Fiqri menggunakan kemahirannya untuk membuka pintu yang terkunci itu. Sebaik sahaja menyelinap masuk, mereka segera menyorok dan memerhatikan kawasan dalam dahulu.
Rayyan ingin bergerak namun ternampak kelibat seseorang keluar dari bilik sambil mengheret kerusi. "Lepaskan aku bodoh!" Tempik Nia kuat. Geram betul apabila diheret begitu sahaja.
"Diam! Kalau tak disebabkan kawan-kawan kau cuba nak lepaskan diri, aku tak heret kau macam ni!" Ujar Thaqif selamba. "Argh!!! Diorang memang patut terlepas dari syaitan bertopengkan manusia macam kau. Dasar kaki rogol! Aku akan pastikan apa yang kau dapat pembalasan atas perbuatan kau kat Azra dan perempuan lain! Tak guna!"
Haziq menggigit bibirnya. Apa maksud Nia. "Kau cakaplah apa yang kau nak cakap. Sebab lepas ni kau takkan ingat semua tu. Hahaha..."
Mereka berlima berpandangan. Seorang lagi gadis keluar dari bilik itu. "Tuan muda perlukan apa-apa?" Soalnya.
"Tak ada. Kau boleh balik dulu. Biar aku handle permainan aku." Arahnya. Gadis itu mengangguk akur. Dia keluar daripada rumah. Mujur sahaja dia tidak menyedari lima remaja lelaki yang sedang menyorok itu.
Nia terus diheret ke sebuah bilik. "Aku, Izrul dan Darniel akan pergi. Ziq, Fiq. Kau pergi cari diorang berdua. " Rayyan memberi arahan. Mereka berpecah. Rayyan,Izrul dan Darniel segera mendekati bilik yang di masuki Thaqif manakala Haziq dan Fiqri mencari Mirsha dan Azra.
"Kau rasa diorang berjaya lepaskan diri?" Soal Fiqri. Haziq menggeleng. "Aku rasa tak." Balas Haziq. Bilik yang diintai tadi dimasuki Haziq. Dia mengambil loket milik Azra itu.
Sementara itu, sayup-sayup Fiqri mendengar suara meminta pertolongan.
Fiqri segera menerpa ke arah bunyi tersebut. "Haziq!" Panggil Fiqri. Haziq mendekati Fiqri. Fiqri memdekatkan telinga mendengar bunyi dari dalam bilik. "Ada orang minta tolong." Ujar Fiqri. Tombol pintu dipulas.
Mereka bernasib baik kerana tidak dikunci. Tergamam mereka melihat keadaan bilik yang penuh dengan rantai besi. Mirsha di gari ditengah bilik manakala Azra terbaring di atas sebuah katil besi. Haziq terkedu melihat keadaan Azra. Dia teringat kata-kata Nia kepada lelaki tadi. Rogol...
"Ziq, macam mana sekarang ni?" Soalan Fiqri mengejutkan Haziq. Dia sendiri buntu bagaimana ingin melepaskan mereka dari besi itu.
"Kunci...ada pada lelaki tu." Ujar Mirsha lemah. Fiqri mengetap bibirnya. Masalah.
"Korang...." Panggil Mirsha. Dia teragak-agak ingin memberitahu perkara yang diketahui.
"Lelaki tu...pak su Azra." Haziq dan Fiqri tergamam. "Ke-kenapa dia buat semua ni?" Mirsha sekadar menggeleng pada soalan Haziq. Haziq terduduk lemah.
........................................................................"Lepaskan dia!" Arah Rayyan bersama pistol di tangan. Thaqif mengetap bibir. "Macam mana kau..."
"Tu tak penting. Lepaskan dia sekarang!" Ujar Rayyan tegas. Nia sudah mengucapkan syukur di dalam hati. "Heh, budak mentah! Kau ingat kau boleh kalahkan aku?" Soal Thaqif sinis.
Dia meninggalkan Nia yang masih terikat pada kerusi itu dan berhadapan dengan mereka bertiga.
Kekuda dibuka. Melihat Thaqif tanpa senjata, mereka kembali menyimpan pistol mereka. Darniel memulakan serangan namun dielak dengan mudah oleh Thaqif. Malah satu sepakan kuat dihadiahkan di belakang kepala Darniel. Rayyan pula menyerang dengan penumbuk diangkat tinggi. Namun Thaqif sempat menangkap serangan itu dan menumbuk kuat pada perut Rayyan. Rayyan terundur ke belakang dan bersedia sekali lagi.
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Mystery / ThrillerCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...