Seorang guru baru sahaja melangkah keluar daripada kelas tersebut. Nia termenung panjang. Psikik. Siapa je yang percayakan dia kalau dia kata dia ada kebolehan tu? Ini bukan sains fiksyen.
Ah...dia tak minta kebolehan ini. Kadang-kadang kebolehan ini memerangkapnya dalam rasa serba salah. Dalam hidup, berapa ramai je yang jujur? Kadang-kadang ramai yang suka tikam belakang. Yang menindas pun boleh tahan ramai.
Tapi...siapa dia untuk menolak. Siapa dia untuk mempersoalkan anugerah ini. Mungkin ada hikmahnya.
Lamunan Nia terganggu apabila kumpulan gadis gedik itu datang ke kelasnya. Nia mengeluh perlahan. Diorang ni tak ada kelas ke apa? Dasar Diva Hei. Ops, Diva tandas pun ok jugak apa.
Nia yakin mereka mencarinya. Dan.....yup. Dia telah pun dikelilingi mereka. Nia tayang muka bosan. "Sekarang apa?"
Gadis yang menjadi ketua itu menjeling Nia tajam. "Memandangkan dah beberapa minggu you kat sini, so mesti-"
"Nope. Aku tak kenal kau." Ujar Nia selamba. Gadis itu memandang Nia tajam. "Ketinggalan zaman juga, kau eh. Sepatutnya dalam masa sehari ka kat sini pun kau patut dah tahu siapa aku."
Nia mengeluh perlahan. "Tu, maknanya kau tak cukup famous. Cuba lagi ya." Selamba Nia menyidir pedas.
"What?! Hey you-" Tanpa disangka-sangka Nia mencurahkan air daripada botol airnya ke atas kepala si ketua Diva itu.
"Kau tahu aku tak ada masa nak layan orang kurang kasih sayang macam kau. Kalau kau rasa aku mengada-ngada dengan abang kesayangan kau, So sorry kau salah. Kau patut tanya dia sendiri. Bukan aku. Aku tak ada kaitan langsung dengan semua layanan buruk dia terhadap kau,"
Semua di dalam kelas tetmasuk geng gadis itu terlopong dengan aksi selamba Nia. Ya, siapa sangka Nia seberani itu.
"You-"
"Kau diam aku tak cakap dengan kau!" Tegas Nia kepada salah seorang ahli geng yang cuba bersuara itu.
"Kau fikir kau senior, aku takut? Tolong sikit eh, aku tak ada masa nak kurang ajar dengan kau. Kalau kau tak kacau hidup aku, aku takkan buat macam ni." Selesai berkata-kata, Nia terus merempuh kuat gadis yang disumbah dengan air itu sehingga terjatuh. Dia melangkah keluar dari kelas.
Menyampah. Kenapa orang selalu tak puas hati dengan dia hah? Kalailu orang yang memang dia kacau tak apalh juga. Yang ni dia tak usik langsung pula yang tak puas hati. Apa cerita? Padanlah muka.
-----------------------------------------------------------Rayyan merebahkan badan di atas katilnya. Mata di pejam rapat. Kehilangan Nia sebentar tadi menganggu hatinya. Tambahan pula Fiqri mengatakan kehadiran seorang gadis disitu. Gadis yang dia kenal. Sangat kenal.
Rayyan hampir pasti kehilangan Nia ada kaitan dengan gadis tersebut. Matanya merenung siling bilik. Keluhan dilepaskan. Entah apa yang gadis itu katakan pada Nia, tapi dia yakin dia perlu terangkan pada Nia.
Sedang dia berfikir mengenai kejadian di sekolah tadi, pintu biliknya diketuk perlahan. Rayyan merengus perlahan. Seolah-olah tahu siapa yang mencarinya.
Wajah gadis itu terjengul. "Kau nak apa?" Soalnya kasar. Gadis itu mengetap bibir. Namun dikuatkan juga hatinya. Dia sudah biasa.
"Nak jumpa abang sendiri pun tak boleh?" Soalnya perlahan. Rayyan menjeling. "Sejak bila aku jadi abang kau?"
Gadis itu tidak mempedulikan Rayyan sebaliknya dia terus masuk dan menutup pintu. Langkah di bawa mendekati Rayyan. "Kau buat apa ni? Keluar dari bilik aku sekarang!"
"Apa salah Dyan?" Soalnya perlahan.
