Bab 35

33 3 0
                                    

   Dua minggu berlalu. Pelajar tingkatan 4 dan 5 baru sahaja habis menjalani peperiksaan.

   Nia mengheret Tia menemaninya melepaskan stress. Hm..stress lah sangat. Dua beradik itu riang ria sahaja window shopping. Bukan mahu membeli sangat pun. Si Nia dan Tia bukannya kako shopping. Tapi, hari itu entah fius mana yang putus dalam kepala otak Nia sampai mahu kakaknya itu make over. Dia tahu kakanya sudah tak rabun sejak buat rawatan laser mata tu. Saja je minah tu pakai spek. Sudahlah spek bulat besar. Apahal besar sangat pun dia tak tahu.

   "Eh, Nia!" Pantas Tia menarik adiknya masuk ke dalam fitting room. Terkejut dibuatnya. Nasib dia tidak sempat melatah. Mulutnya ditekup kuat oleh Tia.

  Nia memandang geram kakaknya namun diberi isyarat agar diam. "You dah jumpa budak nerd tu?" Kedengaran suara seorang perempuan dari luar. "Budak nerd? Qasha ke?" Nia membulatkan matanya. Aisy!

  "Yelah, siapa lagi." Kedengaran suara itu bagai menyampah. "Dah," Suara Aisy kedengaran mendatar.

   "Pastikan dia datang tau." Pesan gadis itu. "Yelah. You tak payah nak kepoh sangat boleh tak?"

  "I bukan kepohlah. I cuma nak make sure dia tahu yang you tu I punya. I tak naklah dia simpan perasaan kat husband I"

  "Kalau dia tak datang pun, dia tetap dah tahu yang kita nak kahwin. Tak ada beza pun kan?"

  "Yes, dia tahu. Tapi kalau dia tak datang, maknanya dia belum lupakan you dan masih ada hati dengan you. Sebab tu tak datang. Tak sanggup nak tengok,"

  "Kalau dia tak datang means dia belum maafkan kita."

  Tiba-tiba gadis itu ketawa sinis. "Kisah pulak I? Yang I nak tahu, dia datang."

  "Apa motif you sebenarnya? You tak rasa bersalah ke? Dah 8 tahun pun. Memang kita melampau."

  "Oh, sekarang you nak acah-acah baiklah pulak ni? Kenapa? Dah jatuh cinta ke sejak bertemu balik ni?"

  "Nosense."

  "Who know? Buktikan! Suruh dia datang. Kalau boleh masa akad nikah tu."

  "You dah siap ke?"

"Ish, you ni. Sabarlah. Tak ada mood lah I nak try. Beli je semua ni terus." Selepas itu kedengaran suara Aisy membebel.

  Nia menahan diri daripada mencebik. Tia sudah menjulingkan mata ke atas. Lama mereka berdia sehingga suara-suara itu hilang. Selepas itulah baru mereka menghela nafas lega.
 
  "Kerek gila minah tu, kak. Seriuslah dia kawan akak. Macam mana akak boleh kawan dengan minah gedik macam dia tu?" Soal Nia geram.

  Tia mengeluh. "Abaikan jelah. Jom keluar." Tangan Nia terus di tarik. Malas dia mahu melayan dua ekor beruk tu.

  Nia sekadar menurut langkah kakaknya. Kalau diikutkan Nia, dia sudah malas akibat sakit hati. Tapi Tia adalah Tia. Bila dia kata tak peduli memang dia tak peduli. Jadi demi memujuk adiknya yang sedikit monyok itu, mereka berhenti makan di KFC.

   Pulang ke rumah, Nia terus menghempaskan tubuhnya ke sofa. Haji Ramli yang baru sahaja menuruni anak tangga itu mengerut dahi lantas menyoal. "Baru balik korang berdua? Lewatnya. Jarang korang berlama kalau pergi shopping tu." Soal Haji Ramli. Kenal sangat perangai cucunya yang pemalas keluar dari rumah itu. Tapi si Nia ni bila bab buat hal rajinlah pula.

  Tia sekadar tersengih. "Sorry tok. Hehehe..." Haji Ramli menggeleng kepala.
  
   Sementara itu, seseorang di luar rumah mereka hanya merenung ke dalam rumah. Dia adalah rakan kepada gadis misteri itu. Kemudian dia menggaru kepala.

