Mirsha berhenti di tepi jalan. Telefon diambil di dalam poket seluarnya dan lantas mendail nombor abangnya, Azrell.
"Hello, Mirsha? Kenapa ni?" Cikgu Azrell terkejut apabila menangkap esakan adiknya di hujung talian.
"Abang....datang ambik Mirsha. Nanti Sha hantar location."
"Yelah. Tapi adik abang ni okey tak?"
"Mirsha okey. Cuma Mirsha nak minta abang bawak Mirsha ke rumah ibu Dahlia boleh?"
"Ibu Shah? Er...ye lah. Nanti abang bawak."
Selepas talian dimatikan, Mirsha menekup muka dan menghamburkan tangisannya lagi. Hanya dia yang tahu maksud di sebalik tangisan itu. Dia tidak salahkan Fiqri. Lelaki itu pun langsung tidak mengetahui atau mengenali Shah. Malah tidak tahu siapa penderma mata itu pada mulanya.
Dia juga tidak salahkan Puan Dahlia. Itu anaknya. Sebagai seorang ibu, pasti dia lebih tahu apa yang dilakukan.
Cuma....rasa terkilan dan serba salah bercampur baur. Fikirannya keliru.
Patutlah....panahan mata itu bagai mirip sekali. Cumanya, pandangan Fiqri lebih tajam berbanding Shah. Ah, mata itu tidak pernah berhenti menghantuinya. Baik Shah atau Fiqri.
---------------------------------Azrell membawa adiknya pulang. Selepas pertemuan mereka dengan ibu Dahlia, merangkap ibu kepada Shah, Mirsha kembali menjadi seperti dirinya selepas tragedi itu. Sedangkan sejak bertemu Nia di sekolah itu, Mirsha seolah-olah dapat melupakan segalanya.
Tapi, apa yang diketahui hari ini bagai merentap kembali kegembiraan Mirsha. Bukan marah...cuma, entahlah.
Azrell menggeleng perlahan. Dia tidak pasti apa yang ada dalam fikiran adiknya. Tapi dia tahu yang dia perlu buat sesuatu. Tambahan pula mereka hanya ada satu sama lain. Ibu dan ayah mereka sudah lama tiada.
"Mirsha Azreena." Panggil Azrell. Mirsha tersentak. Dia memandang abangnya dan melemparkan senyuman. Jarang abangnya seorang itu memanggilnya dengan nama penuh.
"Ya abangku, Mikail Azrell."
"Adik fikir apa lagi?" Soalnya lembut. Mirsha mengangkat bahu. "Entahlah bang. Rasa macam.... tiba-tiba."
"Ada apa-apa yang adik sorok daripada abang ke?" Soal Azrell. Mirsha tersenyum. Mana mungkin dia merahsiakan apa-apa daripada Azrell. Azrell satu-satunya tempat bergantung yang dia ada. Kedegilan dia pada tahun lepas juga membawa padah. Lalu untuk apa lagi dia berahsia dengan Azrell.
"Adik tak tahulah macam mana nak cakap. Tapi....abang,"
"Ya?"
"Macam mana nak tahu kalau kita betul-betul suka orang tu dan kita suka dia tu tak ada kaitan pun dengan orang yang kita suka dulu."
Azrell mengangkat kening. "Soalan apa ni dik? Awat complicated sangat. Mudahkan tak boleh ke?" Soal Azrell. Mirsha memuncung mulut. "Abang ni... Betul-betullah." Rajuknya.
Azrell ketawa kecil. "Cuba adik bagitahu abang. Apa masalah sekarang ni."
"Adik...."
.................................................
Puan Dahlia tersenyum melihat gambar keluarganya ketika anak lelaki tunggalnya masih ada. Jelas terpacar keceriaan di muka masing-masing.
Kini, Sharul Darwish sudah tiada. Yang ada hanyalah Rizz Fiqri sebagai pengubat rindu. Wajah mereka mirip sekali. Puan Dahlia tidak pernah terfikir untuk mendermakan mata anak lelakinya yang nazak kepada Fiqri hanya disebabkan wajah yang sama. Malah dia langsung tidak mengetahui mereka mempunyai wajah yang hampir mirip.
Hanya tuhan saja tahu betapa terkejutnya dia ketika melihat wajah penerima mata anaknya. Tapi Puan Dahlia sedar, dia tidak mungkin mampu menganggap remaja itu sebagai pengganti anaknya.
Shahrul Darwish adalah Shahrul Darwish. Dan Rizz Fiqri adalah Rizz Fiqri. Mungkin mereka berkongsi wajah yang hampir sama. Tapi sikap mereka jauh berbeza.
Shah lebih suka memendam perasaan. Perwatakannya juga agak sopan. Mungkin kerana hidupnya dikelilingi perempuan. Tapi itu tidak menjadikan dia lembut, malah lebih bertanggungjawab dan berdikari. Shah lebih suka bertindak sendiri daripada menyusahkan orang lain.
