Kringgg!!!
"Hish, bisingla..."Kepalanya segera ditekup dengan bantal.Namun ketenangan yang diharapkan tidak lama apabila seorang gadis menjenguk biliknya.
"Bertuah punya adik!Nur Nia Aqisha! Bangun!!!"Jeritan itu bejaya membangunkan Nia. "Apa bising bising ni kak... "Rengeknya dalam keadaan mamai. "Tengok jam pukul berapa sekarang."Arah si kakak.
Jam dicapai. "Ala...baru pukul...What?!! Nia dah lambat!!"Jerit Nia. Kakaknya menggeleng kepala. Dia meninggalkan adiknya yang sedang kalut itu.
o==[]::::::::::::::::>
Azira membaca buku sementara menuggu rakan rakannya. Sesekali dia mengerling jam di tangannya. Lantas dia mencebik. " Budak-budak ni lah kan, memang nak kena dengan aku," Bisiknya geram.Dia mula mengira di dalam hati.
'Lima'
'Empat'
'Tiga'
'Dua'
'Satu'
"Azira!"Jerit sekumpulan pelajar. Azira mendengus perlahan. "Awal korang sampai, kenapa tak datang tahun depan?" Sindir Azira.
Mereka berempat tersengih sengih.
"Sorry la princess,tak sengaja" Jawab Rayyan, mewakili rakan rakannya. Yang lain turut mengangguk.Azira membuat roll eyes."Tak sengaja kepala otak kau. Dah berkali macam ni. Tu jelah alasan korang bagi. Cuba bagi alasan lain pula. Aku rasa alasan tak sengaja korang tu dah basi tau. Dah naik muak aku dengar." Bebel Azira.
"Yelah...nanti kitorang cari alasan lain. Baru kau tak muak dengar" Balas
Fiqri selamba. Azira menjeling tajam.
"Patutnya perangai korang tu yang berubah. Bukan alasan" Bengang Azira dibuatnya. "Okey, okey ni last kitorang lambat" Kata Haziq pula. Dengan harapan Azira berhenti membebel. Sayang sekali, harapan hanya tinggal harapan."Last, last, last. Tak habis habis. Bila nak last yang betul betulnya. Tiap tiap hari asyik aku tunggu korang. Ingat aku ni apa?"
"Ok, ni betul betul last, aku janji" Kata Darniel. "Kalau jadi lagi?" Soal Azira. Lama keempat empat jejaka itu berpandangan sebelum Rayyan berkata"Kitorang akan tunaikan empat permintaan kau. Setiap sorang daripada kitorang akan tunaikan satu permintaan kau. Amacam?"
Azira berfikir seketika. "Ok deal" Balasnya. Tiga jejaka lagi menelan air liur. Rayyan dijeling tajam. Namun dia hanya tersengih. Kisah apa? Asalkan putri sorang ni tak merajuk sudah.
"By the way, aku ada something nak bagitahu korang ni," Ujar Azira. Tiba tiba dia dilanggar seseorang. Ya, tahu klise. Tapi orang tu bukanlah lelaki. Nasib baik.
"Er...sorry, tak sengaja." Gadis yang tadinya berlari berhenti apabila terasa terlanggar seseorang."Tak apa. Sikit je ni." Kata Azira. Lagipun bukannya dia terjatuh. Cuma fail ditangannya sahaja terlepas.
"Kau betul ok Zira" Soal Haziq. Azira mengangguk. "Sorry sangat sangat"Ucap gadis itu lagi sambil menundukkan kepala. "Betul. Tak ada apa apalah. "Azira menenangkannya. "Baguslah macam tu.Oh ya, nama saya Nik Intan Faqiha. Panggil Qiha je." Gadis itu sempat memperkenalkan diri.
" Nur Nasya Azira. Just call me Azira. Ni pula Rayyan Rafiq, Rizz Fiqri, Irshad Darniel dan Haziq Hazmi."
"Oh, hai. Sorry again" Ucap Faqiha. "No worries. Alah terlanggar je kot"Balas Azira "Oh ya kenapa awak lari? "Soal Azira.
"Itu... Saya sebenarnya dah lewat.. Ya Allah, aku dah lewat! Pergi dulu. Borak nanti ya, bye" Faqiha kembali berlari. Azira menggeleng kepala.
"Kalut," Komen Fiqri. Azira hanya tersenyum. "Hah, apa yang kau nak bagitahu tadi? "Soal Darniel.