Rayyan meraup muka. "Kau boleh keluar sekarang tak perempuan? Sebelum aku heret kau keluar?!" Suara Rayyan mula meninggi. Peduli apa. Bukan ada sesiapa di rumah ini. Bapanya masih bekerja. Ibunya pula keluar.
Dyana menggenggam tangannya erat. " Kalau Dyan salah, Dyan minta maaf." Pohon Dyan. "Keluar Dyana!"
"Dyan tak mintak semua ni berlaku, Dyan tak sangka keadaan jadi seteruk ni," Luah Dyana.
"Jadi apa?! Kau ingat semua dalam rumah ni boleh terima kau bila tiba-tiba kau datang mengaku yang kau anak papa aku?! Kau ingat mama aki boleh tepuk tangan happy dengan semua ni?! Eh, apa dalam kepala otak kau ha?!" Rayyan sudah bangun berdiri di hadapan Dyana. Amarahnya tidak terkawal. Dyana mula menangis.
"Dyan tak ada tempat bang, Dyan ada papa je,"
"Eh, pergi mampuslah! Kau tahu tak kau bawa bala?! Sebab kau, mama dan papa aku bergaduh. Sebab kau, kakak aku lari dari rumah sebab tak tahan dengar diorang asyik bertekak. Semuanya sebab kau. Kau dengan mak kau yang jalang tu memang sial kau tahu tak?!"
PANG!!!
Tamparan kuat mengenai pipi kiri Rayyan. Rayyan tergamam. Tangan Dyana yang menampar Rayyan itu terketar-ketar menahan amarah.
"Cakap Rayyan, apa saja kau nak cakap. Kutuk aku sampai kau puas. Caci hina sampai sakit hati kau hilang. Kau pukul aku pun aku tak kisah. Tapi, jangan sesekali kau naikkan nama mak aku!" Suara Dyana kedengaran tegas. Matanya dan mata Rayyan bertembung. Tajam mereka merenung antara satu sama lain. "Keluar!" Arah Rayyan.
Tanpa berlengah Dyan keluar dari bilik Rayyan dan masuk ke biliknya. Pintu dihempas kuat. Dia tersandar pada dinding dan mula menangis teresak-esak. Tubuhnya melorot jatuh. Dyana memeluk lutut dan merenung nasibnya sambil menangis. Salah ke dia menagih kasih sayang keluarga ini? Dia sedar, kehadirannya tidak dialukan. Malah perkahwinan ayah mereka dan ibunya juga tidak diketahui sesiapa.
Betul. Ibunya isteri kedua dan mereka bernikah di sempadan. Tapi sedikit pun ayah mereka, Rashid tidak melayannya sebagai seorang isteri. Malah dianggap sebagai perempuan simpanan. Genap dua tahun berkahwin, ibunya ditinggalkan dalam keadaan gantung tak bertali. Dyana tidak pernah mengenali bapanya kecuali melalui gambar. Dia mencari Tan Sri Rashid hanya selepas kematian ibunya 3 tahun lalu. Langsung dia tak menyangka ayahnya ialah seorang yang kaya.
Niatnya hanya mahu menumpang kasih dan tempat berteduh. Tak pernah terlintas untuk menghancurkan keluarga ini. Dia hanya dilayan oleh Tan Sri Rashid tak lebih dari tanggungjawab. Hanya duit diberi. Tak pernah sekali pun dia merasa kasih sayang dari keluarga itu.
Dyana terus menangis dan menangis. 'Umi...Dyan rindu umi.' Getus hatinya. Ariana Dyana. Zuriat hasil perkahwinan Tan Sri Rashid Azlan dan Damia Erina. Anak yang dinafikan tarafnya oleh walinya sendiri.
---------------------------------------------------------Sementara itu, Rayyan menekup mukanya dengan bantal. Masih terasa perit di pipinya. Dia akui dia agak terlebih kali ini. Sedikit sebanyak dia rasa bersalah terhadap Dyana. Tapi dalam masa yang sama dia masih tidak dapat menerima bahawa Dyana adalah adik beradiknya yang berlainan ibu dan satu ayah.
Pergaduhan ibu bapanya benar-benar menekan emosi Rayyan. Dia tahu buka salah Dyana. Tapi andai kata gadis itu tidak hadir, pasti keluarganya masih dalam keadaan bahagia.
To be countinued...
Naz_Nazira
8 June 2020
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
غموض / إثارةCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...