Bab 6

50 6 0
                                    

Fiqri termenung sendirian mengenangkan tingkah aneh Mirsha dan Nia di sekolah pada waktu rehat itu. Angin malam bertiup perlahan pada wajahnya.

  Fiqri menyandarkan badannya pada beranda bilik. Pandangan Mirsha kepadanya masih jelas bermain di kepalanya. Kenapa...

Pintu bilik yang diketuk itu mengganggu lamunannya. Satu susuk tubuh kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 7 tahun muncul sebaik sahaja pintu dibuka. Fiqri tersenyum.

  "Fairus, ada apa?" Soal Fiqri kepada adiknya. "Abi suruh panggil abang. Abang sibuk ke?"

"Taklah. Tak buat apa pun," Fiqri menggeleng seraya melangkah keluar daripada bilik diikuti Fairus.

  Sebaik sahaja ternampak kelibat Encik Rizz Adli di ruang tamu, Fiqri segera menyapa.

  "Abah panggil abang?" Encik Adli yang sedang ralit menonton televisyen tersentak. Dia memandang anak sulungnya dan tersenyum.

"Abang buat apa?" Soalnya sebaik sahaja Fiqri melabuhkan punggung di atas sofa. Fiqri tersengih. "Hehehe... tak buat apa pun abi. Termenung je," Ujar Fiqri jujur.

"Aik??? Berangan kan perempuan mana pula ni?" Sengaja Encik Adli mengusik anak lelakinya itu. "Er... Fiq mana ada girlfriend abi nak berangan pasal perempuan." Fiqri cuba menafikan dakwaan Encik Adli. Tak sangka pula ayahnya dapat menembak yang dia sedang fikirkan mengenai perempuan.

  "Abi tak cakap pun pasal girlfriend ni," Encik Adli mula mengukir senyuman sinis kepada anaknya. Fiqri menggosok belakang lehernya.

"Tak lah abi, dia bukan girlfriend abang pun," Kata Fiqri.

  "So, betullah abang tengah fikirkan pasal perempuan?" Fiqri tergamam. Nampaknya dia sudah terperangkap.

   Dia menundukkan wajahnya. "Hm... abi panggil ni pasal apa sebenarnya?" Dia segera menukar topik sebelum disoal lebih lanjut.

    "Tak ada apa pun. Cuma, abang ada mimpi benda pelik lagi ke?" Soal Encik Adli. Fiqri mengeluh perlahan sebelum menyandarkan tubuhnya pada sofa. Mimpi yang sering mengganggu lenanya sejak setahun kembali terbayang. Kali terakhir... bulan lepas. Fiqri menggeleng kepala. "Tak ada abi. Dah dekat sebulan abang tak mimpi benda-benda macam tu."

  Encik Adli menyisip sedikit air kopinya. "Hmm...baguslah kalau macam tu." Ujarnya perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Fiqri.

Dahi Fiqri berkerut. "Abi," Panggil Fiqri. Encik Adli memandang tepat ke arah wajah anaknya.

  "Er... Abi tahu sesuatu ke? Erm... pasal mimpi abang tu?" Dengan teragak-agak dia menyoal.

  Encik Adli tersenyum pahit. "Suatu hari nanti kamu akan tahu," Fiqri bingung. Ingin menyoal tapi entah mengapa lidahnya kelu. Akhirnya dua beranak itu mendiamkan diri.

   "Korang berdua ni kenapa? Senyap je?" Teguran Puan Farah memecahkan kesunyian antara mereka. Fiqri melemparkan senyuman kepada ibunya. "Tak ada apalah umi. Tak ada apa nak borak. "

Puan Farah mencebik. "Hai...selalu ada je benda nak cerita." Encik Adli dan Fiqri ketawa kecil.

  "Kawan-kawan kamu apa khabar? Lama diorang tak datang rumah? Umi pun dah lama tak nampak diorang."

  "Diorang okey je. Lately ni sibuk sikitlah umi. Lagi-lagi kitorang kena jaga cucu pengetua sekarang ni." Puan Farah dan Encik Adli kehairanan.

  "Kenapa pula?" Soal Puan Farah. Fiqri mengangkat bahu. "Abang pun tak pasti. Tapi pengetua cakap nanti kitorang tahu juga."

"Ooo..." Puan Farah mengangguk perlahan. "Siapa nama budak tu?" Soal Encik Adli. Cawan diambil dan dihirup bagi menghilangkan dahaga.

  "Hmm...Abang tak ingat sangatlah. Nia... Ha!! Nia Aqisha. " Encik Adli tersedak manakala Puan Farah tergamam. Mereka berdua berpandangan.

"Em... Umi, abi, kenapa?" Soal Fiqri apabila menyedari reaksi kedua ibu bapanya.