  "Kenapalah aku perhatikan diorang eh? Macam buang masa je? Bukan ada sesiapa yang ikut diorang pun. Hm...tapi, dah lama dia dan anak buah dia tak bertindak," Ujarnya sendiri.

  "Ish, balik je lah. Aku rasa dia ada rancang benda lain kot." Terus dia melangkah pergi dari situ.

-----------------------------------------------------------

   Izrul melabuhkan punggung di bangku yang terdapat di taman mini arwah ibunya.

  Arwah ibu Izrul seorang yang amat sukakan pokok bunga. Segala jenis bunga adalah kegemarannya. Tapi, yang paling digemarinya ialah bunga tulip.

   Keluhan dilepaskan. Rumah agam itu terasa sunyi sekali tanpa kehadiran sesiapa. Hanya dia. Ya, hanya dia.

  Masih segar di fikiran bagaimana dia berjuang untuk mendapatkan balik harta peninggalan arwah ayah dan ibunya yang disalahgunakan. Syarikat milik ayahnya juga muflis akibat kegiatan rasuah dan menggelapkan duit syarikat berlaku dengan berleluasa.

  Dia gagal. Gagal mendapatkan kembali syarikat itu. Tapi, sekurang-kurangnya dia berjaya mendapatkan rumah ini daripada dijual.

  Cuma...ada satu lagi hak milik ibunya yang dihadiahkan oleh ayahnya yang belum dia tuntut.

    Dan untuk itu...dia harus keluar negara dan meninggalkan Azira. Teringat Azira, fikirannya terasa berat. Sudah terlalu banyak dia menyusahkan gadis itu.

  Pasti gadis itu akan memarahinya apabila mengetahui keputusannya. Azira bukanlah seorang yang kuat merajuk. Namun dia agak pantang apabila Izrul membuat keputusan mengejut. Walaubagaimanapun, gadis itu masih menghormati keputusannya.

  Mengingati peristiwa yang membuatkan Azira bengang membuatkan dia tersenyum sendiri. Nasya Azira. Gadis itu lebih daripada seorang sahabat buat Izrul Faiq. Gadis itu ialah segala-galanya.

   Bunga mawar yang memekar di taman itu dipetik. "Mama...Faiq janji akan dapatkan hak mama dan bangunkan balik syarikat ayah. Daiq janji akan jaga dia baik-baik." Ucap Faiq. Itu janjinya kepada ibunya.

  Langkah di bawa masuk ke dalam Vila itu. Lawak kan? Rumah besar tapi tinggal seorang diri. Izrul, hidup kau tak boleh sadis lagi ke?

  Dia membawa diri ke bilik kerja ayahnya. Terdapat pelbagai fail dan dokumen yang tersusun rapi baik di rak mahupun di atas meja.

   Izrul duduk di kerusi kerja itu dan memerhati barang-barang di atas meja. Gambar keluarganya ketika dia berusia tiga tahun, bekas pen, globe, oh, sebuah kotak baldu putih perak. Agak cantik ukiran di tempat untuk membukanya. Terukir kemas seolah-olah dibuat khas. Dia mengambil kotak itu dan membukanya.

  Agak rumit untuk sebenarnya namun Izrul berjaya. Sebaik kotak terbuka, sebuah lencana bersayap yang amat cantik terpampang di matanya. Ditengah-tengah sayap itu, jelas dua huruf membentuk satu lambang.

                              ÀĘ

   Kemas dan cantik. Dia tidak pasti di mana ayahnya mendapat lencana tersebut. Ayahnya merupakan seorang pengkaji dan perantau. Banyak barang-barang yang menjadi simpanan ayahnya sebagai tanda dia pernah menjejaki tempat tersebut.

   Malah bilik bacaan ayahnya juga terdapat dua rak yang penuh dengan manuskrip-manuskrip dan catatan-catatan lama. Dia tidak pasti bagaimana ayahnya mendapatkannya. Namun, separuh daripadanya sudah dijual oleh pak ciknya ketika dia masih berusaha mendapatkan villa tersebut.
 
  Kemudian matanya tertancap pada satu bahagian softboard yang berada di bilik kerja itu. Izrul mendekati papan itu dan membaca keratan akhbar yang di tampal di situ.

   Bibir diketap. Akhbar itu lantas diambil dari tempatnya.

To be countinued....
Naz_Nazira
14 June 2020

 

My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)Where stories live. Discover now