Sampai sahaja dimansion, Rayden terus berjalan masuk. Dia merebahkan diri di ruang tamu.
"Dah call doktor?" Soal Rayden.
"Dah. Kejap lagi dia sampai. Kau pergi lah cuci darah tu dulu."
"Hm." Balas Rayden lalu dia bangun menuju ke lif untuk naik ke atas. Malas dia nak gunakkan tangga. Dengan keadaannya yang kehabisan tenaga itu.
Ding dong!
"Tuan Qash, ada seorang doktor perempuan datang untuk rawat Tuan Muda."
"Baik. Panggil dia masuk."
"Baik Tuan." Pengawal yang berpakaian serba hitam itu menunduk sebelum berlalu untuk menjemput doktor perempuan yang menunggu di hadapan pagar mansion.
"Masuk. Tunggu sekejap aku panggil Tuan Muda Rayden." Pamit Qash.
Doktor perempuan itu hanya mengangguk dan mengukir senyuman manis kepada Qash. Qash berlalu naik ke atas untuk memanggil Rayden.
Tidak lama selepas itu dua susuk tubuh lelaki keluar dari pintu lif.
"Selamat petang Tuan Muda." Doktor itu segera menunduk hormat kepada Rayden. Dia memang sudah tahu itu adalah mansion seorang jejaka mafia. Rasa takut juga bila menjejakkan kaki ke mansion jejaka itu.
"Erm. Cepat lah. Aku banyak kerja lagi ni." Tutur Rayden mendatar. Doktor Lia mengangguk dan melakukan kerjanya.
Setelah bius disuntik. Doktor Lia terus membuat pembedahan kecil untuk mengeluarkan peluru di bahu Rayden. Hampir setengah jam lebih juga tempoh masa diambil untuk mengeluarkan peluru yang tembus masuk kedalam daging Rayden.
Selesai kerja doktor Lia. Doktor Lia meletakkan ubat dan membalut bahu Rayden dengan kain bandage.
"Dan..siap!" Ujar Doktor Lia.
"Thankyou." Ucap Rayden. Dibelek seketika bahu nya yang berbalut itu.
"Tuan Muda kena banyakkan rehat dan jangan angkat benda berat ye sampai luka Tuan Muda sembuh. Ini ubat Tuan Muda. Makan 2 kali sehari. Selepas makan ye. Jaga pemakanan juga untuk mempercepatkan penyembuhan luka Tuan Muda. So kalau dah takde apa apa I balik dulu." Pesan Doktor Lia panjang lebar.
"Okey thanks doktor." Ucap Qash. Rayden hanya diam bermain phone. Langsung tak menghiraukan Doktor Lia yang ingin berlalu pergi.
"Kau ade nak makan apa apa ke? Aku boleh pergi beli." Soal Qash.
"Herm beli lah apa pun. Tu card ade atas perabot sana."
"Takyah. Makanan aje pun. Aku gerak dulu. Chau." Qash berjalan keluar dari ruang tamu.
"Aku drive lambo kau ek." Tiba-tiba terjengul kepala Qash dari balik pintu.
Rayden menggulingkan bebola mata ke atas melihat Qash yang membuat mimik puppy face.
YOU ARE READING
Pujaan Hati Jejaka Mafia
Romansa𝕶𝖆𝖗𝖞𝖆 𝖕𝖊𝖗𝖙𝖆𝖒𝖆 RAYDEN ARRAYAN Seorang jejaka tampan yang cukup digeruni banyak pihak. Dingin bak ais beku. Pertemuannya dengan gadis cantik bak bidadari telah menambat hatinya yang sekeras batu. Kehilangan buat sementara namun bertemu se...