Bab 24

42 5 0
                                    

   Seorang lelaki menanti di sebuah kafe. Suasana di kafe itu diperhati. Dia. Bukan penculik itu, tapi...yang sentiasa berada di belakang tabir. Dia dua orang adiknya dan seseorang lagi yang masih menyorokkan identiti mereka. Untuk apa dan tujuan apa hanya mereka dan beberapa orang tertentu sahaja yang tahu.

  Beberapa ketika kemudian, muncul dua otang lelaki. Salah seorangnya lebih berusia.

  "Pak cik Ramli, Azrell duduklah." Pelawanya. Haji Ramli dan Azrell tidak membantah. Malah mereka sempat memesan minuman.

  "Macam mana dengan dia? Korang dah dapat tangkap?" Soal Cikgu Azrell. Lelaki itu menggeleng. "Setakat ni tiada apa-apa tindakan daripada dia. Saya yakin budak berdua tu pun dalam keadaan baik."

   "Ya. Tapi pak cik tak tenang selagi kamu semua tak tumpaskan dia." Ujar Haji Ramli. Dia hanya membahasakan diri sebagai pak cik sahaja dengan lelaki misteri itu.

   "Buat masa ni kitorang dah tahu siapa orang suruhan dia. Hanya tunggu masa sahaja." Ucapnya. Perbualan mereka terhenti seketika apabila seorang pelayan datang menghantar pesanan.

  Pada masa yang sama, Cikgu Azrell memandang tajam. " Tunggu masa? Sampai bila? Sampai adik aku kena culik lagi?" Soalnya keras setelah pelayan tersebut pergi.

  "Masalahnya sekarang, budak dia memang dah perhatikan sekolah tu sebelum kedatangan adik kau lagi. Aku yakin dia ada sasaran lain. Tapi aku tak tahu siapa." Balasnya dengan nada tegas. Mempertahankan tindakannya.

   "Kamu yakin tu memang budak dia?" Soal Haji Ramli. "Yakin. Aku dah pernah pergi rumah dia. Tapi tak dapat apa-apa untuk di jadikan bukti. Satu-satunya cara adalah tunggu dia bertindak. Lagipun, nampaknya dia dah kembali sasarkan kepada mereka berdua."

  "Kenapa kau kata macam tu?" Soal Cikgu Azrell. Haji Ramli turut memandang lelaki di hadapannya meminta penjelasan. Tipu kalau dia tidak risau. Nia Aqisha cucu kesayangannya. Walau sebanyak mana pun masalah yang dibawa. Tambahan lagi kebolehan Nia yang luar biasa membuatnya risau jika ada yang menggunakan cucunya demi kepentingan diri.

    "Malam majlis tu diorang datang. Tapi tak sempat bertindak sebab kitorang sempat halang." Ujar lelaki itu. "Majlis mana?"

  "Majlis makan malam Form 5" Berubah riak wajah mereka berdua. "T-takk-takkanlah dia tahu yang.."

   Lelaki itu pantas mengangguk. Haji Ramli mengurut dahinya manakala Cikgu Azrell meraup wajah.

   " Aku harap korang berdua tak tinggalkan mereka berdua tanpa pengawasan. Buat sementara ni kitorang tengah cari siapa sasarannya seorang lagi." Ujar lelaki tersebut.

  Haji Ramli dan Cikgu Azrell menyambut baik cadangan tersebut.
---------------------------

    Seorang gadis termenung panjang dengan maklumat yang baru di dapatinya. Tak sangka. Apa yang baru diketahui sungguh di luar jangkaannya.

   Dia segera menghantar pesanan kepada abangnya. Bibir digigit. Rasanya mungkin mereka agak terlambat untuk permainan yang telah lama di mulakan ini. Mindanya berfikir pantas. Mereka harus  selangkah ke hadapan daripada si psiko itu.

   Dia tidak perlu menunggu lama untuk abangnya respon. Dia membaca pesanan abangnya itu.

  Senyuman terukir apabila satu masalahnya selesai. Gelagat dua insan yang masih asyik berbual itu diperhatikan. Pemain-pemain sedari tadi lagi menyambung latihan mereka. Satu senyuman terukir.

  "Aku sorang je ke rasa game ni makin menarik?"
-----------------------------------------------------------

   Hari baru bermula lagi. Nia laju bersiap untuk keluar. Baru sahaja sampai di hadapan pintu rumah, Aisy sudah menunggunya bersama si kakak kesayangan.

