Chapter 26

6.2K 217 2
                                    

Tamat sahaja waktu kerja, Rayden terus bergegas pulang. Ada hal lain yang dia harus selesaikan malam nanti.

Dia pulang ke mansion terlebih dahulu sebelum bergegas ke penthouse nya.

Jam sudah menunjukkan angka 9 malam. Dia terus bersiap-siap untuk keluar.

"Mak Rinah, Ira, saya bermalam dekat penthouse malam ni. Tak perlu masakkan makan malam."

"Baik Tuan Muda." Jawan Mak Rinah dan Ira serentak. Mereka berdua tahu jikalau Tuan Muda Rayden sudah bermalam di penthouse pasti ada 'kerja' yang dia mahu selesaikan. Nak halang? Takut nanti nyawa mereka yang terbang.

Rayden terus memandu kereta bugatti nya ke penthouse miliknya.

Sampai sahaja diperkarangan penthouse dia terus berjalan laju masuk ke dalam. Dilihat orang-orang kanannya sedang seronok bermain game. Riuh rendah ruang tamu dibuatnya.

"Woo wooo bodoh lah aku mati ni bangang!"

"HAHAHAHA padan muka kau! Ha hamek hamekk!" Sakan Faziq ketawa.

"Weh gila aku pun mati! Ish bodoh! Kauorang punya pasal lah ni." Bebal si Qashah Zaidy.

"HAHAHAHA yeyeyy aku menang. Enyah kau wahai durjana sekalian." Jerit Mark.

"Blah lah kau." Cemberut si Haz

"Ehem!!" Rayden berdehem sambil mencekak pinggang. Memandang tajam ke arah empat jejaka yang riuh bermain game.

"Apa kauorang pikir penthouse aku ni tempat kauorang main game ke?"

Mereka berempat hanya tersengih mempamerkan gigi putih berkilat masing-masing. Rayden menggelengkan kepalanya melihat perangai keanak-anakan jejaka itu. Mahu saja dia tempik kepala sekor sekor. Buat stress aje melayan.

"Mana?" Soal Rayden.

"Mana apa?" Soalan Rayden di balas soalan.

"Bodoh. Dua orang sial tu lah." Rayden hanya mampu menahan sabar.

"Ohh dekat bilik penyeksaan. Kitaorang dah seksa dia dulu. Entah mati ke hidup lagi tu."

"Aku dah kat-"

"Aipp jangan salahkan kitorang. Diaorang terlalu comel. Itu yang kitaorang kerjakan dulu." Balas Mark dengan sengihan.

Sempat Rayden menjeling tajam ke arah empat jejaka itu sengal itu sebelum dia berlalu ke bilik penyeksaan dibawah tanah.

Pintu dikuak kasar menyebabkan kedua lelaki yang terduduk lemah terus mengalihkan pandangan ke arah Rayden.

Kedua lelaki yang kehabisan tenaga itu terkejut terkaku terkesima dan terpaku apabila melihat susuk tubuh Rayden yang berjalan menghampiri mereka.

"Macam mana? Seronok duduk sini? Apa? Tak seronok? Alololo shian nye.. takpe nanti aku hantar kauorang dekat neraka. Sana best tau." Ujar Rayden sambil menepuk perlahan wajah Encik Ibrahim dan Encik Muzaffar yang sudah longlai dikerjakan orang-orang kanannya.

"T-tolong..le-lepaskan kami.."

"A-apa? Tolong apa? Bunuh? Awhhh memang itu tujuan aku pun." Jawab Rayden. Sinis.

"T-tuan Muda..M-maafkan kami. Kami t-tak berniat n-nak khianat Tuan M-muda.." rayu kedua lelaki itu.

Merayu lah sampai air mata darah sekali pun. Rayden takkan semudah itu nak lepaskan pengkhianat.

"Tch tch tch..not that easy bi*ch!" Suara Rayden yang tenang tadi kini naik seoktaf.

BUK!

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now