Chapter 59

5.9K 199 17
                                    

Rayden mengorak langkah besar keluar dari pejabatnya. Muka jelas terpancar riak dingin. Kini Rayden menjadi perhatian staf staf disitu. Pelik. Lain macam mood Tuan Muda mereka harini.

"Ayan-" Terbantut niat Syakila mahu menegur jejaka itu tatkala Rayden menikam tajam anak mata Syakila. Gerun! Siapa je yang tak gerun bila ditenung tajam oleh mata helang itu?

Rayden menghiraukan pandangan-pandangan sekelilingnya. Apa yang penting sekarang dia perlu pulang kerumah dan memeriksa keadaan isterinya. Bagai nak luruh jantung bila Qash memberitahu bahawa Ariesha tidak sihat. Siapa tak sayang bini oiii...

Range Rovernya laju keluar dari kotak parking. Harini malas pula dia nak letakkan kereta nya di parking basement.

Sesampai saja di rumah, laju kakinya menaiki anak tangga ke atas. Pantas tombol pintu dibuka dari luar. Matanya disapa dengan kesayuan melihat isterinya tidur. Nyenyak. Kerana tidak mahu mengganggu tidur Ariesha, perlahan saja Rayden naik mendekati tubuh kecil molek isterinya.

Ubun-ubun diusap lalu dikucup lembut. Rambut yang menutup wajah gadis itu dikuak kebelakang. Pipi mulus Ariesha diusap lembut penuh sayang. Bibirnya bersatu di bibir merah Ariesha. Rasa serba salah kian menerpa di hati. Rasa bersalah kerana sejak kebelakangan ini dia banyak mengabaikan Ariesha.

Dahi Ariesha dikucup syahdu. Rayden meleraikan pautan ciuman didahi Ariesha tatkala lena Ariesha sedikit terganggu.

"Sayang.." suara maskulin bernada lembut itu cukup membuatkan mata Ariesha terbuka. Ditenung lama wajah suaminya. Teringat balik apa yang dilihat siang tadi. Cemburu? Mesti. Sakit hati? Harus. Lagi-lagi bila melihat suami sendiri dengan kawan baik sendiri pula.

Entah kenapa dia rasa lain macam dengan Syakila. Tapi Ariesha kan? Sejenis yang semua benda yang dia rasa dia akan bersangka baik. Baginya mungkin itu semua hanya ilusi dan perasaannya saja.

"Abang buat ape dekat sini? Tak kerja?" Soal Ariesha masih dalam kantuk. Berkecil hati juga bila teringatkan kejadian di restoran tadi. Namun dia cuba gagahi juga agar terlihat biasa dan tak membuatkan jejaka itu mengsyakkinya sesuatu.

"My wife is more important, chéri. More than anything I have." Rayden melekapkan bibirnya pada dahi Ariesha. Lembut. Hingga mampu membuaikan Ariesha. Rasa sakit dihati tadi sedikit berkurang tapi masih tetap membuatnya terkesan.

Kebelakangan ini dia sering mudah terasa. Dia sendiri pelik. Sebelum ni tak ada pula perasaan macam tu.

Ariesha melirik senyuman tawar.

"Dah makan, chéri?" soal Rayden dengan tangan masih mengelus lembut ubun-ubun isterinya.

Tak sempat Ariesha membuka kata, Mak Rinah sudah pun menerjah bilik. Di tangan ada sedulang dan semangkuk yang mungkin berisi bubur. Orang sakitkan? Takkan nak bagi makan steamboat pulak kan?

"Eh Tuan Muda, maaf Mak Rinah tak ketuk pintu dulu. Tak tahu pula Tuan Muda balik." Rayden hanya mengangguk sekali.

"Ni Mak Rinah dah buatkan bubur." Sedulang dan semangkuk bubur serta satu cawan air kosong disuakan pada Rayden. Didulang itu ada juga disediakan satu tablet ubat untuk Ariesha. Rayden menyambut huluran Mak Rinah.

Selepas Mak Rinah mempamit diri, Rayden membantu Ariesha bersandar di kepala katil.

"Bubur?" Cebik Ariesha.

