Chapter 10

8.3K 326 8
                                    

Seminggu berlalu. Selama seminggu itu juga dia tinggal di mansion mewah Tuan Muda Rayden itu. Selama Ariesha berada di mansion Rayden dia hanya rapat dengan Mak Rinah dan Ira iaitu pembantu rumah kedua Tuan Muda Rayden. Mak Rinah sangat baik dan melayan Ariesha seperti anaknya sendiri. Hari ini adalah hari dimana dia sudah sembuh sepenuhnya dan dia juga dibenarkan untuk pulang ke rumah sewa dan mula bekerja seperti biasa.

Akibat kemalasan Ariesha untuk drive jadi dia meminta Riena untuk menghantarnya. Lagi pun hari ini Riena cuti jadi tiada hal lah untuk dia menghantar Ariesha.

"Beb kau bila nak explain dekat aku yang jadi sebenarnya? Aku tunggu dari semalam lagi tau tak. Sudah lah balik mengejut. Tak inform apa-apa langsung ek." Riena mencebik. Mana tidak nya. Balik-balik dari kerja terpacul wajah cantik Ariesha di ruang tamu. Sedap dia melayan kdrama True Beauty sambil menghabiskan stock jajannya.

"Haih nanti aku explain lah semua dekat kau. Tak menyabar kau ek. Lagi pun kau jangan nak fikir bukan-bukan. Aku dengan Tuan Muda Rayden tu hanya sebagai majikan dan pekerja aje." Ariesha berkata sambil menggulingkan bebola mata nya ke atas. Menyampah aje dengan Riena ni yang tak habis-habis shipkan dia dengan Tuan Muda.

"Okey lah thanks beb sudi hantar."

"No problem. Dah nak balik nanti call or text aku okeh?" Pesan Riena. Ariesha hanya mengangguk. Kaki nya mula melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Dilihat masih belum ada yang masuk kerja. Jam ditangan kiri Ariesha kerling. Masih awal patutlah tapi lampu semua dah terbuka. Selalunya kalau dia orang pertama masuk dia juga orang pertama yang membuka semua lampu. Mungkin makcik cleaner? Ariesha menjungkitkan bahunya sendiri. Biarlah. Dia terus meluru masuk ke dalam biliknya pejabatnya dan menyambung segala kerja yang sudah tertangguh. Tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Seketul wajah dingin Tuan Muda nya terjengul.

"Eh Tuan Muda. Ada apa-apa yang perlu saya bantu?" Pantas sahaja Ariesha bangun menunduk hormat. Pelik juga dalam masa yang sama. Tak pernah pernah pula Tuan Muda datang awal ke office.

"Teman aku breakfast." Entah datang dari mana keberanian Rayden untuk mengajak Ariesha keluar breakfast. Rindu ke tu? Atototo sian..

Belum sempat Ariesha ingin membalas namun Rayden berlalu membiarkan Ariesha yang masih blur dengan arahan yang diberi tadi. Lambat-lambat dia akur. Kalau bukan disebabkan Rayden itu Tuan Muda a.k.a boss nya sudah lama dia lempar fail kerja ke muka Rayden. Puas hatinya! Gelak jahat*

---••♡••---

Rayden yang asyik mengunyah nasi lemak itu mengerling ke arah Ariesha yang berada dihadapannya.

"Tak makan?" Soal Rayden. Ariesha hanya menggeleng. "Kenyang." Rayden diam menyepi sambil menghabiskan nasi lemaknya. Dikerling jam di tangan. Sudah tepat jam 8:00 pagi. Mereka berdua pun bergegas masuk.

Ariesha yang baru ingin duduk terus terbantut apabila interkom berdering. Pasti gorilla itu.

"Masuk bilik aku." Arah Rayden di sana.

Ariesha mengetuk pintu terlebih dahulu. Memang itu peraturan yang diberikan pun.

TOK! TOK! TOK! Senyap.

TOK TOK TOK!! Masih senyap..

TOKK! TOK! TOK! TOK!

Bagai nak roboh. Ariesha sudah menahan marah di hati. Sekali. Dua kali. Sampai nak pecah pintu itu. Apahal Tuan Muda nya ini?! Sengaja nak bagi tulang tangannya retak ke! Ada je cari pasal.

"Come in!" Laung Rayden dari dalam. Ariesha menapak masuk dengan muka yang berkerut menahan marah. Bila-bila masa sahaja boleh meletus. Ish! Pagi-pagi sudah buat mood nya ke laut. Cari nahas betul. Rayden yang sedang duduk dengan jari menongkat ke dagunya bersama dengan muka tidak bersalahnya. Huh kalau readers tengok confirm rasa nak belasah. Sabar sabar..

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now