Seawal jam 7:00 pagi lagi mereka sudah memenuhi perkarangan di hadapan sekolah. Suasana agak bising dengan gelagat masing-masing yang rancak berborak dan bergurau senda.
"Hoi! Korang tunggu apa lagi? Pergi kantin angkat kotak-kotak makanan tu. Separuh lagi pergi bilik ko. Ambil khemah yang dah susun hari tu! Gerak lah cepat!" Sergah Aisy. Darniel ternganga. "Eh, couch?" Soalnya hairan begitu juga beberapa ahli bola keranjang yang mengikuti perkhemahan itu.
"Ha..ye. Aku pergi. Tak payah nak terkejut beruk sangatlah. Dah tak ada beza dengan beruk je aku tengok. Kutuk Aisy selamba. Darniel mencebik manakala yang lain ketawa. " Ni dah check kehadiran ke belum?" Soal Aisy.
"Belum abang Aisy!" Sahut seorang yang merupakan ahli bola keranjamg juga. Yelah, yang lain mana kenal. "Tak apalah. Korang pergi angkat barang dulu. Lepas ni baru check. Bagi peluang kat yang tak sampai lagi tu. Tengah berak agaknya." Semua pelajar ketawa mendengar jawapan spontan Aisy.
Kecuali Nia. Maaflah. Kau sakitkan hati kakak aku, rasa macam janggal sangat nak buat baik pun. Mirsha yang menyedari raut wajah Nia itu mencuit bahunya. "Kau dah kenapa?"
Nia sekadar menggeleng. Tak tergamak lagi dia nak burukkan nama orang. Mereka terus mengangkat barang-barang keperluan lain.
Setengah jam kemudian, mereka mula mengambil kehadiran bagi memastikan semua telah sampai. Setelah mendapat taklimat daripada Aisy, mereka menaiki sebuah bas yang disediakan.
Mereka memulakan perjalanan. Nia dan Mirsha berada di hadapan Azira dan Faqiha. Sedang bas bergerak, dia terlintas sesuatu. "Qiha, Azra tak ikut eh?" Soal Nia.
Faqiha menggeleng perlahan. "Tak." Wajah Nia kelihatan sedikit kecewa. "Nia, kenapa?" Soal Faqiha. Nia sekadar tersengih dan menggeleng kepala. Dia mengerling ke arah Haziq yang berada di seberang di sebelah tingkap. Jelas fikirannya sedang melayang entah ke mana.
Mirsha mencuit bahu Nia. "Kenapa wei?" Nia mengeluh perlahan. "Aku ingat, kalau Azra ada bolehlah kita tolong pulihkan hubungan diorang." Bisik Nia kepada Mirsha. Mirsha mengangguk perlahan. Bahu Nia ditepuk.
"Tak apa. Insya Allah diorang akan okey."
"Harap-harap macam tu lah. Aku risau kalau sebab mamat psiko diorang putus. Azra tu dah lah tengah insecure sekarang." Balas Nia.
"Ada jodoh diorang tak ke mana. Dah lah, kau jangan fikir sangat. Aku baru ingat nak enjoy tau." Nia tersengih mendengar rengekan Mirsha.
"Yelah..."
Tanpa disedari, sepasang telinga mendengar dengan teliti perbualan mereka berdua.
Haziq terus termenung entah ke mana manakala Rayyan sudah pun hanyut ke alam mimpi.
Sedang semua sibuk dengan aktiviti masing-masing, Izrul sibuk dengan sebuah buku nota berwarna hitam peninggalan arwah ayahnya.
Satu per satu info di hadam. Dia perlu bersedia. Tempoh sehingga habis SPM bukannya lama. Sekarang ni bulan 3. Dia hanya ada masa dalam 8 bulan lebih sahaja lagi. Mana nak belajar lagi, mana nak handle masalah yang menimpanya.
Azira mengerling Izrul yang berada di sebelah salah seorang pelajar lelaki. Nampak raut serius di wajah itu. Entah apa yang dibaca, menjadi tanda tanya buat Azira.
........................................................................"Macam mana dengan persiapan kita?" Soal tuan muda itu sambil membelakangi pembantunya. Syaf tersenyum nipis. "Segala-galanya dah tersedia tuan. Tinggal mangsa terkana umpan je."