Tapi bukan Fiqri. Remaja itu agak periang, nakal dan suka mengusik. Dalam masa yang sama lebih tegas dengan pendiriannya. Apabila dia tidak setuju, mulutnya laju membantah dan menyuarakan pendapat.
Walaubagaimanapun, Puan Dahlia tidak pernah membandingkan mereka. Malah Fiqri dianggap sebagai anaknya sendiri. Bukan sebagai pengganti, tapi cukuplah sebagai pengubat rindunya.
Dia teringat soalan Mirsha. Soalan yang sama ditanya oleh Fiqri. Itulah soalannya. Adakah dia menganggap Fiqri sebagai Shah. Perbezaan sikap mereka jelas menunjukkannya. Puan Dahlia tidak perlu menerangkan jawapannya. Tapi dia yakin mereka akan menemui apa yang di cari.
Wajah Shah diusap perlahan. Kadang-kadang, perasaan yang hadir itu hanyalah satu persinggahan bukan?
"Ibu harap Shah tenang di sana. Insya Allah, kesayangan Shah akan jumpa takdirnya." Bisiknya perlahan.
Kenangan dulu bermain di minda.
"Mirsha dengan Nia dah balik, Shah?" Soal Puan Dahlia.
"Dah ibu. Abang Mirsha datang ambik diorang tadi." Ujar Shah sambil melabuhkan punggung di sebelah ibunya. Kepala disandar pada bahu Puan Dahlia.
"Ni murung je ni kenapa?" Puan Dahlia hairan melihat anaknya yang kelihatan tidak bersemangat padahal baru tadi kelihatan ceria mengulangkaji bersama dua rakan baiknya. Riuh hingga ke dapur suara mereka bergurau senda.
"Cikgu Azrell kata dia nak pindah." Ujarnya mendatar. "Oh, jadi?" Dia tahu Cikgu Azrell ialah abang kepada Mirsha.
"Kalau Cikgu Azrell pindah maknanya Mirsha pun pindah juga," Berkerut dahi Puan Dahlia.
"Lah biarlah. Apa masalahnya?" Wajah Shah cemberut. "Tak best lah bu. Shah nak kawan dengan siapa?"
"Nia bukan kawan Shah?" Shah mengeluh lemah. "Kawan jugak..."
"Ha.... Dah tu," Shah terdiam. Dia menggeleklng dan menumpukan perhatian pada televisyen. Cerita apa pun dia tak tahu.
"Ke..ada seseuatu ni??" Usik Puan Dahlia kepada anak lelakinya. Wajah Shah kemerahan. "Ish, ibu ni. Tak adalah...Shah dengan Mirsha kawan je?"
"Bila pula ibu kata korang bercinta?" Perangkap Pyan Dahlia. "Er..er.. Bukan...gaya ibu macam nak kata macam tu," Shah cuba menegakkan benang yang basah.
"Dah tu kenapa gagap?"
"Er...er.....er.....ala....ibu ni..." Shah mencebik. Puan Dahlia ketawa melihat gelagat anaknya yang sedang bermanja itu. Kepala digeleng perlahan. Haih....anak.
"Tak salah kalau Shah suka dia. Kalau ada jodoh tak ke mana Shah. Lari lah ke ceruk mana pun. Andai dia takdir kamu, dia tetap jadi milik Shah. Tapi....kalau bukan, apa pun Shah buat, Shah tetap tak bersama dia," Pesan Puan Dahlia. Shah memeluk tubuh ibunya.
Dia berbisik. "Shah tahu...cukuplah dia jadi kebahagian sementara Shah buat masa ni. Lagipun...ibu kan ada. Ibu tetap jadi ibu Shah walau apapun terjadi kan?"
Puan Dahlia ketawa. "Iyelah anak oi..." Shah ketawa. Tubuh ibunya dipeluk semakin erat. "Kalau Shah tak ada ibu jaga diri baik-baik tau. Jangan sedih-sedih. Shah doakan supaya Allah hadirkan seseorang ganti tempat Shah untuk jaga ibu dan sayang ibu macam mana Shah sayangkan ibu malah lebih baik lagi. Supaya ibu tak samakan kitirang. Tak adalah ibu makin sedih nanti."
Puan Dahlia menepuk kuat paha anaknya. "Ish budak ni. Apa cakap macam tu? Ibu lepuk kang," Shah ketawa. Puan Dahlia menggeleng. Apa sahajalah anaknya merepek.
Puan Dahlia mengelap air mata. "Shah, Dia dah makbulkan doa Shah dengan kehadiran Fiqri. Tenanglah. Ibu yakin kebahagiaan sementara Shah akan temui kebahagiannya yang sebenar."
To be countinued...
Naz_Nazira
5 June 2020
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Mystery / ThrillerCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...