Chapter 63

6.4K 208 15
                                    

Sedari tadi lagi jejaka itu ke hulu ke hilir dengan resah di hati. Barannya membuak naik saat diberitahu tentang sesuatu yang diluar jangkaannya sendiri.

FLASHBACK

Langit yang mendung itu ditatap sayu oleh sepasang mata dark brown. Angin sejuk yang membuai lembut tubuh tak berbaju nya hanya dibiarkan.

Dia sendiri buntu dengan apa yang berlaku. Dia sudah mengasari bidadarinya. Malah menghamburkan kata-kata yang tak sepatutnya tanpa dia sedar. Semenjak kebelakangan ini dia mengaku yang hubungannya dengan kawan baik isterinya itu makin erat manakala hubungannya dengan isterinya pula bagai dilanda ribut taufan.

Kaki yang pegun berdiri dari tadi kini melangkah ingin masuk ke dalam. Namun belum sempat dia meneruskan langkahnya, mata tertancap pada satu gugusan yang tersorok di helaian lebat pokok bunga yang terletak betul-betul bersebalahan pintu masuk utama. 

Tangan perlahan-lahan mencapai.

Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati. Seakan gugusan itu membawa maksud tidak baik. Dengan segera dia masuk ke dalam bersama gugusan tersebut.

"Mak Rinah, siapa yang letak bungkusan ni dekat pokok bunga depan? Bungkusan apa ni?" soalnya ingin tahu.

Mak Rinah mengecilkan matanya cuba untuk menganalisa sesuatu yang ada dalam tangan jejaka itu.

"Mak Rinah rasa Tuan Muda kena pergi berubat." ujar Mak Rinah setelah lama berdiam.

"Berubat? Saya tak sakit lah Mak Rinah."

END FLASHBACK

"Aku rasa aku tahu siapa dalangnya." langkah Rayden terhenti. Pandangan terus dialihkan pada Qash. Menunggu sepupunya itu meneruskan kata-kata.

"Siapa?" tanya Mark. Masing-masing fokus menunggu jawapan dari Qash.

"Aku pun tak tahu la."

"Hm tengok dah masuk setan dah.." Mark pasrah dengan jejaka itu. Qash dengan bodoh berpisah tiada.

"Ray." Haz yang dari tadi diam kini bersuara.

"Hm." 

"Aku syak perempuan yang dekat dengan kau." Haz bersuara menyatakan apa yang dirasa. Beberapa minggu lepas dia sering melihat Rayden bersama seorang perempuan. Entah siapa dia sendiri kurang pasti. Namun dia yakin perempuan itu seakan ada aura yang tidak baik.

"Maksud kau?"

"Lately ni kau rajin keluar dengan seorang perempuan kan?" soal Haz inginkan kepastian walaupun dia tahu Rayden bakal mengiyakan apa yang pernah dilihatnya.

Mukanya bertukar bengis saat dapat menangkap maksud Haz. Meluru laju dia ke arah Haz lalu memaut kolar baju jejaka itu. Entah kenapa dia tak dapat menerima kenyataan bahawa Syakila adalah dalang semua ini.

"Do not occasionally involve Syakila in this. She's not what you thought she was." amarahnya membuak naik saat Haz melibatkan Syakila. Dia pasti bukan Syakila.

"So you love that girl huh? Kau lupa kau dengan dia buat apa dekat office kelmarin yang sebabkan isteri kau lari? Oh ya! Tak lupa jugak kau pernah pukul isteri kau tanpa belas kasihan. Kau hina dia! Kau abaikan dia seolah-olah dia bukan isteri kau. Kau buat dia macam tak wujud tapi kau tak tahu, yang dia masih setia jalankan tanggungjawab dia sebagai isteri. Did you know how bad she's hurt? Hah?!" Herdik Haz. Yang lain sudah tercengang melihat Haz yang sudah pun bertukar bengis malah lebih bengis dari yang mereka sangka. Ini kali pertama mereka melihat Haz serius sebegitu sekali.

"Ataupun kau dah tahu tapi kau buat-buat bodoh hm?"

"Merda!" terus satu tumbukan dilepaskan ke pipi jejaka Haz. Mata helang Rayden menikam tajam anak mata Haz. Dada turun naik melepaskan amarah. Cengkaman pada kolar Haz semakin diketatkan.

Darah mula keluar dari hujung bibir merah jejaka itu tetapi dia masih lagi mampu mengukir senyuman sinis.

"Kau dah lukakan perempuan sebaik dia bro. Kau fitnah dia atas apa yang dia langsung tak pernah buat." ujar Haz. Tangan diseluk ke dalam poket seluar lalu dikeluarkan satu sampul berwarna putih dan dilemparkan ke atas meja kaca.

"Bukak." arah Haz. Perlahan-lahan Rayden melepaskan kolar Haz lalu dicapai sampul tersebut.

Setelah beberapa minit meneliti setiap usul gambar tersebut dia rebah di atas lantai mar mar.

Sungguh dia benar-benar sudah melukakan hati Ariesha. Tak sepatutnya dia menuduh isterinya tanpa usul periksa.







Chapter ni pendek sbb otak dah tepu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chapter ni pendek sbb otak dah tepu.

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now