Nia mendekati Rayyan sambil tersengih-sengih. Kebetulan Rayyan baru tiba di sekolah pada malam itu. Rayyan memandang Nia dengan kerutan di dahi.
"Rayyan...." Panggil Nia meleret. Rayyan membuat muka bosan. "Hah, apa?"
"Malam ni kau teman aku keluar jap?" Pinta Nia. Rayyan kehairanan. "Kau nak pergi mana?"
"Ada hal sikit. Alah...boleh lah." Pujuk Nia. "Bagitahu dulu, baru aku tolong kau." Arah Rayyan. Nia mencebik.
"Ish, aku nak pergi intai rumah Mirsha. Kakak aku tak boleh hantar malam ni."
"Oh, jap. Apa maksud kau intai?" Sekali lagi Rayyan mengerut dahi. "Ish, kau ni. Nanti aku cerita. Kau boleh bawak motor kan?"
"Boleh, tu boleh. Tapi..."
"Good. Ambik aku pukul 3 pagi." Arah Nia selamba. "Hah?! Kau gila ke apa?" Soal Rayyan terkejut. Nia tersengih. "Tak ada-tak ada. " Bantah Rayyan. Gila apa keluar rumah pukul 3 pagi. Mahu dipiat ayahnya.
"Alah, tapi kenapa?" Muncung Nia. "First of all, kau lelaki aku perempuan. Gila ke nak keluar pagi-pagi buta macam tu. Dua, kau nak buat apa je. Tiga, kalau ayah aku tahu mahu aku kena pancung tahu tak?"
"Ish kau ni!" Bentak Nia. Belum sempat Rayyan bersuara, satu suara bertempik memanggil nama Nia. Rayyan terpinga-pinga manakala Nia menayangkan muka rileks.
Tiga orang pelajar lelaki datang ke arah mereka dengan muka bengis. Keluhan kecil dilepaskan. Beberapa minggu lalu, seorang pelajar telah dipancitkan dan dirosakkan motorsikalnya. Minggu selepas itu, dua orang pelajar perempuan disimbah air. Hari ni apa pula?
"Kau punya kerja kan?" Soal pelajar lelaki itu keras. Nia mengangkat kening. "Well, aku buat apa?" Soal Nia.
Lelaki itu mendengus geram. "Jangan buat tak tahulah Nia. Kau penyebab adik aku kena panggil cikgu minggu lepaskan?"
"Lah, kena panggil cikgu je pun. Apa masalahnya."
"Masalahnya sekarang, kau tuduh adik aku buli budak. " Ujar lelaki itu bengang.
"So?" Nia membuat muka bosan. Cepat sikit boleh? Cerita ni dah makin bosan je aku rasa.
"Eh, kau ni kan!" Rayyan segera menolak pelajar itu menjauhi Nia. "Cukuplah tu." Ujar Rayyan dingin.
"Kau ingat kau ada bodyguard macam ni aku takut. Nanti kau. Aku akan pastikan kau terima padah!" Pelajar itu menunding ke arah Nia manakalaNia selamba menjelir lidah.
"Kalau adik kau tak buat, takkan cikgu nak denda pulak. Benda ni mesti ada bukti." Celah Rayyan.
"Masalahnya budak ni fitnah adik aku!"
"Eh, tolong sikit. Memang adik kau buli budak tu pun. Dah lama dah. Tapi sebab kau dengan geng-geng kau yang konon tak ada orang berani sentuh tu, budak tu tak berani report dan adik kau terlalu bebas sebab guna nama kau!" Selar Nia.
Merah padam muka lelaki itu. Tapi Nia tahu, mereka tak buat salah apapun. Nama mereka naik bukan kerana mereka kuat membuli. Tapi kerana karisma yang ada pada mereka. Yelah, atlet dan muka yang agak tampan begitu, lagilah mudah mendapat nama walaupun mereka masih di tingkatan empat.
Terus mereka bertiga berlalu. "Kau memang ada bukti ke?" Soal Rayyan. "Takkanlah nak aku kumpul semua bukti dulu baru report? Pastu budak yang kena buli tu macam mana? Silap-silap kena gangguan emosi. Buktinya ada pada budak tu sendiri. So, relaks lah. Dia hanya perlu cerita je." Ujar Nia.
Rayyan terdiam. Motorsikal yang dirosakkan Nia kerana katanya pelajar itu mahu menyertai lumba haram pada malam minggu itu. Pelajar yang disimbah air pula kerana katanya memeras ugut budak di belakang bangunan. Katanya mereka membuli budak itu untuk menyiapkan kerja sekolah mereka.
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Mystery / ThrillerCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...