Chapter 13

6.8K 237 7
                                    

Mereka berdua berjalan masuk ke dalam mall. Kehadiran mereka itu membuatkan perhatian orang ramai yang berada di dalam mall tersebut beralih kepada Rayden dan Qash. Siapa je tak lepas pandang kalau ada jejaka segak bergaya. Muka dah cukup perfecto untuk menarik gadis-gadis terkejarkan mereka berdua.

Qash yang hanya mengenakan hoodie hitam beserta jeans hitam itu juga mampu menarik ramai perempuan untuk mendekati dirinya. Mereka berdua memakai cermin mata gelap. Berjalan dengan penuh gaya. Kedua tangan Rayden menyeluk masuk poket seluar manakala Qash pula menyeluk masuk kedalam poket hoodie nya.

Dia perasan ada segelintir gadis tak cukup kain memandang kearah mereka dengan senyuman gatal. Malas mahu berbalas pandangan. Sakit mata melihat gadis berpakaian seperti itu.

Pandangan orang sekeliling diendahkan. Mereka datang ke mall bukan untuk mencuri perhatian orang ramai tapi hanya untuk melepaskan kebosanan dengan shopping atau melepak. Apa ingat lelaki pun tak rajin shopping ke?

Kaki masing-masing mengatur langkah masuk ke dalam starbucks yang juga terdapat di dalam shopping mall tersebut. Siap membuat pesanan, sempat Qash mengerling ke arah Rayden.

"Kau tiba-tiba ajak aku lepak ni asal? Nasib baik aku takde kerja nak dibuat tadi." Tutur Qash. Takde angin takde ribut tiba-tiba sahaja Rayden mengajaknya keluar lepak. Selama ni Qash yang sering berbuat demikian tapi sekarang? Bumi terbalik.

"Selama ni kau ada kerja ke?" Soalan Qash dibiar sepi malah Rayden mengacukannya dengan soalan pula. Berbunyi perli. Qash yang memahami soalan Rayden hanya menjeling tajam.

"Kau tak jawab lagi soalan aku."

"Nothing. Bosan je takde benda menarik untuk aku buat. Bini pun takda. Kalau ada bini tak ada nya aku nak ajak kau lepak."

"Okayy fine nanti kalau dah ada bini lepastu dia taknak lepak dengan kau, kau jangan terhegeh-hegeh cari aku ek. Dah ludah jilat balik! Mark my words! Habis madu sepah dibuang." Kata Qash dengan muka cemberutnya.

Rayden tergelak kecil. Malas mahu melayan Qash. Tiba-tiba terlintas sesuatu dikotak fikirannya.

"Bro, haritu kau cakap ada something yang kau nak bincangkan. Apadia?" Baru dia teringat beberapa hari yang lepas Qash ada mengajaknya lunch dan katanya ada benda yang nak di-discusskan. Namun tiba-tiba saja ada client yang ingin jumpa. Terus tidak jadi dia keluar.

"Oh nasib baik kau ingatkan aku. Kau tahu The B' Dragon?" Rayden mengangguk. Mestilah tahu. Kumpulan itu dah tersenarai dalam list musuh ketatnya.

Pesanan tadi yang dipesan sampai dimeja mereka. Masing-masing diam buat seketika. Rayden menghela nafas berat sebelum kembali bersuara.

"Yes of course i knew it. Why?" Jawab Rayden lalu diajukan soalan kepada Qash pula.

"Dyorang tengah cari kita. Aku dapat tahu sebab beberapa minggu lepas aku nampak ada orang cuba serang hendap penthouse kau."

"Aku dah rasa ada yang tak kena jadi aku cuba siasat." Jelas Qash

Rayden melirik senyuman sinis.

"Tak serik-serik."

"Takpe biarkan dyorang buat apa dyorang nak. Kau arah anak-anak buah untuk terus perhatikan kawasan penthouse aku. Ketatkan kawalan. Arah mereka untuk siap-siapkan segala senjata. Sampai masanya nanti kita bertindak terus."

Qash mengangguk mengiyakan arahan dari sepupunya. Mereka berdua memang sudah dilatih dengan seni pertahankan diri sejak berumur 7 tahun lagi. Segala jenis latihan berat sudah mereka jalani sejak usia itu lagi. Mereka mula berlatih menembak bermula dari usia 9 tahun.

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now