Pulang dari sekolah, Haziq membawa diri ke kelas tingkatan empat. Dia berdiri tegak di hadapan kelas itu. Matanya melilau mencari seseorang. Masih ada beberapa pelajar yang masih sedang berkemas dan bersiap untuk balik sambil berborak kosong. Sebaik sahaja susuk tubuh itu ditemui, dia berdehem perlahan.
Azra dan Faqiha asyik berbual sambil berjalan untuk keluar dari kelas dan tidak menyedari kehadiran Haziq. Sebaik sahaja Azra ternampak Haziq, langkahnya terhenti. Faqiha memandang pelik.
Namun, lagi terkejut apabila dia terlihat Haziq. 'Jangan kata mamat ni pun mangsa Azra' Bisik hatinya. "Qiha, kau pergilah dulu. Aku nak jumpa dia jap. "Ujar Azra. Faqiha teragak-agak. Haziq memberi isyarat mata ke arah gadis itu. Sudahnya Faqiha akur. Sempat menoleh kearah pasangan itu berkali-kali.
'Haih, Azra... Azra... bila kau nak berubah?' Bisik hatinya. Dia dah tak sanggup melihat sahabatnya yang selalu melayan semua lelaki itu. Azra, meskipun dipandang sebagai seorang gadis sombong, namun bagi Faqiha sahabatnya itu tidak seteruk yang digambarkan yang lain. Cuma benteng yang di pasang terlalu tinggi untuk orang lain melihat dirinya yang sebenarnya.
Sebaik sahaja Faqiha berlalu, Azra mendekati Haziq di hadapan pintu kelasnya. "Ada apa Aziq jumpa Azra ni?" Soal Azra lembut. Haziq memandang dengan wajah dingin.
"Hei, kenapa ni? Ada masalah eh? "Soal Azra lagi. "Farish ada jumpa Azra lagi? " Soal Haziq. "Ada, kenapa? "
"Azra layan? "Soal Haziq serius. "Aziq, dia ajak keluar je kot" Ujar Azra tenang. "Bagitahu dia Azra tak boleh pergi. Petang ni Aziq datang rumah. " Ujar Haziq tegas sebelum berlalu. Azra tersenyum.
"Aziq," Tahan Azra. "Apa??" Meleret suara Haziq bertanya. "Jealous eh?" Gadis itu tersenyum mengusik. Haziq menjeling. "Huh, tak ada makna nak jealous" Nafinya. Azra masih tersenyum mengusik. "Dahlah, ada hal ni. nanti petang ni kita jumpa." Haziq menarik lengannya dari pegangan Azra.
"Haziq ada hal lagi ke? Kalau kita balik sekali boleh?" Soal Azra. Haziq berfikir sejenak. "Haziq ada hal lain. Tak sure lama ke sekejap. Azra balik sendiri jelah hari ni. Lain kali ya. Dah lah. Pergi dulu." Hazit segera meminta diri dan beredar. Azra mengeluh perlahan.
Destinasi Haziq seterusnya ialah...taman. Di mana yang lain turut menunggu.
💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫💫
"Kau pergi mana Ziq? "Soal Rayyan sebaik sahaja Haziq tiba di taman. "Aku ada hal sikit tadi. Azira mana? Tak ikut? "
"Dia ikut Izrul balik tadi. Lagipun, dia tak terlibat. "Ujar Darniel sambil berbaring atas riba Fiqri. "Lambatlah pula minah ni... " rungut Fiqri. Mereka bertiga sungguh santai duduk di atas rumput taman itu. Dah macam berkelah gayanya. Haziq turut mengambil tembat di sebelah Rayyan. "
"I'm here" Sampuk satu suara bernada dingin. Mereka berpaling. Nia tenang duduk di bangku dan memerhati pelajar yang lalu lalang. Sempat dia mengangkat kening dan memandang hairan ke arah empat jejaka itu.
"So, anything? Apahal kau nak jumpa kitorang ni? " Soal Rayyan. Terus mereka bangun dari duduk dan mendekati Nia Mereka mendekati Nia. "Lah, kata bodyguard" Sindir Nia. Rayyan menarik nafas dalam. ikutkan hati, nak je sekeh budak depan dia sekarang ni. "Aku tak nak cakap banyak. Just...jangan masuk campur hal aku. Korang nak report, korang report. Tapi, jangan kacau kerja aku. " Ujar Nia.
