Chapter 39

6.5K 218 12
                                    

Suasana dalam kereta hanya bertemankan bunyi lagu yang dimainkan di radio. Lamborghini aventador milik Rayden laju membelah jalan.

"T-tuan Muda. D-drive slow slow. Saya nak hidup lama lagi.." Jantung Ariesha bagai nak tercabut. Tuan Muda Rayden ni tak reti memandu secara berhemah ke? Ni nak memandu ke mansion atau memandu terbang ke langit ayah pin? Nak terputus nyawa Ariesha.

Rayden memperlahankan pemanduannya. Di pandang wajah Ariesha yang sudah berpeluh. Baru pandu laju sikit dah berpeluh macam sakaratul maut dah datang. Alahai comel bini nya ni.

Rayden sedaya upaya menahan senyum.

"Kita nak ke mana ni?" Soal Ariesha. Jalan ni bukan jalan pulang ke mansion Tuan Muda Rayden. Tapi jalan pulang ke rumah dia dan Riena.

"Kan aku dah cakap, aku nak kau pindah barang barang kau masuk ke mansion aku. Tak faham lagi?" Ariesha perlahan mengangguk akur.

Sesudahnya sampai di rumah Ariesha. Dia segera keluar. Rayden juga turut keluar dari perut kereta.

"Eh Tuan Muda nak pergi mana?" Soal Ariesha apabila melihat Tuan Muda Rayden mengekorinya untuk masuk ke dalam.

"Masuk lah. Kenapa? Tak boleh?"

"Tak." Jawab Ariesha sepatah.

"B-boleh." Ariesha tersedar yang dia sudah memegang status isteri Rayden Arrayan. Jadi tidak salah kalau dia berdua saja dalam rumah itu. Dah ada ikatan yang halal.

Pintu segera ditutup. Risau pula kalau jiran nampak. Apa pula dikata nanti. Lain lah kalau jiran jirannya tahu yang dia sudah berkahwin.

"Bawak yang penting je." Sempat Rayden berpesan. Dengan selambanya Rayden menuju ke arah dapur dan membuka peti ais. Ariesha melihat hairan. Eh? Suke hati aje. Nasib baik suami. Ceh suami atas kertas.

Rayden mencapai sebotol air orange. Diteguk rakus. Tadi dirumah mama papa angkat Ariesha pun dia belum sempat minum.

Dengan rajinnya dia membuka laci kabinet dapur. Amboi suka hati selongkar dapur orang. Satu persatu laci dibuka. Semuanya penuh dengan makanan ringan. Rayden menggelengkan kepalanya. Rumah perempuan memang macam ni ke? Penuh dengan makanan tak berkhasiat. Tch tch tch.

Rayden kembali duduk di ruang tamu. Handphone dikeluarkan dari poket seluar. Ditekan mesej dari group whatsapp 'Jejaka Tampan'. Group yang dibuat oleh Qash.

Qash Malaun
Congrats bro. Jaga bini elok2

Mark bengong
Nanti aku caras. Bini kau cantik sangat HAHAHA gurau bro.

Haz gila
Jangan lupa tau cadangan aku tadi tabur bunga plastik atas katil. Romantik awww

Zack anak zaki
Hahaha korang ni. Malu malu anjing Ray nanti

Faziq firaun
Abang Rayden rawrr

Qash Malaun
Ahh ghisau..ghisauu

Rayden memicit pelipisnya. Bukan setakat sakit kepala. Sakit jiwa dia dibuatnya melayan perangai lima ketul tu. Apa lah nasib dapat orang kanan kurang siuman macam diaorang.

"Tuan Muda, dah. Jom." Tegur Ariesha dari belakang. Rayden menoleh kemudian bangun mengambil beg dan luggage milik Ariesha.

"Ni je? Sikitnya." Ujar Rayden.

"Actually banyak lagi tapi lain hari lah."

"Kau bawak baju ke batu berat sangat ni?"

"Mana ada. Baju dengan barang barang saya lah." Jeling Ariesha. Nak tolong tapi banyak mulut pulak encik suami ni.

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now