Chapter 1

19.2K 499 16
                                    

"Aku nak kau perhatikan setiap gerak geri perempuan tu. Jangan terlepas pandang. Kalau aku tau korang terlepas pandang..kepala korang aku penggal. Ingat tu. Buat masa ni kerja korang hanya perhatikan dia pastikan dia tak perasan kehadiran korang." Arah lelaki itu kepada 2 orang anak buah nya.

"B-baik bos!"

"Tunggu nasib kau Ariesha Zaskia binti Muhammad Arshad! HAHAHAHAHAHA! Bapak kau masih berhutang dengan aku dan aku takkan lepaskan semudah tu!" bergema suara jerkahan dan tawa sinis lelaki tua itu.

---••♡••---

Semenjak dua hari yang lalu, Ariesha Zaskia sering berasa terganggu dengan sesuatu. Sesuatu yang membuatkan hati nya gusar dan gelisah seperti ada perkara buruk bakal berlaku dalam hidup nya. Namun dia mengabaikan perasaan tersebut.

Tanpa dia sedar ada seseorang yang memerhati setiap gerak geri nya.

Petang itu, Ariesha mengajak kawan baik nya, Riena untuk teman dia ke mall. Riena merupakan satu-satu nya sahabat baik Ariesha sejak bangku sekolah lagi. Satu sekolah satu kelas satu universiti dan sekarang satu rumah dengannya tapi tulah tak satu tempat kerja jadi masa untuk diaorang meluangkan masa berjalan bersama itu agak susah atas faktor masing masing busy kerja. Hai maklumlah Ariesha bekerja dibawah syarikat terkenal di Malaysia iaitu RA Holdings manakala Riena pula bekerja di syarikat milik papa nya sendiri.

RA Holdings adalah syarikat yang membekalkan barangan-barangan kering dan mentah dan barang basah seperti barangan dapur, barangan masak like sayur,ikan dan banyak lagi jenis pemasaran. Kemudian akan dipasarkan ke supermarket besar. RA Holdings mempunyai banyak cawangan pemasaran. Syarikat besar dan terkenal kan of course lah banyak jenama pasaran yang terkemuka dalam syarikat RA ni. RA Holdings ni bukan sahaja terdapat di Malaysia malah di Itali, London, US, Korea dan juga Vietnam.

---••♡••---

Petang itu mereka ralit berjalan di mall. Kemudian mereka singgah minum di Starbucks yang terdapat didalam mall itu.

"Weh..ermm aku nak bagitau kau something ni." Kata Ariesha sambil mata nya meliar sekeliling takut-takut ada yang curi dengar. Cehh..padahal hanya dia dan Riena sahaja serta beberapa org pelanggan yang lain di Starbucks itu.

"Ape dia tu? Macam serious je kau ni" respon Riena.

Ariesha mengeluh berat. Beberapa saat dia mula berbisik dekat kepada Riena yang sedia menadah telinga. "Actually semenjak dua menjak ni..aku rasa something wrong dho".

"Something wrong? Maksud kau?"

"Yea something wrong" keluh ariesha. "Ish Ariesha straight to the point aje lah. Jangan buat aku suspen bolehh? Haih"

"Yee. Semenjak dua ni aku asyik rasa mcm aku tengah diperhatikan. I don't know what it is. Aku cuba ketepikan perasaan tu tapii setiap kali aku keluar pergi mana-mana. Perasaan tu akan muncul." Adu Ariesha. Keluhan berat dilepaskan.

"Ermm kau tak cuba siasat?".

"Itulaa pasall..tapi aku taktau macam mana hm"

Jari telunjuk Riena letakkan didagu nya seolah sedang memikirkan sesuatu.

"Aku tolong kau." Riena berbisik pada Ariesha.

Berkerut dahi nya mendengar kata2 kawan baik nya itu. "Tolong aku? But how?"

"Kalau free nanti kita keluar sama-sama and yea kita akan cari lah apa yang tak kena."

"Ish tak payah lah. Takpe jangan risau, aku jaga diri aku baik-baik. Aku akan lebih berhati-hati. Dah takpe tak perlu tolong aku okey?" Balas Ariesha. Cukup lah dia sudah banyak menyusahkan Riena selama ini. Kali ini dia takkan biarkan Riena turut berada dalam sebarang perkara tidak baik.

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now