"Kau dah dapat detect siapa dalang yang makan duit company Rayden?"
"Dah. Melalui info yang aku cari, Tuan Ibrahim yang curi duit syarikat RA Holding. Dia dah buat kerja ni dari awal bulan lepas lagi. Boleh tahan banyak jugak dia ambil." Terang Haz. Mark di sebelah hanya diam bermain pubg.
"Berapa banyak?" Soal Qash.
"Hampir 10 juta jugak lah."
"Wuish banyak tu. Boleh simpan buat cucu cicik aku nanti."
"Kan. Tapi ada seorang lagi yang bersekutu dengan dia." Ujar Haz. Haz Zafriel.
"Siapa?"
"Lo saprai presto." Balas Mark tiba-tiba.
(Kau akan tahu tak lama lagi.)Mata Qash terus fokus ke arah Mark. Tak lama dia mengangguk.
"Arghh! Bodohlah!" Tiba-tiba sahaja Mark menjerit. Pelanggan yang turut berada di dalam restoran terus menghalakan pandangan ke arah suara Mark. Gila.
"Kau main game behave sikit boleh tak? Kita dekat luar bukan dekat rumah." Haz dan Qash melemparkan jelingan tajam.
"Sorry." Tutur Mark sambil menggosok lehernya. Mata-mata yang memerhati mereka tadi kembali seperti sedia kala. Lama juga mereka jadi tarikan orang ramai dalam restaurant itu. Ada juga perempuan-perempuan yang memerhati mereka dengan pandangan gedik. Diabaikan sahaja semua pandangan tersebut.
"Anak buah The B'Dragon ada tengah perhatikan kita. Jangan pandang. Buat taktahu je." Ujar Haz. Mata ralit bermain handphone. Qash hanya diam. Dia juga tahu sejak dia keluar dari penthouse Rayden tadi lagi ada yang mengikuti kereta mereka dari belakang.
Sejam mereka lepak di restaurant. Sudah masuk 5 kali juga mereka memesan air.
"Jom lah aku nak balik mansion aku. Aku hantar kauorang dekat penthouse dulu."
"Kitaorang lepak dekat mansion kau boleh?" Serentak Haz dan Mark menyoal.
Qash menggulingkan bebola matanya ke atas. Ade aje dua ekor tu nak menyemak dekat mansionnya. Bukan buat apa pun. Alih-alih dua dua terbongkang dekat ruang tamu.
"Tak payah mengade. Habis penthouse sape nak jaga?"
"Alaa Faziq dengan Zack kan ade. Anak-anak buah dengan pengawal pun ade. Chill lah."
"Takde-takde. Duduk je diam diam dekat penthouse. Datang mansion aku menyemak je kauorang. Alih alih membongkang dekat ruang tamu. Baik takpayah ikut." Kata Qash. Sempat dia mencicip coffee sebelum bangun untuk berlalu keluar dari restaurant.
Mark dan Haz masih terpinga-pinga di situ.
"Kedekutkan beruk tu?" Ujar Mark.
"Kan kan. Dah lah jom lah jebon." Giliran Haz pula bangun dari duduknya. Mark terus berlari itik mengejar Haz yang laju berjalan keluar.
---••♡••---
"Ish mana pulak si jebon ni. Dah 8:30 malam. Petang tadi dia yang suruh datang tepat jam 8. Ni dia pulak yang lambat!" Omel Qash. Jam ditangan di pandang sekilas. Mereka sudah siap sedia menunggu di dalam bilik perjumpaan mereka. Setelah sekian lama tidak masuk melakukan perjumpaan. Bilik meeting yang di penuhi dengan senjata seperti snipper, pistol, revolver dan bermacam lagi jenis weapons yang digantung keliling dinding.
Tidak lama selepas itu. Pintu bilik meeting mereka dibuka dari luar. Terpacul susuk tubuh Rayden. Anak-anak buah semua sudah menunduk hormat ke arah Tuan Muda mereka.
YOU ARE READING
Pujaan Hati Jejaka Mafia
Romantik𝕶𝖆𝖗𝖞𝖆 𝖕𝖊𝖗𝖙𝖆𝖒𝖆 RAYDEN ARRAYAN Seorang jejaka tampan yang cukup digeruni banyak pihak. Dingin bak ais beku. Pertemuannya dengan gadis cantik bak bidadari telah menambat hatinya yang sekeras batu. Kehilangan buat sementara namun bertemu se...