Chapter 61

6.4K 214 14
                                    

Adzan subuh berkumandang dari corong telefon. Duvet tebal yang membalut tubuhnya di tarik. Sebelah dikerling. Kosong. Sejak semalam suaminya langsung tak jengah pulang. Berjauh hati? Ya. Tapi apa yang dia mampu katakan. Rayden benar-benar berubah. Terkadang dia turut berasa kecewa dengan diri sendiri kerana tak dapat mengetahui apa salah dia sebenarnya sehingga suaminya berubah sikap dengannya. Dingin. Baran tak bertempat. Kasar. Sehingga mendera mental fizikal Ariesha.

Dengan mata yang sembab dek menangis sehingga terlelap sendiri, Ariesha bangun mengambil wudhu. Selesai berwudhu, dia membentang sejadah mengikut arah kiblat. Telekung pemberian Rayden disarungkan menutupi tubuhnya.

Selesai menunaikan solat, Ariesha menadah tangan memohon doa petunjuk serta ampun dari Yang Maha Esa.

"Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau berkati serta Engkau lindungi lah hamba-hambaMu. Ampuni segala dosa-dosa kami. Serta pimpin kami kejalan yang Engkau redhai."

"Ya Allah, apapun ujianMu aku terima dengan lapang dada, namun Kau sertakan lah kekuatan. Kau alirkan lah kegagahan untukku menghadapi ujianMu."

"Berkati dan lindungi rumah tanggaku Ya Allah..lindungi suamiku dan Kau permudahkan segala urusannya. Kuatkan lah rasa cinta dan iman kami Ya Allah.."

Sayu. Makin sayu alunan suara itu menadah doa dariNya.

Titisan jernih mula menitis. Seraut wajah mula basah dengan tangisan sepi tanpa suara.

"Aku lemah namun Kau berikan aku kekuatan untuk terus mengharungi..aku cinta dia..aku sayang dia.."

Pecah tangisan Ariesha. Mengenang kembali sang suami tercinta yang seakan semakin menjauh darinya. Siapa tak luka. Siapa tak duka. Hati harus kental. Jiwa harus gagah. Apapun jua rintangan yang bakal dia hadapi. Dengan izin Allah SWT dia akan tetap kuat sehingga dia betul-betul tak mampu. Doa itu senjata utama dan kedua adalah berusaha. Berusaha mempertahankan masjid yang dibina penuh lembaran cinta mereka.

"Abang..awak dekat mana.." Sayup suara Ariesha. Telekung yang masih setia tersarung kemas itu dibiarkan menutup tubuhnya. Lalu dibaringkan badannya diatas hamparan sejadah suci. Mutiara jernih yang masih mengalir dari tubir mata hanya di endah tak bertepi. Tangisan halus sayup kedengaran dilepas.

Pipinya masih berbisa dek kerana tamparan hebat Rayden. Sakit dipipi tak sesakit di hati.

Perutnya yang belum menampakkam rupa diusap syahdu. Ya. Dia mengandung. Anak Rayden Arrayan bin Tan Sri Armand Lange. Rahimnya sudah berisi. Akan lahirnya permata pertama yang paling berharga.

Dia mengetahui tentang kandungannya yang sudah mencecah hampir 2 bulan itupun kerana Mak Rinah yang menyarankan supaya membuat pemeriksaan doktor.

Sepatutnya berita gembira itu di sampaikan pada Rayden pada malam semalam. Kejutannya bertukar dengan kejutan dari sang suami pula. Dipendamkan saja hasratnya. Mungkin bukan ini masanya.

"Anak mama, kuat ye. Awak lah kekuatan mama. Kekuatan mama dan papa."

Sejenak satu perkara terlintas difikiran. Segera dia menyeka air mata yang tadi deras mengalir.

Apa yang ada difikirannya sekarang adalah dia harus menyelesaikan masalah rumah tangganya. Dia harus berbincang dengan Rayden. Tidak baik untuk dia terus membiarkan saja rumah tangganya begini.

Ariesha bangun mencapai Iphone nya. Sudah masuk jam 7 pagi. Dia harus membuat sarapan. Ya. Itu sentiasa menjadi rutin paginya sehingga sekarang. Walaupun dia tahu Rayden takkan menjamah sedikit pun masakannya. Tapi dia tetap juga menyediakan semuanya.

Berharap Rayden pulang dan menjamah sarapan. Walaupun dia tahu sebaliknya..

Kaki laju mengorak langkah menuruni anak tangga.

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now