Hari ini merupakan hari terakhir mereka berada di resort. Dan ia juga merupakan hari terakhir mereka untuk melakukan sebarang aktiviti.
Namun disebabkan hari ini adalah hari yang terakhir jadi mereka tidak melalukan aktiviti lasak malah mereka hanya mengadakan bbq. Itu pun pada waktu malam nanti.
"Kila, barang untuk bbq dah ada?"
"Ha dah siap semua. Complete. Tinggal nak buat jela nanti."
"Okay lah kalau macam tu aku masuk bilik mandi and then rehat dulu. Kau pun rehat lah. Malam nanti nak keluar ke pantai pulak." Kata Ariesha sebelum dia meminta diri untuk masuk ke bilik. Berbaki tiga jam lagi. Jadi sempat lah untuk dia merehatkan diri terlebih dahulu.
Syakila juga turut ikut berlalu masuk ke bilik nya sendiri. Masing-masing kepenatan jadi lebih baik rehatkan badan dahulu sebelum bbq bermula jam 9 malam nanti.
---••♡••---
Rayden duduk di birai katil sambil mengeringkan rambutnya yang basah. Baru selesai mandi. Di gapai phone di atas meja sebelah katil. Jam 8:30 malam.
Cepat-cepat dia bersiap. Rayden hanya mengenakan hoodie berserta jeans biru. Takkan nak pakai T-shirt pula. Tahu-tahu jelah angin di pantai sejuk. Lagi-lagi pada malam hari.
Dia kemudian keluar dari bilik. Pintu dikunci. Kaki mula mengorak langkah keluar dari chalet resort. Setapak demi setapak kaki nya menuju ke arah pantai. Sesekali di pandang ke atas melihat bintang-bintang yang cantik bekerdipan. Suasana yang cukup nyaman dan sejuk.
Angin sepoi-sepoi meniup lembut rambutnya yang tidak memakai sebarang gel. Hanya dibiar ditiup angin malam.
Dari jauh sudah kelihatan staff-staff lelakinya sibuk menyediakan bahan. Encik Muzaffar dan Encik Azhar turut sama menyibukkan diri. Masing-masing kehulur kehilir menyiapkan apa yang patut sebelum bermula aktiviti bbq mereka nanti. Jam di tangan dipandang sekilas. 10 minit lagi.
"Eh Tuan Muda. Awal keluar?" Encik Azhar menyapa Rayden. Sempat menunduk hormat kepada Tuan Muda mereka itu.
"Awal 10 minit. Ni ade nak aku tolong apa-apa lagi tak? Semua dah siap?" Soal Rayden kembali.
"Takpe Tuan Muda. Sikit je lagi ni. Bahan semua kami dah siap settle. Tuan Muda tolong tengok aje haha." Jawab Encik Muzaffar. Rayden yang mendengar hanya mengangguk.
10:00 malam. Sejam berlalu. Masing-masing sedang seronok menjamu bbq. Ada yang sakan bergelak tawa. Ada yang bergaduh merebut makanan. Banyak kerenah. Biar lah. Lagipun itu malam terakhir mereka di Resort Mawar Sentosa. Malam terakhir untuk mereka merehatkan minda sebelum kembali masuk bekerja dan menyibukkan diri masing-masing.
YOU ARE READING
Pujaan Hati Jejaka Mafia
Romance𝕶𝖆𝖗𝖞𝖆 𝖕𝖊𝖗𝖙𝖆𝖒𝖆 RAYDEN ARRAYAN Seorang jejaka tampan yang cukup digeruni banyak pihak. Dingin bak ais beku. Pertemuannya dengan gadis cantik bak bidadari telah menambat hatinya yang sekeras batu. Kehilangan buat sementara namun bertemu se...