Chapter 69

7K 221 3
                                    

•double chapter sempena
Hari Raya!•

Kesesakan lalu lintas itu hanya dipandang sepi oleh Rayden. Cermin mata hitam elok tersarung.

"Wahh! Anyeonghaseyo yeorobun!" suara Qash membuatkan pandangan Rayden beralih kepadanya.

"Ini tempat orang. Behave sikit boleh?" mata helang Rayden menikam tajam anak mata Qash.

"Chill bro. Kita datang sini nak bercuti kan." kata Qash. Mata tak henti melilau sekeliling. Lebih tepat memandang ke arah perempuan-perempuan korea.

"Kita bukan nak bercuti. Kalau aku nak bercuti aku takkan bawa kau sekali." nafi Rayden.

"Menyemak." ujar Rayden sekali lagi. Qash langsung tak ambil peduli kata-kata Rayden. Malah sibuk dengan dunia sendiri.

"Aaaa yeppudaa!" jeritnya teruja saat melihat perempuan-perempuan tersebut.

Rayden hanya mengabaikan saja kelakuan tak semenggah sepupunya itu. Kalau diikutkan nak aje dia humban Qash keluar dari kapal terbang.

"Pergi hotel dulu jom. Lepastu kita pergi makan." ujar Qash. Rayden tanpa aba-aba terus menarik beg bagasi nya. Mujur hotel sudah ditempah siap sebelum mereka mulakan penerbangan.

"Anyeonghaseyo Young Master!" sesampai saja di hotel bertaraf 5 bintang, para pekerja disitu menunduk hormat pada Rayden. Siapa tak kenal jejaka ini? Pengurus besar hotel tersebut. Bukan hanya memiliki syarikat pengeluaran bahan mentah, malah memilik 3 buah hotel bertaraf tinggi di Korea. Dan Ray's Hotel antara salah satunya. Daebakk!

"Lah mana aci tunduk dekat dia aje." cebik Qash apabila dia tak mendapat tundukan hormat dari para pekerja disitu.

Serentak para pekerja disitu menunduk hormat pada Qash. Apa lagi? Tersengih sumbing si Qash.

Dengan langkah segera mereka berdua naik ke bilik.

Qash hanya membuntuti langkah Rayden.

"Kau nak ape?" Rayden memusingkan kepalanya.

"Masuk bilik lah." katanya sambil menunding jari telunjuknya ke hadapan.

"Huh seriously, stupido?" Rayden tersengih sinis. Yuckk! Memang tak lah dia nak sebilik dengan mamat sengal ni. Mohon enyah kau jauh jauh!

"Ray..serious lah kau ni bro, kita sekarang dekat tingkat 20 tau? Kau nak suruh aku turun balik ambil room card? Kejam nya kamu! Kau tau tak penatnya aku..tahu? Tak..kau tak tahu bro..sampai ha-"

Tanpa menghiraukan Qash yang tertunduk sedih itu, dia terus menerobos masuk ke dalam bilik lalu pintu dikunci dari dalam. Sakit kepalanya kalau melayan drama kering sepupunya.

"Bodoh punya manusia." leter Qash sambil kaki membuka langkah untuk turun semula ke tingkat paling bawah. Nasib baik ada lift, kalau tidak, mahu patah riuk tulang kakinya.

___••♡••___

Keesokkan hari..

Kaki kecil itu berlari ke arah umi nya. Tak pernah sekali pun Ariesha meninggalkan anak kembarnya di rumah. Dia sering membawa Raiyan dan Raina bersama. Lagipun anak kembar itu tidak nakal, malah mereka mudah dijaga dan diurus.

"Umi umi, Raiyan nak main dekat pantai dengan unnie Serra boleh?"

"Boleh, sayang. Tapi jangan main jauh-jauh." pesan Ariesha sambil mengusap rambut anaknya yang jelas berwarna perang. Genetik babah nya.

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now