"Yelah sayang. Bubur. Sayang sakit. Bukan mengidam nak makan makanan sedap sedap yang tak baik untuk kesihatan."

DUP!

Jantung Ariesha terasa tak keruan mendengarkan kata-kata Rayden.

Mengidam.

Dia..mengandung kah?

"Hey sayang."

Tersedar terus Ariesha dari lamunannya.

"Mengelamun apa? Buka mulut. Aaaaaa." Sesudu bubur di buat gaya seperti kapal terbang seakan memujuk kanak-kanak 3 tahun makan.

Sesuap demi sesuap sehingga habis licin bubur yang dibuat Mak Rinah itu. Kenyang sungguh sakit sakit pun.

Rayden menyuakan secawan air kosong.

"Nak pergi klinik?"

"Taknak." Antara tempat yang Ariesha paling bawa bermusuh. Dengan klinik pun boleh bermusuh.

"Sayang tak sihat ni.." Rayden cuba memujuk lagi.

Ariesha dengan pantas menggelengkan kepala sebelum tangan didepakan.

Perbuatan Ariesha itu mengundang reaksi aneh dari Rayden. Pelik.

"Nak apa sayang? Nak hug?"

Laju Ariesha mengangguk. Sekarang dia telah pun berada dalam dakapan erat encik suami. Alahai sendu aku..

"Manja-manja ni kenapa?" Tanya Rayden lembut. Tangan kanan naik mengelus rambut isterinya. Tangan kiri mengusap lembut belakang badan Ariesha.

Diam. Ariesha tak membalas pertanyaan Rayden sebaliknya dia hanya ralit memikirkan perkara siang tadi. Cukup mengganggu fikirannya.

"Chéri..I'm sorry. My mistake. Abang abaikan sayang semenjak dua ni. Bukan abang dah tak sayang. Abang sayangg sangat tau dengan Ariesha Zaskia ni. You're my love. My forever. My everything. Abang minta maaf sebab abang tak sengaja abaikan bidadari abang ni.." lembut. Penuh syahdu suara maskulin Rayden menusuk masuk sistem pendengaran Ariesha.

Masih dalam dakapan. Tersentak Rayden tatkala terdengar esakan halus. Dada bidangnya juga turut terasa semakin basah.

"Shhh..I'm sorry..I'm so sorry sayang. Please stop cry. Its my fault. I really sorry.." Makin dieratkan lagi pelukannya pada tubuh kecil Ariesha. Di angkat isterinya dan diletakkan diatas ribanya. Kalau dilihat pasti kelihatan seperti koala peluk panda. Ala comel...

Eh sudah! Single main jauh-jauh.

Hampir 5 minit dalam dunia mereka berdua. Berkerut kening Rayden bila Ariesha senyap. Tangisan gadis itu juga kian menghilang sejak 1 minit yang lalu. Rasa bersalah dibuatnya. Dia sudah melukakan hati bidadarinya sendiri.

Perlahan-lahan Rayden menolak sedikit bahu isterinya.

Lena dah.

"Dibaringkan isterinya kembali. Rambut yang sedikit terurai di wajah Ariesha dikemaskan. Ditenung penuh dalam wajah putih mulus itu. Cukup mencairkan. Kalau dilihat oleh mana-mana lelaki pun. Pasti perkara sama juga yang mereka rasa. Cair. Cair dengan kecantikan yang dimiliki Ariesha.

Satu kucupan hinggap didahi sebelun turun pada kedua belah pipi Ariesha kemudian satu kucupan turun dihadiahkan dipuncak hidung Ariesha. Lalu kucupan terakhir dilekapkan pada bibir merah delima milik isterinya. Lama.

Sayangnya dia pada gadis itu langsung tak tumpah sejak dulu lagi.

Kerana gadis itulah, dia sudah sedikit sebanyak meninggalkan sisi dunia gelapnya. Bukan secara langsung tetapi sedikit demi sedikit. Gadis itu telah mengubah hidupnya. Yang dulu gelap sekarang menjadi lebih bercahaya.











 Yang dulu gelap sekarang menjadi lebih bercahaya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~TBC~

Jangan lupa vote!

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now