Chapter 70

7.9K 223 7
                                    

•double chapter sempena
Hari Raya!•

Hari demi hari kian berlalu, Rayden menjalani harinya dengan tenang di bumi Seoul. Namun tidak fikirannya. Setiap masa malah setiap saat, hanya Ariesha yang menjadi tetamu di kotak fikirannya.

Sungguh dia rindu. Rindu akan gelak tawa isterinya. Rindu akan saat bersama bidadari tercintanya. Namun setiap ujian yang membadai masjid mereka menjadikan hidup mereka seperti sekarang. Berpisah jauh dari mata masing-masing.

"Berapa lama lagi kita nak duduk sini? Kau kata nak cari bini kau? Ini aku tengok bukan main rilek je kau tercangak macam taknak jumpa bini sendiri." Ujar Qash membuatkan Rayden mengerling sekilas ke arahnya. Angin pantai lembut menyentuh kulit mulusnya.

"Aku nak ambil masa. Aku takut." kata-kata Rayden membuatkan Qash mengangkat sebelah keningnya. Pelik.

"Takut asal pulak? Bro, mafia takut bini? Serious la bro." usai berkata begitu, Qash menghamburkan tawanya. Sehingga menarik beberapa perhatian pengunjung yang turut berada disitu.

"Tch! Bukan lah." Balas Rayden sekaligus melemparkan jelingan maut kepada Qash.

"Lah habistu?" soal Qash.

"Aku takut kalau aku jumpa dia, dia masih tak boleh terima aku." naik turun suara Rayden menghamburkan luah isi hatinya. Dia cuma risau, jika kehadirannya tidak membawa sesuatu yang baik seperti yang dia harapkan.

"Mende kau ni? Tak payah drama sangat."

"Belum jumpa belum tahu. Belum kenal maka tak cinta. Kau nak betulkan rumah tangga kau, tapi kau sendiri takut. Apa citahh ni bro?" sambung Qash.

"Haih..macam ni lah Ray. Kau jumpa je dia dulu. Bincang dengan dia cara baik. Aku yakin, sejauh mana pun dia lari dari kau, dia masih sayang dan cinta kau macam dulu. Hati perempuan ni, memang lembut dan mudah terguris. Tapi, sejauh mana pun ia terguris, kalau dah namanya cinta dan dalam hati dia cuma ada kau, tetap ada kau, kau dan kau yang dia cinta. Walaupun mulut dia kata tak, tapi hati dia terselit kata lain." terang Qash panjang lebar.

Dan ia membuatkan Rayden terlopong. Mungkin lebih tepat, takjub.

Ini kah Qashah Zaidy yang dia kenal?

"Tuih! Kau bercinta pun belum berkahwin lagi lah belum, tapi nasihat orang bukan main melangit ayat pujangga kau tu." Rayden tergelak sinis.

"Pergh! Sakit mat! Orang nasihat mampus kat kau lah nak dengar ke tidak. Aku, walaupun belum berkahwin, tapi aku sedang dilamun cinta tau?!" kata Qash sambil menarik senyuman bangga.

Tersedar yang dia terlepas kata, segera dia menekup mulutnya.

"Oh shit-" dia menekup mulutnya sendiri. Aduh! Kantoi tengah gila bayang.

"Serious bro?" terbahak-bahak Rayden ketawa. Tak hiraukan lagi sekeliling. Sungguh dia tak sangka.

"Diam babi. Tch!" memuncung bibir Qash. Merajuk. Haktuih!

"Perempuan mana pulak yang dah cabut bawa lari hati kau ni hm? Setahu aku kau ni antara top 10 lelaki paling tak laku di dunia." soal Rayden. Kembali beriak datar.

"Ehh helok siket eh! Aku baru bagitau aku dilamun cinta kau dah terkejut macam tengah sakaratul maut. Ini kan aku nak bagitahu siapa. Silap-silap ke neraka jahanam terus kau nanti." balas Qash. Bibir dicebik. Menyampah.

Jelingan tajam memanah tepat mata Qash.

"Hai Uncle! Berjumpa lagi kita!" sergah seorang budak lelaki dari tepi.

"Eh kau lagi." balas Rayden. Kemudian dia memandang sekeliling. Mana pulak mak budak ni, tak reti jaga anak ke biar merata anak berjalan sorang-sorang.

"Mana mama kau, Raiyan? Bahaya berjalan sorang sorang dekat sini." tutur Rayden prihatin walaupun nadanya berbunyi tegas.

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now