Chapter 67

6.8K 204 13
                                    

"Lepas lah! Bodoh lepas lah! Kauorang nak apa hah?!" Sedaya upaya dia merentap tangannya dari genggaman jejaka-jejaka itu namun usahanya semua sia-sia. Kudrat seorang perempuannya kalah dengan kekuatan jejaka dihadapannya ini.

"Nak goreng kau." Selamba Mark membalas.

"Lepaskan aku lah! Kauorang nak bawak aku pergi mana sial?!"

"eh Syakila kesayangan Mak Leha! Kitaorang nak bawa kau pergi neraka! Baik kau diam." Tempik Haz dengan muka sebalnya. Rimas lah bising-bising.

"Diam la babi. Kau duduk sini diam-diam. Tunggu masa aje kau ni. Mesti kau dah tak sabar kan nak menghadap Ilahi?" Ujar Qash beserta senyuman sinis. Syakila kini diikat ketat di kerusi. Mereka semua telah membawa Syakila ke bilik penyiksaan.

Sekali musuh masuk ke dalam bilik itu, tiada peluang lagi untuk mereka keluar dengan nafas masih dihembus baik.

"Muka aje cantik. Hati busuk! Bau bangkai babi kau tahu? Lipstick tu, kalau boleh nak setebal sepuluh inci." Sempat lagi Mark memerli Syakila yang masih tercungap-cungap cuba untuk melepaskan diri.

"Mungkin kau lupa yang kami ni Mafia yang hensem lagi kan macho, jadi jangan ingat kau boleh hidup senang dan mudah nak lari dari kitaorang. Remember that." Ceh, angkat bakul sendiri. Faziq bercangkung di hadapan Syakila.

Jelas ketakutan pada raut wajah perempuan itu.

Qash berjalan perlahan ke arah Syakila yang sedang tajam merenungnya. Dengan senyuman sinis, dia mendekatkan wajahnya di telinga Syakila.

"Well,well my dear, kau nak jerat orang tapi sekarang kau yang termasuk jerat. You messed with the wrong person, Syakila." perlahan suara garau itu berbisik di telinganya. Jantung mula mengepam laju ke adrenalin.

"Ahh onemorething dear, manusia jenis ape kau ni hm? Sanggup tikam belakang kawan baik sendiri, tch tch tch, such a backstabber person." suasana bilik bawah tanah itu hening seketika. Renungan tajam bercampur ketakutan terpancar jelas di mata Syakila. Sumpah dia mahu melepaskan dirinya sekarang dan mahu membunuh Ariesha. Kenapa sebegitu sekali orang sayangkan Ariesha?

Dia juga ingin merasakan itu...

Tapi caranya sekarang yang salah.

"Bawa mengucap banyak-banyak. Say bye bye to the world, baby." tutur Qash sebelum kayu besbol besi diangkat tinggi ke atas.

DOOM!

___••♡••___

Angin pantai lembut membelai wajahnya. Dalam tak sedar kini sudah menganjak 5 tahun usia anak-anaknya. 5 tahun juga tidak berada disisi suaminya. Berdosa kah dia? Tapi luka yang ditabur oleh Rayden lebih perit yang dia rasakan selama ini.

"Bagi ah kite! Itu kite unye!"

"Ishh ni kite unye ahh! Lepash ahhh!"

Buk!

Tanpa sengaja Raiyan terlepas penumbuk kecilnya pada dahi Raina.

"Hiks..hiks..huwaaaaa! Umii!"

Maka bermula drama air mata disitu. Ariesha yang mendengar tangisan anaknya terus meluru laju ke arah dua anak kembarnya itu.

"Hey..what's wrong, sayang?" lembut Ariesha menyoal. Bukan apa, dia memang tegas tapi dia sendiri tak sanggup untuk memarahi anak-anaknya. Mereka perlu diasah dengan baik. Sesetengah orang mungkin bersikap garang dan cepat memarahi anak mereka. Alasan, supaya mereka tak melakukan kesalahan yang sama. Tapi hakikatnya, ia akan membuatkan anak kecil seperti mereka ingin lebih memberontak.

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now