Chapter 57

5.6K 200 10
                                    

Rayden mengerling jam dipergelangan tangan beruratnya. Sudah menunjukkan hampir jam 2 petang dan dia masih belum makan tengah hari.

Rasa bersalah kian menerpa dihati. Sudah berjanji dengan Ariesha untuk pulang ke rumah untuk makan tengah hari bersama, tapi bila melihat kerja nya yang bertimbun diatas meja terpaksa dia batalkan juga. Harap isterinya memahami. Lagipun dia sudah menghantar mesej kepada Ariesha sebentar tadi.

Lagi setengah jam dia perlu keluar berjumpa client. Hari ini dia agak sibuk. Langsung tak sempat menjamah sebutir nasi pun. Malah setitik air minuman pun tidak menyentuh uvula nya.

Semenjak Ariesha tidak lagi bekerja, agak berserabut dan tidak teratur jadualnya.

Tapi dia tak menyesal dengan keputusannya untuk memberhentikan Ariesha dan membiarkan isterinya itu menjalankan tanggungjawab.

Kadang Syakila yang menawarkan diri untuk turut ikut serta mengurus client. Terkadang Syakila juga menjaga jadual kerja Rayden. Rayden hanya mengizinkan saja memandangkan ada projek besar bakal dilangsungkan, tak menang tangan jika dia yang menjaga jadual kerja nya.

TOK TOK TOK

"Jom?" Tersembul wajah putih milik Syakila yang dihiasi senyuman manis. Khas untuk jejaka itu.

Rayden hanya mengangguk kecil. Kaki mula membuka langkah keluar dari bilik pejabat.

Suasana hening buat seketika. Masing-masing memboloskan diri ke dalam kereta audi milik Rayden. Diam. Hanya bertemankan radio yang memainkan lagu dan berita semasa.

"How about your wife?"

Senyap. Hanya kedengaran bunyi aircond meluap keluar.

Syakila gigit bibir sendiri.

Hampir sepuluh minit perjalanan mereka, kini mereka berdua sampai disebuah restoran seafood. Dari jauh sudah kelihatan satu susuk tubuh lingkungan 50-an. Tangan masing-masing berjabat mesra.

"Maaf lambat." Ujar Rayden dengan riak mendatar.

"Nah it's okay. I pun baru sampai." Balas lelaki itu.

"Order."

Masing-masing membuat pesanan minuman.

Setelah hampir satu jam kini Rayden mengakhiri semuanya dengan berjabat tangan tanda terima kasih atas kerjasama kepada lelaki itu.

"Ayan wait." Lengan kekar Rayden dipaut lembut.

Tajam anak mata Rayden memanah Syakila.

"Err I lapar. Belum makan lagi ni. Kita makan dulu nak? You belum makan lagi kan?"

"Tch. Banyak kerenah. Makan cepat sikit. Banyak lagi kerja dekat office." Kata Rayden datar.

Dari jauh ada yang memerhati.

"Beb, itu..." cepat-cepat Riena menekup mulut. Aduh! Boleh duduk diam tak mulut? Kepoh betul.

Laju saja kepala Ariesha menoleh ke arah tempat yang dipandang Riena. Berkerut dahinya.

Itu..suaminya dan Syakila.

Cemburu. Siapa aje yang tak cemburu bila tengok suami sendiri keluar makan dengan perempuan lain? Lagi lagi dengan kawan sendiri.

"A-ariesha..j-jom lah kita makan dekat restoran lain." Cepat-cepat Riena menarik tangan Ariesha untuk beredar dari situ.

Tadi selepas saja Rayden mengabarkannya bahawa dia tak dapat pulang lunch dirumah, terus dia mengajak Riena untuk keluar makan. Banyak kali juga dia menelefon Rayden untuk meminta izin. Namun jejaka itu tak menjawab.

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now