Nia memandang hairan wajah kakaknya yang kelihatan sembam. Bukan senang bagi seorang Tia Aqasha menangis. Pasti ada sesuatu yang menganggu fikiran kakaknya.
And....tolong eh, dia boleh baca fikiran orang je. Hanya apa yang difikirkan saja dia dapat tahu. Bukannya sekali tengok terus tahu segala-galanya. Dia pun manusia biasa.
Selepas makan malam, Nia memberanikan diri menegur Tia yang berada di hadapan televisyen. "Kak," Panggilnya perlahan. Tia memandang wajah adiknya. "Kau okey?" Soalnya lembut.
Tia tersenyum nipis. "Aku okey, atok mana?" Soal Tia. Nia menahan diri daripada mengeluh apabila menyedari kakaknya cuba mengubah topik. "Kat, atas. Nak rehat katanya,"
"Oh," Sepatah sahaja jawapan Tia. Dia termangu-mangu seketika.
"Cerita je lah." Ujar Nia apabila melihat Tia teragak-agak untuk bercerita kepadanya.
"Nia..." Panggil Tia. Nia memandang kakaknya dengan kening terangkat sebelah. "Lain kali...jangan rapat sangat denga Aisy."
Nia mengerut dahi. "Eh, why?" Soal Nia. Tia mengetap bibir. Saat itu juga dia membaca fikiran kakaknya.
'Sebab dia bagi akak kenangan hitam 8 tahun dulu,Nia.' Wajah Nia bertukar serius. "Kak, apa abang Aisy dah buat kat akak?" Soal Nia tegas. Tia terkulat-kulat. Dia hampir terlupa adiknya mampu membaca fikiran.
Keluhan kecil terlepas. "Janji, lepas ni jangan jemput dia datang rumah dan sebut nama dia depan akak lagi. Akak tak kisah kalau korang nak berbaik pun. Tapi please jumpa kat luar sana. Bukan dalam kawasan rumah. Akak tak nak jumpa dia. At least bukan buat masa sekarang,""Yelah, akak nak lupakan dia. Tapi kenapa kak? Apa yang dia dah buat dulu?" Soal Nia geram.
"Janji jangan bagitahu sesiapa. Atuk, mama dan papa tak boleh tahu hal ni," Nia merenung anak mata kakaknya. Melihat wajah yang penuh berharap itu. Dia akur. "Yelah, Nia janji." Tia tersenyum. "Thanks sis," Lantas dia memeluk Nia. Nia membuat muka. "Yelah. Cepatlah cerita." Rengek Nia manja. "Pergi buat air dulu. Cerita akak panjang haus nanti." Selamba Tia membuat permintaan. Nia membulatkan matanya dan mencubit sisi pinggang Tia. Menyempat pula minah ni. Tia terjerit dan ketawa kecil dengan serangan adiknya. Nia akur dan bangun menuju ke dapur. Sempat matanya dijuling ke atas. Tia mengekek ketawa melihat reaksi adiknya itu.
Nia tersenyum. Melihat kakaknya ketawa malam itu menyenangkan hatinya. Hari ni pasti hari yang teruk bagi Tia. Nia yakin.
Setelah membuat sejag kecil air teh dan dibawa bersama biskur tawar untuk dicicah, Nia terus duduk di sebelah Tia dan mendengar kisah kakaknya.
Melopong mulut Nia sebaik mengetahui Aisy merupakan senior kakaknya ketika di sekolah menengah dulu.
Makin lama mendengar ceritera Tia, rahang Nia bergerak-gerak. Jika pada mulanya dia memuji Aisy dan mengusik kakaknya, kini habis disumpah seranah dua insan yang mengkhianati kakaknya itu. Bertambah geram apabila teringatkan riak selamba Aisy ketika di awal pertemuan semula dengan kakaknya. Lelaki itu sungguh rileks. Siap mengusik Tia lagi. Huh, kalau dia tahu, tak ada maknanya dia join mengusik.
Di akhir penceritaan, sekali lagi Nia melopong dan menghamburkan carutan kepada Aisy.
