Ring..Ring
"Ha hello. Ade apa call aku tetibe ni?"
"Bro, minggu depan kita kena mulakan mission. The B'Dragon dah mula bergerak. Tapi masih lagi tak melampaui batas buat masa sekarang."
"Kumpul semua anak-anak buah. Suruh Haz hack setiap keberadaan diaorang dan hack semua alat komunikasi diaorang jugak. Selebihnya nanti kita bincang masa meeting."
Rayden menamatkan panggilannya dengan Qash tadi. Buat masa sekarang dia malas mahu memikirkan tentang group itu lagi. Minggu hadapan baru dia mula bertindak.
2 jam berlalu..
Mereka masih lagi berada di puncak bukit. Masing-masing sibuk mengambil gambar pemandangan untuk disimpan sebagai kenangan.
Rayden ralit memandang sekujur tubuh yang dari tadi lagi asyik merenung segenap inci bukit bukau yang luas terbentang. Di pandang wajah itu dari sisi namun masih dari jarak yang jauh. Tak dinafikan lagi memang cantik dan tenang wajah putih bersih milik Ariesha.
Gadis pertama yang berjaya menambat hatinya dan mengunci pintu hatinya untuk tidak menyukai atau mencintai mana-mana gadis lain kecuali Ariesha Zaskia itu sendiri.
"Hai. Tengok apa tu? Kusyuk sangat tu." Teguran Syakila membuatkan Rayden tersentak dari lamunannya. Segera dia menoleh memandang Syakila yang sudah duduk bersila di sebelahnya.
"Hm. Takde ape pun. Tengok pemandangan cantik je." Balas Rayden. Pemandangan cantik yang mana satu? Pemandangan indah pokok-pokok hijau dan bukit-bukau atau si pujaan hati?
"Eh jom ambil gambar sama-sama."
"Malas." Jawab Rayden sepatah.
"Ala jom la. Lagipun lama aku tak selfie dengan kau. Last dulu masa kolej. Ni aku dah balik Malaysia dapat lah jumpa kau lagi. Alih-alih kerja dengan kau pulak tu. Hahaha." Pujuk Syakila.
Ckik!
Hampir 5 minit juga mereka berselfie.
Ariesha menoleh memandang dua susuk tubuh yang ralit bergelak tawa. Pertama kali dia melihat Tuan Muda Rayden ketawa seperti itu. Dengan Syakila pula.
'Diaorang kan rapat. Wajarlah..'
Terasa sesuatu yang tidak kena dihatinya melihat dua orang itu mesra. Ariesha abaikan sahaja perasaannya tika itu. Malas dia mahu fikir lebih. Dia sendiri tidak faham kenapa tiba-tiba perasaan kurang senang itu hadir.
Tiba-tiba perutnya terasa sakit. Rasanya dia sudah makan tengah hari tadi. Makanan tengah hari mereka memang sudah disediakan siap-siap. Silap makan kah dia?
Berkerut dahi menahan sakit.
Gotcha! Dia tahu kenapa.
"Aduhh kenapa time time macam ni nak buat hal? Erghh.." gumam Ariesha. Tangannya naik menekan perlahan perutnya yang terasa sebu dan pedih. Sekejap-sekejap sakitnya tak tertahan. Sekejap-sekejap rasa sakit itu berkurang.
Dia meneguk air mineralnya. Perlahan-lahan dia mengurut perutnya.
---••♡••---
"Baik semua. Warm up dulu. Masa untuk kita turun. Pastikan tiada sebarang peralatan atau barang yang tertinggal. Kami tidak bertanggungjawab jika ada sebarang kehilangan harta benda milik sendiri." Tegas Encik Azhar.
"Berkumpul sekarang. Kita tak ada banyak masa. Come! come!" Jerit Rayden.
Ariesha bangun berkumpul ke arah staff yang lain. Syakila turut berdiri disebelahnya.
YOU ARE READING
Pujaan Hati Jejaka Mafia
Romance𝕶𝖆𝖗𝖞𝖆 𝖕𝖊𝖗𝖙𝖆𝖒𝖆 RAYDEN ARRAYAN Seorang jejaka tampan yang cukup digeruni banyak pihak. Dingin bak ais beku. Pertemuannya dengan gadis cantik bak bidadari telah menambat hatinya yang sekeras batu. Kehilangan buat sementara namun bertemu se...