan! Lagi nak buat baik dengan aku. Jadi...aku bunuh jugak! Hahahaha......!"
"Apa kaitan kitorang dengan kau? Masa bila pula kitorang terlibat dengan game kau pulak ni? Dan kakak kau sendiri? Kau gila ke?"
"Wow, wow...rileks sayang.... banyaknya soalan. Well, aku suka kakak aku sendiri. So what? Tapi dia tolak aku sebab laki dia yang kaya tu! Sebab laki dia lagi kaya daripada aku, dia sanggup tolak aku! Padahal dia sendiri tahu aku sukakan dia! Perempuan materialistik macam dia memang layak di bunuh."
Nia menggigit bibir. "Kau gila! Dia tolak kau sebab kau adik dialah bodoh!"
"Kau ingat aku peduli? Aku takkan terima penolakkan!" Tengkingnya kembali. Nia terdiam.
"Oh, kau tanya apa kaitan dengan korang kan? Well...kawan baik kau tu menarik. Dia hanyut....dan kemudia dia sendiri ketakutan. Merayu untuk balik. Padahal dia sendiri yang datang! Hahaha..."
"Kalau bukan sebab korang berdua datang, dah lama dia jadi hamba aku! Tapi tak apa, berbaloi lepaskan kawan kau untuk kali tu. Sekurang-kurangnya pesaing aku tu dah mampus! Hahahaha.."
Nia membuat reaksi menyampah. Memang patern orang jahat ni suka ketawa sorang-sorang ke apa? Tapi Nia memang yakin. Lelaki di hadapannya gila. Siapa je yang sanggup membunuh untuk sebab bodoh tu? Lelaki gila ni sahaja.
"Oh, aku tak tamatkan cerita aku lagi. Memandangkan aku dapat tahu yang kau ada kebolehan yang istimewa dan muka kau pun boleh tahan...so, apa salahnya kau pun jadi hamba aku kan?" Soalnya riang.
"Jangan harap!" Ujar Nia kasar. "Uuu...garang. Tak apa. Kita tengok sampai mana tahap degil kau. Aku tak perlu paksa pun. Sebab aku ada sesuatu yang dapat buatkan kau tunduk dengan aku. Lepas tu boleh la kau tolong aku. Siapa yang kutuk aku, nak bunuh aku... Biar aku bunuh diorang dulu. Hehehe...Oklah, aku nak ambik sorang lagi kesayangan aku. Dengar cerita dia dah putus dengan jantan tu. Baguslah...tak payah aku kotorkan tangan aku.." Ujarnya. Dia bangun dan menuju ke pintu.
"Kejap? Siapa kau maksudkan?!" Soal Nia tidak sedap hati. Bagai terlintas satu nama di hadapannya. "Heh, kau pasti tahu kan? Kawan kau juga. Azra Zulaikha. Hehehe..."
Wajah Nia berubah. "Setan! Kau jangan sentuh dia!" Tempik Nia kuat. Namun lelaki itu hanya melambai sambil membelakanginya. Nia mendengus kuat. Dia memandang sekelilingnya. Tiada apa-apa yang dapat menyelamatkan dirinya. Hanya bilik kosong dengan satu lampu dan kipas serta tingkap yang berjeriji. Daripada tingkap, langit sudah kelihatan cerah. Dia yakin hari sudah siang. Keluahan dilepaskan.
"Azra, Mirsha. Aku harap korang selamat." Tuturnya perlahan.
To be countinued...
20 June 2020
Naz_Nazira
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Misterio / SuspensoCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...