Nia dan Mirsya sama-sama mengulangkaji pelajaran pada malam itu. Memandangkan ujian baru berlalu, tidak terlalu banyak kerja rumah mereka.
"Mimpi apa kau datang bermalam kat rumah aku ni?" Soal Mirsha. Nia tersengih. "Saja. Dah lama aku tak tidur rumah kau." Ujar Nia separuh menipu. Hakikatnya, sejak bertemu semula dengan Mirsha, dia selalu menjenguknya pada waktu malam. Entah mengapa kadang-kadang hatinya tak tenteram. Mungkin firasat. Atau mungkin hanya dia yang terlu paranoid.
Namun mujur sahaja Tia jarang merungut dengannya. Tambahan lagi Nia siap mengalirkan air mata ketika memintanya untuk menemaninya meronda di kawasan perumahan Mirsha.
Dia risau. Dia takut andai Mirsha diperhatikan dan kembali menjadi mangsa. Dia sudah berjanji kepada Shah untuk menjaga Mirsha bagi pihaknya.
Mirsha menepuk bahu rakannya yang termenung jauh. "Kau dah kenapa ni?" Soal Mirsha.
Nia tesentak dan lantas menggeleng bagi menyembunyikan rasa hati. Mirsha merenungnya tajam.
"Nia, aku mungkin tak boleh baca fikiran macam kau. Tapi aku masih boleh dapat tahu kalau kawan aku tak okey. Kau kenapa? Ada masalah ke?"
Keluhan dilepaskan Nia. "Kau rasa... Bila kita akan rasa bebas semula?" Mirsha terdiam. Tiada jawapan untuk itu.
"Kau tahu, aku harap sangat semua ni boleh dihentikan segera. Tapi dia, umpama bayang-bayang. Kadang-kadang aku nampak orang-orang dia. Kadang-kadang tak ada. Aku buntu. Kalau kita repirt benda ni kat polis, diorang percaya ke?" Soal Nia.
Mirsha turut mengeluh perlahan. "I don't know Nia. Aku pun harap semua akan berakhir dengan cepat. Aku pun dah penat hidup dalam keadaan ketakutan ni."
Tahun lalu, selepas kejadian runtuhan bangunan itu, pihak polis telah menutup kes tersebut kerana berakhir dengan kematian suspek. Tapi Nia tahu itu bukan dalang sebenar.
Dia hanyalah anak buah yang diperalat. Tapi bagaimana dia sendiri mahu meyakinkan pihak polis? Beritahu bahawa dia seorang psikik? Dapat baca fikiran manusia? Huh.
Perkara itu hanya diberitahu kepada atoknya, Haji Ramli. Itupun lelaki tua itu memintanya agar bertenang. Mana mungkin dia dapat bertenang apabila kemungkinan untuk lelaki psiko itu kembali adalah tinggi.
"Sudahlah. Aku ni semakkan fikiran kau dengan perkara macam ni pulak. Hah, kau dengan Fiqri macam mana?" Ujar Nia sambil cuba untuk menukar topik. Mirsha tersipu-sipu malu. Malam itu, mereka saling bertukar-tukar cerita dengan rancak. Seolah-olah peristiwa hitam itu tidak berlaku.
-----------------------------------------Nia melangkah keluar daripada bilik guru selepas membantu cikgunya menghantar barang ke bilik tersebut. Sebaik sahaja keluar, wajah Aisy menyapa pemandangannya. Aisy tersenyum manis sambil mengangkat tangan tanda menyapa. "Yo, budak."
Nia menggulingkan matanya ke atas. "Assalamualaikum," Dingin saja nada suaranya. Aisy sekadar tersengih. Langsung tidak menyedari nada yang digunakan Nia. Sangkanya Nia sekadar menyindirnya. "Waalaikumusalam, hehehe...lama tak dengar khabar? Apa cerita?" Soal Aisy. Nia malas melayan, terus berlalu pergi dari situ. Lama erk? Entahlah.
Aisy menggaru kepala dan mengangkat kedua belah bahunya. Baru sahaja mahu masuk ke dalam bilik guru itu, seseorang menepuk bahunya dari belakang.
"Eh, cikgu Zain. Ada apa?" Soal Aisy. Cikgu Zain, PK HEM sekolah tersenyum. "Ah, tak adalah. Nak minta tolong sebenarnya alang-alang awak ada kat sini. "
"Boleh sangat. Tolong apa tu cikgu?"
"Dua minggu lagi ada ada perkhemahan. Ingat nak mintak tolong awak dan siapa-siapa kawan-kawan awak yang boleh jadi fasi nanti."
"Beres cikgu. Nak berapa orang eh?"
"Hm...pelajar dalam 40 orang, guru pengiring 5, fasi tu dalam 5-10 orang cukup kot." Ujar Cikgu Zain.
"Boleh cikgu. Nanti saya uruskan." Aisy memberi persetujuan. "Baguslah kalau macam tu. Terima kasih banyak-banyak."