"Dia punya beria minta maaf. Lepas tu panggil kakak dengan nama yang dia panggil masa korang konon 'bercinta' tu. But at the end bagi kad jemputan kahwin? Dasar lelaki keji. Sila mampus awal!" Bebel Nia sambil menekankan perkataan bercinta itu.
Huh, hati perempuan jangan buat main tau. Janganlah buat-buat terbahagi harapan tanpa sedar tu. Sakit betul rasanya bila kecewa.
Tia sekadar menggeleng perlahan melihat adiknya yang bersemangat memarahi Aisy. "That's why lah kenapa akak tak nak jumpa dia buat masa sekarang. Akak nak cari kekuatan akak balik. Akak tak sangka dia akan muncul semula dalam hidup akak. Dah 8 tahun kot." Ujarnya sayu.
"Okey tapi akak, akak kena pergi wedding tu! Nia nak akak pergi!" Ujar Nia tegas. Tia memandang hairan. Memahami pandangan kakaknya, dia terus menjawab. "Akak kena tunjuk yang akak kuat. Akak dah tak simpan hati dah kat Aisy tak guna tu dan akak tak kisah langsung diorang bersama!"
Tia buat muka bosan. "Kau ingat ni drama ke dik? Tak payah! Kalau akak betul-betul tak kisah, hidup mati diorang pun akak tak ambik tahu. Tak payah nak buktikan bagai. Akak buktikan dengan cara akak." Bidas Tia selamba. Tolonglah. Tak semua yang tak pergi majlis kahwin ex tu sebab tak sanggup tengok. Tapi sebab ex tu dah tak penting dan ada hal yang lagi penting daripada nak buktikan hal remeh temeh tu. Huh!
Nia yang membaca fikiran kakaknya ternganga. Perlahan-lahan dia mengangguk. Tak payah pergi majlis kahwin ex sebab tak penting. Bukan bermakna kita tak boleh move on pun. Noted. Tapi....erk ex? Hm..tak apalah. Tak sanggup ada ex. Si Shah tu pun crush je.
Tia yang melihat reaksi adiknya mula berkerut hairan. Sudahlah dia tak ada kebolehan sama dengan Nia. Ingat dia boleh teka apa yang Nia fikirkan?
"Sekejap terangguk-angguk. Lepas tu geleng kepala. Sawan?" Soal Tia. Nia menjeling tajam. "Kau kak, mulut memang nak mintak kena cili eh?"
"Eleh, macam kau tahu je kat mana cili dalam rumah ni." Perli Tia akan adiknya yang jarang masuk ke dapur itu. Nia membulatkan mata. "Kau ni kan kak..."
Malam itu, ruang tamu riuh dengan gelak ketawa dan jeritan mereka berdua. Dalam hati Nia gembira melihat kakaknya mampu bergurau seperti biasa.
Sementara itu, Haji Ramli yang terdengar pekikan dua anak dara itu menggeleng sendiri. Dia juga turut lega apabila mengetahui Tia baik-baik sahaja. Bukan dia tidak nampak mata Tia yang agak bengkak kerana menangis terlalu kuat. Sengaja tidak ditegur kerana tahu Nia pasti akan menyoalnya juga.
Kerana itu jugalah dia sengaja naik ke atas. Memberi peluang kepada dua beradik itu bercerita. Dia tidak pasti apa yang telah berlaku, tapi dia yakin walauapapun, Nia pasti mampu menceriakan kakaknya kembali.
Dalam hatinya berdoa, agar kedua-dua cucunya selamat daripada apa jua malapetaka dan mampu menempuhi dugaan dengan tabah.
Telefon Haji Ramli berbunyi menandakan ada panggilan. Senyuman terukir apabila melijat panggilan tersebut daripada anak lelakinya. Panggilan itu diangkat. Pasti mereka mahu menanyakan keadaan dua permata hati yang ditinggalkan di tanah air sementara mereka mencari rezeki.
Dia tahu, walau sesibuk mana pun mereka, kebajikan anak-anak mereka tidak pernah diabaikan. Malah mereka sentiasa mengambil tahu apa yang berlaku.
To be countinued...
Naz_Nazira
12 June 2020
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Mystery / ThrillerCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...