Lelaki itu mengukir senyuman sinis. "Bagus! Macam mana dengan perempuan yang korang culik dulu? "
"Er...dia tak ada tuan." Serentak dengan itu meja ditepuk kuat. "Aku nak mereka berdua! Macam mana aku nak teruskan rancangan aku kalau dapat satu je."
"Tapi tuan, kawan diorang..."
"Ah...hampir terlupa. Dia tak tersenarai. Dia bakal jadi hamba aku."
"Apa maksud tuan?" Soal Syaf. Tuan muda itu ketawa kecil. "Kau tak tahu pasal musuh kau sendiri Syaf? Kau tak pelik kenapa usaha kau dan mamat tu nak culik diorang jadi susah? Semua digagalkan oleh dia?"
"Er...kenapa tuan muda?"
"Budak psikik."
"Hah?!" Syaf terkejut. Tuan mudanya masih ketawa dan menggeleng. Nampak benar orang suruhannya masih naif mengenai itu.
"Dan aku pasti dia tahu apa yang terjadi pada budak tu." Tambahnya lagi.
"Kenapa tuan tak bunuh dia dari awal? Kewujudan dia akan menyusahkan kita."
Tawanya terletus. "Bunuh? Sia-sialah kebolehan dia. Aku ada rancangan khas untuk budak tu. Kau jangan risau. Dia akan jadi hamba paling taat." Wajah Syaf berubah seketika. Dia tertanya-tanya maksud tuan mudanya.
Manakala lelaki yang dipanggil tuan muda itu tersenyum. Permainannya semakin menarik. Bermula denga seorang gadis, dan akhirnya menarik lebih ramai. Keuntungan yang bakal diperoleh itu bermain difikiran.
........................................................................
Seorang lagi lelaki misteri merenung komputer ribanya. Membaca satu email yang baru diterimanya.
Bibir diketap. Permainan yang dimainkan bertambah bahaya. Saat itu barulah dia sedar. Pencetusnya bukanlah sebarangan orang. Dia seseorang yang amat dikenali dan selalu bertindak di sebalik tabir. Dan pemain-pemainnya sekarang bukan terdiri daripada orang-orang biasa. Sama ada si pemangsa memang mensasarkannya atau menjeratnya secara tidak sengaja, dia tidak pasti.
Tapi, entah mengapa hatinya mengatakan ada sesuatu yang bakal terjadi. "Bang, kenapa ni?" Soal adik bongsunya. Dia memandang wajah adik bongsunya itu.
"Minggu lepas ada apa-apa yang pelik berlaku tak?" Soal si abang. "Hm...entahlah. Tak pasti. Lagipun orang busy sikit minggu lepas. Cuba tanya akak. Kenapa bang?" Abangnya menggeleng laju. "Abang ada hal nak settle. Kau nak ikut atau duduk rumah kawan?"
Matanya bersinar-sinar. "Nak ikut!"
"Siapkan barang-barang semua. Ambil baju sekali. Rasanya kita tak balik selagi kes ni tak selesai."
"Eh, tapi..."
"Pergi jelah!" Mendengar arahan tegas si abang, mencicit dia berlari pantas.
Lelaki itu pula segera mencari maklumat mengenai hal yang baru diterimanya. Kalau benar apa yang difikirkan, nyawa Nia berada dalam bahaya. Atau...lebih tepat, fikirannya.
........................................................................
Azra membelek buku. Entah sejak bila dia rajin membaca dia sendiri tidak tahu. Tapi itulah yang dia lakukan setelah peristiwa yang meragut maruahnya itu berlaku.
Entah mengapa, dia terasa seolah-olah berada di dunia yang lain ketika membaca. Hanyutnya sehingga terlupa masalah yang dihadapi. Sampai dia berharap kisahnya seindah novel cinta.
Tapi...takdirnya mengatur sesuatu yang berbeza. Maruahnya sebagai seorang gadis hancur. Lelaki yang diharap akan menemani dan memberi semangat melangkah pergi dari hidupnya. Malah dia hidup dalam ketakutan dikejar bayang yang tak pasti.
Azra buntu. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dia penat untuk berlari. Dia penat untuk berpura-pura kuat. Kehadiran Nia dan Mirsha memanglah sedikit sebanyak membantunya. Cuma, sebagaimana dia tidak mahu menyusahkan Faqiha, begitu juga mereka berdua. Dia tak mahu lagi dipandang simpati. Tapi...pada masa yang sama juga, dia perlukan kekuatan.
To be countinued....
19 June 2020
Naz_Nazira
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Mystery / ThrillerCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...