-----------------------------------------------------------
"Huh, menyakitkan hati betul. Boleh dia buat selamba macam tak ada apa-apa yang berlaku? Cubalah minta maaf ke tanda bersalah sikit mainkan akak aku. Ni tak, gaduh dengan akak tapi baik dengan adik. Entah apa-apa entah. Eh, tapi kalau dia minta maaf pun, macamlah aku nak maafkan dia?" Sepanjang perjalanan pulang itu, Nia membebel seorang diri.
"Ah, lantak lah. Perasaan bersalah dia tu sepatutnya ada. Hish...tapi, mesti aku dah boleh baca fikiran dia pasal akak kan masa mula-mula dia jumpa akak. Kenapa dia tak fikir apa-apa eh? Memanglah ada dalam fikiran dia tu macam pernah kenal akak. Tapi, aku tak sangka pula. Paling terkejut bila tahu dia minta maaf padahal masa first meet diorang aku tak terbaca pun pasal minta maaf bagai. Dia cakap akak aku cute je. Alamak....jangan-jangan dia tahu tak? Macam Izrul? Tapi Izrul tak pelik sebab budak tu suka perhati orang. Lagipun beberapa bulan dah aku sekolah sekali dengan dia. Tapi tu pun dia macam bergurau je. Tapi mamat tu kan aku baru jumpa? Takkan...""Kau membebel apa sorang-sorang ni?" Bahu Nia terangkat akibat terkejut. Hampir saja dia melatah kalau dia tidak menekup mulutnya sendiri.
Nia memandang ke sisi dan berdengus geram apabila melihat Haziq. "Kau buat apa kat sini?" Soalnya bengang. Mahu tak bengang, punyalah syok dia bercakap seorang diri ada pula makhluk yang menyergah.
"Sepatutnya kitorang yang tanya sebab ni kelas kitorang,"Sampuk Izrul yang menyandar di muka pintu bersama Rayyan, Fiqri dan Darniel. Ceh, mentang-mentanglah cikgu tak ada. Azira hanya memerhati sahaja. Malas mahu masuk campur.
Nia terkedu. Baru dia menyedari langkah kakinya betul-betul di hadapan kelas mereka. Nasib baik dia tak menghadap kelas itu je. Masa bil entah kakinya brek. Dia sendiri tidak perasan.
"Er...tak ada apa-apalah. K, bye." Nia meneruskan perjalanannya. Mukanya merah menahan malu. "Eh, jap. Kau ni dari mana?" Soal Rayyan. "Dari bilik guru. Hantar barang cikgu. Nak masuk kelas dah lah ni." Selamba Nia berkata sambil terus berjalan. Sedia maklum sangat soalan dan arahan yang berantai itu. Satu pakej. Dari mana, buat apa, pergi masuk kelas terus. Huh!
Kelu lidah Rayyan mendengar sindiran Nia. Sementara itu, Haziq, Fiqri, Izrul dan Darniel ketawa terbahak-bahak. Namun Rayyan keemudiannya sekadar tersenyum simpul dan menggelengkan kepala.
----------------------------------------------------------"Syaf, kamu nak pergi mana pula tu? Ibu tengok Syaf jarang ada kat rumah. Kalau adapun berkurung dalam bilik. Lepas tu lewat malam keluar, pagi-pagi buta baru balik." Tegur seorang ibu Syaf.
"Alah...bu. Syaf ada kerjalah. Syaf pergi dulu eh?" Ujar Syaf sambil menarik tangan ibunya untuk bersalam.
"Tak payah keluar Syaf! Kau berhenti kerja je senang!" Marah ayah Syaf pula. Syaf terkelu. "Tapi kenapa ayah?" Soal Syaf sayu. Sayang meninggalkan kerja yang mendatangkan keuntungan besar kepadanya.
"Bos kau tu sakit! Gila! Yang kau sibuk nak kerja dengan dia lagi tu kenapa? Buatnya dia bunuh kau ke? Rogol kau ke? Kau nak jadi macam tu dulu baru nak dengar cakap kami. Sekarang pun dah pandai keluar lewat malam! Tahu-tahu je dah lesap nak nampak matahari baru kau balik! Dah, berhenti je!" Tengking ayah Syaf. Syaf terkejut dan mengurut dadanya.
Ibu syaf memeluk tubuh gadis itu dan menggosok belakang badan anak perempuannya. "Dengar cakap ayah ye nak. Kami sayangkan kamu," Syaf mengangguk lemah. Ibu Syaf tersenyum dan memegang pipi anaknya. "Dah, ibu nak ke dapur ni. Meh, tolong." Ucapnya.
Syaf mengeluh lemah. "Hm...yelah bu. Syaf nak letak barang dulu." Ujarnya. Dia masuk ke dalam biliknya dan menutup pintu. "Hm...kena bagitahu tuan ni." Ujar Syaf sendirian. Telefon diambil dan didail nombor tuan mudanya.
To be countinued...
Naz_Nazira
15 June 2020
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Mystery / ThrillerCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...