"But, why?"Soal Darniel. "Korang takkan faham" Dingin suara Nia menyatakan itu.
"Dah tu, kalau kau tak nak cerita buat apa kau panggil kitorang ke sini?"Soal Fiqri bengang
Nia tersenyum sinis. "Okeylah macam ni. Apa kata kalau kita bertaruh?" Cadangnya. Lelaki-lelaki itu memandang sesama sendiri sebelum Rayyan bertanya mewakili mereka. "Pasal apa?"
"Korang nampak tu? "Soalnya. Matanya tertumpu kearah pasangan yang asyik bergurau senda.
"Kenapa dengan diorang? "Soal Haziq pula. Nia tersenyum sinis. "You know what?Percaya tak kalau aku cakap, lelaki tu sebenarnya nak game kan perempuan tu je. "Ujar Nia.
Rayyan mengangkat bahu. "No wonder. Si Darwish tu memang playboy. " Memang dah satu sekolah tahu perangai Darwish tu. Cumanya dia tidak pasti bagaimana Nia mengetahui secepat itu.
"Aku pun tak faham kenapa ada jugak perempuan melekat dekat dia. Bukannya diorang tak tahu perangai Darwish tu." Bebel Fiqri. Nia tersenyum sinis sambil mengerling secara rahsia ke arah Haziq. Haziq tidak menyedarinya.
"Well, nampaknya nasib girl tu malang sikit dari yang lain. "Ujar Nia. "What do you mean? " Soal Rayyan keras. Nia senyum. "Just wait and see what gonna happen tomorrow.Kalau aku betul, korang ikut cakap aku. Tapi kalau aku salah, aku dengan senang hatinya ikut cakap korang."
"Perempuan, kau buang tabiat eh?" Soal Fiqri. Sepatah pun dia tak faham apa yang dikatakan Nia. Ini agaknya orang cakap, bercakap pakai bahasa yang sama pun boleh jadi macam bercakap bahasa alien. Tak paham.
" By the way, got to go. Da...Jumpa esok "
Nia segera berlalu pergi tanpa sempat di halang sesiapa. Sempat dia melambai ke arah mereka. Mereka berempat kelu. Tak sempat berkata apa apa.
"Weh, takkan esok kita nak tengok je? "Soal Darniel geram. "Huh, kita pun tak tahu apa dia akan buat. "Kata Fiqri. "Standby jelah apa apa kan jadi." Balas Rayyan pula. Mereka bertiga mengagguk.
💚💛💜
Keesokan harinya...
Nia terus memerhati Darwish dan gadis malang itu. Kini, mereka berada di kantin.
"Kau tengok apa? "Tegur Rayyan. Dia berjaga-jaga jika Nia mula melakukan sesuatu di luar jangkaan. Nia hanya tersenyum nipis. "Tengok seorang lagi mangsa kekejaman lelaki" Rayyan tersentak. Matanya tertumpu pada Darwish.
Tiada apa yang mencurigakan. Jejaka tersebut bangun dan pergi beratur di barisan untuk membeli air. Nia turut bangun.Langkahnya diatur ke arah gadis tersebut. Rayyan yang tersentak laju turut bangun dan mengejar langkah Nia. Tangan gadis itu dicapai Nia.
"Eh apa ni? "Soal gadis itu. "Ikut aku kalau nak selamat. " Ujar Nia keras. "Eh, apa kau cakap ni?" Dia cuba merentap tangannya dari genggaman Nia. "Kau nak menyesal dulu atau dengar apa yang aku nak cakap dulu? I think hear me out doest make you lose anything. " Gadis tersebut kelihatan serba salah. "Tapi... " Nia terus menariknya. Rayyan setia mengikut langkah Nia.
Sampai di bangunan belakang kantin, Nia melepaskan tangannya. "Ada apa ni? "Soal gadis itu bingung.
Nia tersenyum sinis. Gadis itu ketakutan. Apa maksud Nia? Dah kenapa gayanya macam dia dalam bahaya?TBC
30 September 2024
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Mystery / ThrillerCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...