  "Hah, pergi mana pulak pagi ni?" Sergah kakak Nia. Aisy sudah ketawa melihat Nia terkulat-kulat mencari alasan untuk melepaskan diri.

  "Dah lah tu, Tia. Biar saya teman dia. Nanti pandailah saya bawa balik." Tia menjeling tajam. "Kau pun aku tak percaya, ada hati nak bawa adik aku." Ujar Tia kasar. Tia Aqasya, kakaknya seorang itu memang garang dengan lelaki. Kalah harimau.

  'Patutlah sampai sekarang single' Nia ketawa kecil setelah mengutuk kakaknya di dalam hati.

  "Yang kau ketawa ni kenapa?" Tia menyergah lagi. Nia menayang sengih lalu memeluk manja lengan si kakak. "Alah kak, kejap je. Nanti Nia balik Nia beli akak something eh, makanan ke, apa-apalah." Pujuk Nia.

  Tia menjeling tajam. "Pandailah kau membodek. "

   "Alah....please...." Rayu Nia. "Sekarang pukul 8 pagi. Paling lewat sampai rumah pukul 12.30 tengah hari. Jangan lewat. Atok nak datang rumah nanti." Pesan Tia tegas.

  "Yeay, thank you kakak! Love you!" Sorak Nia riang. Tia memutarkan matanya ke atas dan berlalu masuk ke dalam rumah. Namun langkahnya terhenti dan memandang Aisy tajam. Jari ditunding tepat ke wajah Aisy. "Apa-apa jadi kat adik aku, nahas kau aku kerjakan." Aisy tersengih dan mengangkat kedua belah tangannya separas bahu. Kepalanya digeleng. Seram pula kakak Nia ni.

  Berlalunya Tia ke dalam rumah, Nia memandang Aisy tajam. "Ish, hari tu pun datang tiba-tiba macam ni. Hari ni pun sama. Tak serik eh kena sembur dengan Kak Tia tu?" Soal Nia.

  Aisy ketawa kecil. "Serik? Tak lah. Seronok lagi ada. Cuma tulah. Seram sikit. Hahahaha...."

  Menegak bulu roma Nia mendengar kata-kata Aisy? Seronok? Gila ke apa? Jangan kata Aisy suka Tia. Oh tak dapat bayangkan hidupnya. Namun Nia tidak menafikan yang dia turut menganggap Aisy sebagai seorang abang.

  "Abang Aisy pergi mana semalam?" Soal Nia. "Training budak. " Ujarnya bersama senyuman. Tak perlu dijelaskan. Nia sudah tahu apa yang menyebabkan Aisy tersenyum. Dia turut tersenyum.

Hm.....

Intan Faqiha dan Irshad Darniel ya...

Menarik.

  Aisy yang menyedari senyuman Nia lantas bertanya. "Senyum apa?" Nia menggeleng. Tak mungkin dia bagi tahu. Dia kenal Aisy pun beberapa hari selepas sekolah. Ketika itu Aisy ke sekolah untuk menghantar laporan prestasi kepada guru bola keranjang sekolah.

  Kebetulan Nia baru keluar dari bilik pengetua dan ternampaknya cuba melarikan diri daripada geng gedik itu. Laju Nia menghulurkan bantuan. Sejak itu mereka agak rapat.

  Mujur juga otak Aisy pun agak masuk air untuk menyokong kegiatan gila Nia. Kalau tak mana mungkin dia dengan selambanya membawa Nia ponteng.

   Mereka berdua masuk ke dalam kereta Aisy. "Kita ambil Mirsha kejap lepas tu kita pergi taman. " Arah Mirsha selamba. Macamlah Aisy tahu mana rumah Mirsha itu. Melihat jelingan Aisy, Nia tersengih. "Lek ah. Nanti Nia tunjuk. Nak call someone jap." Ujar Nia. Dia perlu menyelesaikan hal ini cepat. Mana tahu, mungkin orang itu akan membantu mereka.

  Aisy pasrah sahaja. Tanpa disedari Nia, satu pesanan masuk dalam aplikasi whatsapp. Aisy membuka pesanan itu. Kepalanya diangguk dan membalas mesej tersebut dengan pantas.

  Nampaknya, ada sesuatu yang dia perlu lakukan hari ini. Baguslah kan? Sekurang-kurangnya tak adalah bosan sangat dengan hal-hal budak sekolah ni.

To be countinued...
Naz_Nazira
4 JUN 2020

My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)Where stories live. Discover now