🚧🚧🚧🚧🚧🚧🚧🚧🚧🚧🚧🚧🚧🚧

    "How everything?" Soal seorang lelaki kepada adik perempuannya.
"Semua okey. Cuma... pelik. Dah hampir setahun benda ni berlaku. Kenapa tak ada apa-apa lagi?"

  "Sabarlah dulu... Ni, abang dengar dia dah sampai." Gadis itu mengangguk. "Ya, nampak macam dia tak syak apa-apa," Ujarnya.

  "Jangan yakin sangat. Kakak tahukan kebolehan dia?" Soal si abang. Gadis itu terpinga-pinga. "What do you mean?"

  "Ask your partner baby. Dia tahu semua pasal budak tu." Gadis itu mencebik. "Yeah, terutamanya bab sakitkan hati orang. Huh, dia pun baru sampai. Kakak tak sangka pula dia ada sekali." Abangnya sekadar ketawa.

  "Janganlah marah sangat. Macam kakak tak tahu kisah hidup dia macam mana." Pujuk si abang. "Kakak tahu. Tapi, bukan pasal tu akak marah dia. Cuma yang masa-"

  "Akak pun kenalah faham, dia buat semua tu pun sebab tugas." Pintas abangnya. Dia mengeluh perlahan.

  "Kakak cuba," Ujarnya perlahan. Lelaki itu tersenyum. Adiknya bukanlah keras hati sangat.

    "Oh ya, lagi satu. Dia dah ingat apa-apa ke?" Gadis itu menggeleng perlahan. "Nampak macam tak lagi." Keluhnya perlahan. Abangnya memandang simpati.

  "Abang, bila semua ni akan selesai?" Soalnya perlahan. "Kenapa? Penat?"
"Bukanlah," Dengusnya. Abangnya tersenyum nipis. "Sampai kita habiskan game ni,"

  Gadis itu mengeluh sekali lagi. "Hope everything gonna be okay"

"Relax sayang. We will lead the game. You're not alone. Abang pun ada kan?" Kepala gadis itu diusap lembut. "Hm...agak membantu." Cebiknya.

  Lelaki itu ketawa kecil. "Adalah peranan abang nanti. Kakak apa tahu?"

    "Ye lah... Adik kita sorang je yang tak ada peranan" Kepala disandarkan pada dada abangnya. Nasiblah  abangnya sentiasa memanjakannya.

  Adik mereka yang sedari tadi bermain permainan di dalam telefonnya mula mengangkat muka.

  "Apa pula? Orang buat kerja belakang tabir tau. Kakak apa tahu." Masam sahaja wajahnya. Mereka berdua ketawa dengan telatah adik bongsu mereka.

  Siapa mereka?

______________________________________

   MacBook Pro yang terbuka itu memaparkan maklumat seseorang. Izrul masuk ke biliknya dengan segelas air di tangannya. Baru sahaja ingin duduk, telefonnya berbunyi menandakan panggilan masuk.

  Air diletakkan di atas meja belajar bersebelahan dengan MacBook Pro miliknya itu. Telefon berjenama Vivo itu diambil.

   "Hello," Langkah dibawa ke beranda rumahnya.

   "Yes, boss." 
   "......"
   "Semua berjalan lancar,"
   "....."
   "Jangan risaulah. Diorang takkan syak apa-apa. Lagipun semua dah ready"
   "....."
  
   Senyuman sinis terukir di wajah Izrul.

    "Baik boss." Panggilan diputuskan. Izrul melemparkan pandangannya keluar. Nafasnya ditarik dalam sebelum dihembuskan. Dia kembali ke meja belajarnya dan mengambil airnya tadi untuk di minum. Tangannya lincah menaip di telefonnya.

  Langkah di bawa ke beranda kembali. Senyuman kembali terukir di wajahnya. Lebih kepada.... Senyuman nakal.

   Tanpa disedari, satu simbol amaran muncul di skrinnya. Simbol itu terus berkelip-kelip.

_____________________________________

  Nia baru sahaja keluar daripada tandas sebelum pintu biliknya diketuk. Pintu dibuka. Kening diangkat apabila melihat kakaknya bercekak pinggang dihadapannya.

   "Kenapa ni kak? " Soalnya hairan. Namun kakaknya itu turut mengangkat kening. Tepi kepalanya digaru. Melihat si adik yang masih bingung, terus dia membuat muka garang.

   "Kakak ni dah kenapa?" Soalnya hairan. Baru sahaja kakaknya itu ingin membuka mulut, jeritan seseorang mengejutkan mereka.

"Nia Aqisha!!!"

Nia menepuk dahi. "Alamak..."

To be continued
Naz_Nazira
13 May 20

   

My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)Where stories live. Discover now