"Shah!" Mirsha menjerit sekuat hati apabila susuk tubuh itu kian mendekat. Mukanya ditekup.
Tiba-tiba kedengaran bunyi tubuh rebah di hadapannya. Perlahan-lahan dia mengintai dari celahan jari. Tubuh yang berpakaian serba hitam itu sudah jatuh meniarap di hadapannya.
"Shah!" Jerit Mirsha melihat kelibat rakannya. Wajah yang kelihatan penat itu tersenyum manis kepadanya. "Mirsha," Panggilnya lemah dan penuh kelegaan.
Mirsha segera bangun dan memeluk tubuh Shah. Tangisannya dihamburkan. Sungguh dia ketakutan dengan situasi sebentar tadi. Tubuhnya menggeletar halus.
"Shh...Sha, kita kena pergi dari sini cepat." Ujar Shah. Lengan gadis itu ditarik keluar dari bangunan kosong itu. Mereka berdua pantas menuruni tangga.
"Shah! Mirsha!" Panggilan seorang gadis mengejutkan mereka. Gadis itu baru sahaja menjatuhkan seorang lelaki.
"Nia," panggil mereka. Pantas langkah diatur ke arah Nia.
Nia dan Mirsha lantas berpelukan erat. "Nasib baik kau tak apa-apa," Getus Nia.
"Nia, aku minta maaf. Ka-"
"Tak apa Mirsha. Aku faham."
"Sorry to disturb you guys. Tapi kita kena pergi cepat sebelum dia bangun," Ujar Shah serius. Lengan Mirsha kembali ditarik. Nia terkedu.
Apabila dia tersedar dan ingin mengikuti mereka, lehernya dipaut kasar. "Argh!"
Shah dan Mirsha yang baru ingin melangkah keluar daripada bangunan itu terkejut dan berpaling ke belakang.
"Nia!" Tempik Mirsha.
Shah turut terkejut. "Jangan harap korang akan terlepas!" Ujar lelaki misteri itu. Pisau diletakkan di leher Nia.
Nia mengenggam erat lengan itu. Pisau itu mula menghiris sedikit lehernya. Nia mendesis.
Wajah Mirsha sudah pucat manakala Shah pula tegang.
"Bagi balik perempuan tu!"
"Jangan harap! Shah! Mirsha! Lari cepat!" Jerit Nia. Akibatnya, pautan pada lehernya bertambah kuat. Mirsha menjerit cemas apabila melihat Nia mula tercungap-cungap mengambil nafas.
"Mirsha, kau kena pergi!" Arah Shah. Mirsha terkedu. "Ta-Tapi..."
" Aku kata pergi!" Tengking Shah. Mirsha terkejut. "Woi! Aku nak perempuan tu lah!" lelaki itu menjerit geram. Shah menarik tubuh Mirsha perlahan ke arahnya. "Listen, abang kau tengah tunggu kau. Kau kena pergi dulu. Biar aku selamatkan Nia. Aku janji aku akan selamat," Bisik Shah.
"Tapi,"
"Go." Melihat wajah tegas Shah, Mirsha mengangguk. Dia segera melangkah laju keluar bangunan.
"Hoi! Kau nak pergi mana?! Datang balik!"
Mirsha tidak mempedulikannya. Dia segera berlari. Luar bangunan dua tingkat itu penuh dengan semak samun dan agak tersorok daripada pandangan orang ramai.
Dia terus berlari sehingga tiba di persimpangan jalan. Saat itu jugalah dia ternampak kereta abangnya bersama beberapa buah kereta polis. Dia segera melambai.
Sebaik sahaja kereta itu mendekatinya dan berhenti, abangnya terus keluar daripada kerata dan meluru ke arahnya.
"Ya Allah! Mirsha!" Tubuh itu didakap erat. Kereta polis juga diberhentikan di belakang kereta abangnya.
YOU ARE READING
My Mission: This Is A Game (Completed+ Editing)
Mystery / ThrillerCover by: whitepericolo29 My missions... Dia memulakan misi pertamanya. Tapi, siapa dia? Misi apa yang dia jalankan? Peristiwa setahun lalu nyata memberi kesan terhadap beberapa orang diantara mereka. Azira, dibenci oleh ramai pelajar teru...