Chapter 28

6.1K 215 5
                                    

"Erm Tuan Muda nak makan dekat mana ni? Jangan jauh-jauh ek. Saya banyak kerja lagi dekat office." Pesan Ariesha. Namun pesanannya dibiar sepi. Dia mengeluh kecil. Matanya menoleh ke arah luar tingkap. Pandangan kosong dilemparkan. Tiba-tiba teringat akan kedua arwah ibu dan ayahnya.

Dari haritu lagi dia rancang ingin pulang menjenguk kubur arwah ibu dan ayahnya namun hampa. Tak ada rezeki untuk pulang. Dia terlalu sibuk menguruskan perihal kerja.

"Kau mengeluh kenapa?" Ruangan kereta yang sepi berteman kan bunyi lagu dimainkan oleh dj radio tadi kini dipenuhi dengan suara lelaki itu.

"Err takde ape." Ariesha tersenyum kelat. Dia hendak meminta izin untuk cuti sebentar. Untuk pulang ke Pahang dan menziarahi kubur kedua syurganya. Tetapi dia takut jika Tuan Muda nya itu tidak benarkan dia untuk mengambil cuti.

Rayden kembali fokus memandu. Malas dia mahu memaksa gadis itu untuk bercakap.

Restaurant Seafood menjadi pilihan mereka berdua untuk turun lunch.

Kaki masing-masing membuka langkah masuk ke dalam restoran. Hari kerja pun boleh tahan ramai juga yang datang.

Mereka berdua mencari tempat kosong. Mata Rayden tertancap pada satu meja yang masih tidak berpenghuni. Sedikit tersorok dari kedudukan meja yang lain.

"Sana jom." Ajak Rayden. Tangannya menarik tangan kanan Ariesha. Terbuntang mata Ariesha melihat tindakan spontan lelaki yang bergelar Tuan Muda nya itu.

Tangan direntap kasar.

"Er sorry sorry. Tak sengaja." Ujar Rayden kekok. Sia-sia dia dapat jelingan tajam dari gadis itu. Tajam tapi cukup membuatkan jantungnya berdegup laju saat menatap anak mata hazel gadis itu. Cukup menenangkan.

Mereka duduk dan membuat pesanan kepada waiter.

Hampir 10 minit juga masing-masing diam membisu. Hanya terdengar keriuhan dari pelanggan yang lain. Sedikit sesak suasana didalam restoran tersebut.

"Tuan Muda, s-saya nak cakap sikit boleh?" Pinta Ariesha. Mungkin dia patut mencuba untuk bertanya. Belum cuba belum tahu.

"Hm?" Rayden yang fokus menatap phone tadi kini mengfokuskan matanya menatap setiap inci wajah Ariesha. Kening diangkat tanda menyoal apa yang gadis itu mahu katakan. Ditunggu setiap bait kata yang keluar dari mulut Ariesha.

Ariesha yang perasan wajahnya ditenung bagai nak tembus itu terus berdehem. Wajahnya mula berona merah.

Rayden sedar wajah Ariesha sudah bertukar warna bak cherry. Terus sahaja dia memandang handphone nya kembali. Kasihan pula Ariesha yang sudah bertukar cherry akibat pandangannya.

"Saya nak mintak cuti boleh?" Ariesha menyoal.

Lantas Rayden memandang wajah Ariesha. Berkerut dahinya. Cuti kenapa pulak? Gadis itu sakit ke? Tak sihat? Demam?

"For what?" Soalan dibalas soalan.

"Saya nak balik Pahang."

"Ada ape dekat sana sampai nak kena mintak cuti?" Rayden menyoal lagi. Kalini suara lelaki itu lebih dingin. Ariesha mula takut untuk berkata lebih.

Ariesha hanya menggelengkan kepala nya. Tak mengapalah. Dengar nada suara Tuan Muda nya itu sudah pasti dia memang tidak akan mendapat keizinan untuk mengambil cuti walaupun hanya 2 atau 3 hari. Tiada rezeki lagi kali ini. Mungkin lain kali saja lah dia pulang ke Pahang.

Rasa nak menangis apabila mengenangkan pusara ayah dan ibu nya yang sudah lama dia tidak kunjung. Rindu sudah menebal dalam hatinya. Tak sanggup lagi dia nak tampung kerinduan terhadap syurganya. Terkadang dia berasa seperti hendak mengikut ibu dan ayahnya yang sudah berada jauh disana. Tempat yang lebih indah dari apapun yang didunia ini miliki. Sangat jauh sehingga mereka tidak dapat pulang menatap wajah anak gadis mereka yang kini sudah berganjak usia 24 tahun.

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now