"Macam ni...nanti,"
"Azira!!!" Tercengang yang lain dibuatnya. "Izrul Faiq." Tutur Azira perlahan. Namun masih dapat didengari keempat empat mereka. Pelajar lelaki yang tidak dikenali oleh Rayyan, Daniel, Fiqri dan Haziq itu mendekati. "Well, we meet again sweetie. "Ujar lelaki yang dipanggil Izrul Faiq itu.
Wajah Azira kelihatan serius. Tahan diri je daripada menyepak orang dihadapannya kini. "So what? "Soal Azira. Izrul ketawa sinis.
"Uuu... garang. Takutnya..." Provok lelaki itu lagi. Sengaja. Kemudian dia tergelak-gelak nakal lantas menggosok kepala Azira.
"Nothing. Saja. Bye sayang. Balik nanti tunggu abang tau. "Katanya sambil berlalu pergi.
"Mamat sewel. "Gumam Azira. "Wei, siapa tu? "Soal Daniel. "Abaikan jelah! Tengok muka dia terus hilang mood aku nak story. " Marah Azira. "Marah kat orang lain kita yang kena." Bisik Darniel. Yang lain hanya mengangguk kepala setuju. Nasibvbaik minah tu tak dengar.
▄︻̷̿┻̿═━一
"Miss Mirsha Azrina. Are you ready?"
Mirsha memandang kosong ke arah abangnya. "What's wrong my dear? Anything disturbing you?" Soal abangnya penuh prihatin."Are you sure I'll be fine? " Tanya Mirsha. "Everythings gonna be okay. Trust me dear." Ujarnya. "Now here we go. Welcome to this school sayang" Mirsha memandang ke luar kereta. Ya. Dia sudah sampai.
o==[]::::::::::::::::>
"Azra!"Azra mengangkat kening memandang insan yang baru tiba di kelas itu.Gadis itu mengambil tempat di sebelah Azra. "Baru sampai ke sayang oi... "Usik Azra. Faqiha menjeling tajam. Azra membuat muka tak tahu. Wajah cemberut Faqiha dipandang sinis."Sorry." Ucap Faqiha. Azra mengangkat bahu. "Alah... Sorrylah sayang... " Rayu Faqiha sambil memegang tangan rakannya. "Yelah, yelah. Dah lepas. Tak pasal pasal orang ingat kita ni les pula. "
Faqiha mengerut dahi sambil menyoal "Les?"
"Lesbian"Bulat mata Faqiha mendengar kata kata yang keluar dari mulut Azra. Pantas tangannya memukul Azra. "Sakitlah woi." Adu Azra. "Padan muka." Balas Faqiha selamba.
"Azra."Tegur seorang jejaka.Azra tersenyum manis. "Hai Farish. "
"Er, Azra. You free tak petang ni?" Soal Farish. "Free. Kenapa? " Soal Azra. "I nak ajak you keluar tengok wayang"
"I on je. Pukul berapa? "Tanya Azra. "Pukul 3.30 petang. I ambil you ye. " Ujar Farish.
"Tak apa lah sayang. Biar I pergi sendiri. Nanti my dad tak bagi keluar pula kalau you datang jemput I" Azra menolak lembut. Faqiha menahan diri daripada membuat aksi muntah hijau.Loya melihat dua manusia di depannya ketika itu. "Okey then. See you soon my love. Love you. "Azra tergelak manja. "Love you too" Ungkap Azra.
Farish berlalu pergi. Azra menyedari renungan tajam Faqiha itu mengangkat kening"What?"Soal Azra selamba. Tiba tiba kehadiran seorang junior lelaki mengganggu mereka.
"Kak Azra, Abang Fizi bagi."Azra menyambut sekuntum bunga ros dan coklat itu dengan senyuman. "Oh,Thanks. Anyway, apa nama awak?"Soal Azra manja. "Na.. Nama saya Aryan. "
"Tingkatan? "Soal Azra lagi.
"3 Zamrud "
"Okey.Bye hensem"Ujar Azra sambil mengenyit mata."Er... Bye"Tergesa gesa pelajar bernama Aryan itu pergi. "Gatal. Junior pun kau nak sapu."Azra cuma ketawa. Ah... Bunga dari Fizi huh?
Sayang sekali. Fizi patut tahu Azra bukanlah seorang yang setia. Dialah Azra Zulaikha.
o==[]::::::::::::::::>
Permainan baru bermula. Tapi, siapakah dalangnya?
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Mystery / ThrillerCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...